Buruk siku
June 12, 2010
…
…
Kalau di Jepun, syarikat kereta terbesarnya menarik semula kereta yang telah dijual untuk memperbaiki kerosakan yang boleh membahayakan nyawa pembeli kereta tersebut, tapi di Malaysia gelaran bagi darjah kebesaran yang ditarik semata-mata kerana penerimanya telah berpindah parti politik.
Nampaknya jasa kepada pembangunan agama, bangsa dan negara bukanlah piawaian yang diberi keutamaan dalam penganugerahan gelaran darjah kebesaran ini. Cukuplah kalau menjadi ahli parti Be eNd dan pandai mengampu pembesar negeri. Hatta hanya sekadar pandai menulis pun x pe. Asalkan sayang Be eNd. Walau bijak mana bergelar proffesor ataupun doktor Phd, andai menyokong Pakatan Rakyat lupakanlah saja.
Aku terfikir bagaimana agaknya kalau semakin ramai penerima darjah kebesaran ini melompat ke parti Pakatan Rakyat dan negara Malaysia diperintah Pakatan Rakyat pada PRU-13 nanti? Mungkin masa itu taraf rakyat dan pemerintah tidak lagi dibezakan dengan gelaran-gelaran penuh kebanggan ini. Bagus jugak begitu.
Pasnih aku cadang kat jawatankuasa yang mencari penerima-penerima yang bakal menerima darjah kebesaran nih, sila pastikan penerima tersbut membuat akuan bersumpah bahawa mereka tidak akan melompat atau menyokong atau bersimpati sedikit kuman pun terhadap parti-parti dalam Pakatan Rakyat. Kalau x mau beribu-ribu lemon lagi gelaran darjah kebesaran tu akan ditarik. Masa tu jangan terkejut negara kita bukan setakat mempunyai majlis penganugerahan darjah kebesaran, tetapi juga majlis penarikan darjah kebesaran. Haha Malaysia, negaraku yang aneh 😀
sumber berita di sini
Pemuda memacu perjuangan
June 2, 2010
…
28 Mei 2010 (IPOH) – Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur telah berjaya merintis menubuhkan Jawatankuasa Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Kawasan Parlimen Ipoh Timur bersama Pemuda Sosialis DAP dan Angkatan Muda PKR yang pertama di negeri Perak.
Hadir semasa pertemuan bagi menubuhkannya ialah Salman Saleh, Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Perak; Ray Ng, Timbalan Ketua DAPSY Ipoh Timur dan Megat Muhamad Faizal Megat Yunus, Ketua AMK Ipoh Timur.
Antara yang turut hadir ialah Ahmad Faisal Mohd Puaid, Timbalan Ketua Pemuda PAS; Ahmad Shahril Jalaludin, Naib Ketua Pemuda PAS; Hui Chung Chun, Setiausaha DAPSY dan Safarizal Saleh, Ketua Penerangan yang juga Setiausaha Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak.
Kejayaan menubuhkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timur ini akan memantapkan lagi kerjasama kompenen di dalam Pakatan Rakyat kelak. Sekretariat ini juga telah merancang untuk mengadakan pelancarannya pertengahan bulan Julai ini nanti.
Sekretariat ini juga merancang untuk mengadakan program-program bersama termasuk dengan YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur.
i
Kejayaan berganda-ganda…
May 12, 2010
…
‘BERJAYA berjaya perolehi lesen judi bolasepak’
Menurut akhbar harian cina Sin Chew, menteri kewangan semalam secara rasminya memberi lesen judi berkenaan kepada Kumpulan BERJAYA.
Sehubungan itu pertaruhan secara sah boleh dilakukan sebelum kejohanan bolasepak itu bermula pada 11 Jun ini.
BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen – Malaysiakini
i
‘Bayi pertama PLKN BERJAYA dilahirkan’
“Pelatih berasal dari Keningau berusia 18 tahun itu melahirkan bayi di dalam tandas kem berkenaan sebelum ditemui pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan.
“Ibu muda bersama bayinya itu dibawa ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut dan kini dilaporkan stabil,” katanya.
Katanya, bayi lelaki cukup sifat seberat 2.63 kilogram itu juga stabil dan sedang dirawat di hospital sama – MyMetro
i
‘Malaysia BERJAYA dikalahkan Jepun dalam perlawanan Piala Thomas’
Sementara itu, Fairuzizuan berkata: “Saya memang tak boleh kawal diri apabila melihat ada penonton memberi isyarat tidak elok kepada saya. Kalau mereka nak ‘boo’, saya boleh terima tapi buat isyarat seperti itu saya sudah tak boleh kawal diri. Kalau kami main di luar negara, kami lebih dapat sokongan positif berbanding di sini.”
“Memang saya nak menang, tapi sepanjang pembabitan saya dalam badminton dari dulu, memang saya pernah jadi juara tapi tekanan di kejohanan Piala Thomas ini kuat kerana harapan tinggi.” – MyMetro
i
*Kami berbangga dengan kejayaanmu Malaysia. Harum namamu dipersada antarabangsa.
i
Pesta tonggang todi…
April 5, 2010
…
…
Ibnu Tarmizi dan Ibnu Majah pernah meriwayatkan:
“Rasulullah s.a.w melaknat sepuluh golongan yang berkaitan dengan arak: yang memerasnya (memerahnya), yang minta diperaskannya, yang meminum, yang membawa, yang minta dihantari, yang menuangkannya, yang menjual, yang makan harganya, yang membeli dan yang meminta dibeli.”
Jelas, apa sahaja perkara yang berkaitan dengan arak hukumnya adalah haram dan dilaknat oleh Allah s.w.t. oleh itu, adakah kita masih mahu ‘bertarik tali’ dengan hukum pengharaman arak?
Kenapa pihak penganjur Litar Sakhir, Bahrain boleh menukar hadiah iringan juara F1 ini dari arak kepada jus buah, tetapi tidak di Malaysia?
Ini menunjukkan pihak FIA badan induk yang mengawal aktivit sukan F1 itu sendiri tidak menentang apa yang dilaksanakan oleh pihak penganjur tersebut?
Lantas atas alasan apa lagikah pihak kerajaan Malaysia akan berikan selepas ini?
Adakah 12 tahun penganjurannya dinegara ini tidak cukup bagi menukar polisi penganjuran sukan permotoran termahal dunia ini?
Justeru aku bersama pencinta sukan tanahair mengharapkan akan ada berita baik dari pihak penganjuran mahupun pihak kerajaan, selepas daripada peralihan tempat sambutan Hari Pahlawan Negara yang tidak lagi diadakan dihadapan Tugu Negara, tokong terbesar negara ini.
i
Al-Mufta penentang hudud???
April 3, 2010
…
Tan Sri Harussani Zakaria berkata, hukuman sebatan yang dijatuhkan terhadap Kartika sebelum ini bukanlah hukum hudud, sebaliknya hanya takzir yang tertakluk kepada pindaan oleh pemerintah.
“Hukuman hudud menetapkan 80 rotan (kepada pesalah yang meminum arak). Tetapi hukuman yang dijatuhkan terhadap Kartika tidak sampai kepada hukum hudud.
“Ia hanya takzir yang boleh diubah. Hukum hudud tidak boleh diubah sama sekali,” katanya. – Malaysiakini
…
Weh penjilat UMngok, kalau dah tau hukuman yang dikenakan pada Kartika Seri tu bukan hukum hudud, kenapa hang x cadang agar hukuman hudud dijalankan? Yang hang menyalak kata Sultan x buat salah tu kenapa? Sapa pulak kata Sultan buat salah? Yang buat salah tu adalah spesis seghupa hang nih, yang dilantik oleh Sultan untuk menasihati baginda perkara² berkaitan agama. Bukannya makan gaji buta. Kan dah jadi sumber syubhat duit gaji hang tu. Pas tu mula la menyalak pertahan benda yang x betoi.
Korang cuba baca citer Kartika Sari tu kat sini [link]. Isk isk isk, bersenang lenang dengan nikmat dunia berbanding hukuman rotan yang dijatuhkan kepadanya sebelum ini. NI surat habaq yang dok bagitau. Kalau Quran mungkin la pepuak UMngok nih leh tolak x pecaya, tapi nih surat habaq.Apa surat habaq tu cakap…
i
Kuantan – Jika orang ramai menganggap bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor dikerah melakukan pelbagai tugas berat dengan kemudahan peribadi yang terhad di Rumah Kanak-Kanak Tengku Ampuan Fatimah di sini, mereka sebenarnya silap.
Ini kerana ibu kepada dua orang anak itu hanya ditugaskan menguruskan kanak-kanak di rumah kebajikan tersebut dengan kemudahan selesa sepanjang tiga minggu di situ.
Antara kemudahan yang disediakan ialah rumah tetamu yang lengkap dengan dua bilik tidur, bilik air, dapur, penyaman udara dan taman mini – Kosmo Online
i
Kalaula aku jadik saudara rapat Kartika Seri nih, dah tentu aku suruh dia buat sembah derhaka. Toksah terima keringanan hukuman tu. Buat dek je. Biaq pi la polis or JAIP nak tangkap. Kalau depa tu sumbat dalam penjara pun x pa. Lagi bagus. Asalkan niat nak jalani hukuman sebat tu dapat dipertahankan. Ni kes babitkan maruah Islam beb.
Betoila kata Persatuan Peguam Syari’e Malaysia semalam, walaupun hukuman tersebut bukanla hukuman hudud, namun ianya menghampiri kepada perlaksanaan hukuman tersebut.Sepatutnya kenyataan tersebut keluar dari mulut Al-Mufta. Mungkin jugak sebab dah banyak makan duit syubhat, mulut Al-Mufta tersebut tidak mampu berkata-kata sesemikian.
Aku rasa Persatuan Peguam Syari’e nih lebih bermaruah dari Al-Mufta yang keje duk jilat pemerintah tu. Sampai bilala hayat Al-Mufta ni agaknya…
i
Pahang Darul Kartunggggg
April 2, 2010
…
PPMM berkata undang-undang yang diluluskan oleh Dewan Undangan Negeri dan diperkenan oleh Sultan memperuntukkan kaedah peringanan hukuman bagi pesalah syariah. “Peringanan hukuman bagi kesalahan syariah pula hendaklah dibuat atas nasihat Mufti. Mufti pula bertanggungjawab menasihati DYMM Sultan berdasarkan hukum syarak.
“Dalam hal yang demikian PPMM tidak dapat menggarap peruntukan yang manakah terpakai kepada peringanan hukuman kepada kerja kebajikan ini,” kata kenyataan itu – Malaysiakini
i
Haha…aku dah cakap. Memang patut la Zunar terbitkan buku Perak Darul Kartun aritu. Malu aku kat bebudak luar. Sampai budak kecik pun kutuk negeri aku. CIkgu skolah lagik la. Bila tanya Perak Darul apaaaaa. Dibantai bebudak jawab Perak Darul Kartunnnn. Negeri yang aku agung-agungkan selama ini, yang aku canangkan punya Raja Melayu paling bijak didunia dimain orang. Orang luar lak tu. Cisss pantang anak melayu perak kene main
Tapi x pa. Pasnih negeri aku dah ada geng. Kira geng kamceng la kot. Aku harap Zunar xda la berat sebelah lak. Mementang la kat Pahang tu senang dapat gelaran Dato’, jgn duk ingat Sultan Pahang pn nak kasi gelaran sama kat hang. Hang bukan artis menghiburkan hati para sultan, tapi hang menghiburkan hati rakyat marhaen cam aku. So jangan buat x nampak isu lak. AKu nak hang terbitkan pulak edisi sambungan pasni. Mungkin leh letak tajuk “Pahang Darul Kartunggg” lak. Then last skali buat album kompilasi “Malaysia ku negara kartun”.
Nampaknya pengasingan kuasa dalam pemerintahan semakin bercelaru. So buat umat Islam yang ketagih sangat nak nonggang arak, hangpa jangan dok risaula. Dah ada payung yang boleh selamatkan hangpa. Setakat keje sapu sampah kat umah kebajikan tu xdak hal nya la. Asalkan ketagih nonggang tu leh ilang.
Syabas Melayu. Baru ada klas boleh nonggang arak dikhalayak ramai. Negaraku makin majuuuuuuu…
i
p/s – sian kat penguatkuasa agama JAIP tuh. Dah la penat tunaikan tanggungjawab pada agama, last² x dipandang pun dek pemerintah. Bubarkan je la skuad penguatkuasa tuh.
i
Ziarah Pimpinan…
April 1, 2010
…
Kawan tika susah dan senang. Kolonel Rahim setia memberikan khidmatnya bagi menjaga pejuang tua ini. Rahmat ALlah buatmu sekeluarga
i
…
Bertindak dari laporan seorang sahabat blogger [link], AlhamduliLLah siang tadi aku bersama² rakan sekerja, Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri PAS Perak merangkap Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak saudara Salman Saleh dan Penolong Setiausaha 2 Dewan Pemuda PAS Negeri Perak saudara Safarizal Saleh berkesempatan meluangkan masa menziarahi Ustaz Shuib Hussin, aktivis PAS Perak yang sekarang ini sedang keuzuran akibat diserang ‘light stroke’. Beliau merupakan Timbalan Yang diPertua PAS Kawasan Kampar dan lebih terkenal sebagai Timbalan Pengarah 1, Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak kelihatan begitu ceria menerima kunjungan kami.
Walaupun jelas kelihatan susuk tubuhnya semakin susut, namun semangatnya untuk berjuang kekal membara. Aku yang tidaklah begitu lama mengenali susuk tubuh ini memang maklum dengan semangat perjuangan yang dimilikinya itu. Meskipun umurnya sudah mencecah 72 tahun, sebut sahaja dimana tempat berlakunya pilihanraya kecil mahupun lawatan kerja jentera pilihanraya negeri ke kawasan, akan terpacullah belaiu disitu sekiranya tiada keuzuran walaupun terpaksa memandu bersendirian beratus-ratus kilometer. Itu kisah ketika tubuhnya masih segar dahulu.
Sewaktu kehadiran kami, beliau sedang disantuni anak angkatnya, saudara Farid. Farid walaupun tidak pernah terdidik sebagai ahli jemaah mahupun ahli Unit Amal yang terkenal dengan slogan keramat ‘Beramal Kerana ALlah’ itu telah sanggup menawarkan khidmatnya menjaga Ust. Shuib Husin hampir sebulan ini. Menurut Ust. Shuib, beliau tidak pernah mengenali anak angkat barunya ini sebelum ini dan hanya dikenali menerusi laman Facebook anaknya. Menurutnya lagi Farid merupakan anak kepada salah seorang jemaah PAS Kuala Kangsar dan bekerja membantu bapanya menoreh getah. Sebelum ini Ust. Shuib Husin telah dijaga oleh Kolonel Rahim, aktivis PAS Kawasan Taiping selain ahli PAS Kawasan Kampar dan anak-anaknya sendiri.
Justeru tanpa menidakkan kesibukan sahabat seperjuangan mahupun pimpinan negeri, sekiranya kesuntukan masa untuk menziarahinya, sudilah kiranya dapat mendoakan kesihatan beliau agar dapat bersama-sama kembali mewarnai perjuangan Islam dimuka bumi ini sehingga akhir hayat beliau. Al-Fatihah…
i
ÇÊÈ |=Å¡ymr& â¨$¨Z9$# br& (#þqä.uøIã br& (#þqä9qà)t $¨YtB#uä öNèdur w tbqãZtFøÿã ÇËÈ ôs)s9ur $¨ZtFsù tûïÏ%©!$# `ÏB öNÎgÎ=ö6s% ( £`yJn=÷èun=sù ª!$# úïÏ%©!$# (#qè%y|¹ £`yJn=÷èus9ur tûüÎ/É»s3ø9$# ÇÌÈ
1. Alif, Laam, Miim.
2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?
3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdusta.
1 cadangan…
March 31, 2010
…
6 jahanam berbaju biru seragam biru muda sedang membuat rantaian manusia melindungi Ganeson dari diserang dengan serbuk lada oleh ADUN Jelapang
…
Cuba lihat gambor terkini dalam sidang DUN Perak yang sedang berlangsung mulai pagi semalam. Gambar di atas aku cilok dari laman Malaysiakini [link]. Kelihatan 6 orang ‘bodyguard’ sedang berkawal menjaga speaker R. Ganesan lagak ‘crook’ 6 Jahanam dari filem P.Ramlee dulukala. Tentulah mulanya aku sangka mamat 6 jahanam tu berkawal sebab risaukan Ganesan tu diserang atau diangkut keluar dewan dengan bangku² yang dia duduk oleh ADUN Pakatan Rakyat nanti.
Tapi aku tepis jejauh tanggapan negatif tu. Mana mungkin ADUN Pakatan Rakyat mahu berkelakuan buruk seperti lanun bertopengkan ADUN Be eNd yang merampas negeri Perak tempohari. So, untuk lebih realistik aku cuba mencari sebab musabab kehadiran mamat 6 jahanam yang diupah mengawal Ganesan tu.
AlhamduliLLah, ALlah masih mengurniakan daya ingatan yg kuat kepada aku supaya persoalan di atas tidak menghantui lena tidurku dimalam hari nanti. Korang ingat lagi x, tika mana pernah seorang ADUN perempuan dari sebatang sungai pada penggal pertama sidang DUN sewaktu pemerintahan Pakatan Rakyat memerintah negeri Perak berkata “andai berjumpa seorang India dan seekor ular, hendaklah kita membunuh India itu terlebih dahulu sebelum membunuh ular tersebut”. Makna kurang lebih dari ucapan dia tu la.
Jawapan apasal mamat 6 jahanam tu sibuk bebenor nak cover si Ganesan tu telah kutemui. Dia lebih takutkan Kak Midah upernye. Bukan takut kat ADUN Pakatan Rakyat tuh.Keh keh keh.
Pasnih aku cadang Zambery Kadeer usulkan pindaan peraturan dewan yang baru dengan mensyaratkan setiap ADUN Be eNd dibolehkan membawa masuk maksimum 6 orang pengawal peribadi ke dalam dewan DUN setiap kali persidangan. Aku yakin usul ni boleh diangkat dan diluluskan tanpa bahas. Boleh ka camtu???
i
Besar kemaluan beliau…
March 31, 2010
…
KOTA BHARU – Pos Malaysia Berhad mengesan sebahagian besar daripada kira-kira 120,000 pelajar yang menyertai Pertandingan Menulis Surat Kepada Perdana Menteri yang diadakan baru-baru ini, tidak memahami teknik penulisan surat.
Pengerusi Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), Tan Sri Aseh Che Mat berkata, pihaknya bimbang jika masalah itu berpunca daripada ledakan teknologi siber termasuk khidmat pesanan ringkas (SMS) menyebabkan generasi muda hari ini gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul – KOSMO Online
i
Kah kah kah. Lawak gila. Ini tidak patut. Adakah Pengerusi POS Malaysia ni cuba untuk memalukan Datuk Seri Najib?
Adakah patut dia kata budak yang tulis surat kat Datuk Seri Najib gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul?
Apa maknanya kenyataan beliau itu?
Maknanya budak yang nulis surat kat Datuk Seri Najib tu mungkin dari spesis budak yang tidak cerdik aka budak tercicir pelajaran la kot.
Xkan la budak yang cemerlang gagal menguasai teknik dan gaya penulisan surat dengan betul kan?
Dari 120,000 penghantar, separuhnya dihantar oleh budak kurang bijak?
Kah kah kah… Apala malang Datuk Seri Najib dimalukan seperti ini?
Cuma satu yang positif, sekurang-kurangnya ada jugak benda berfaedah yang mampu budak kurang bijak itu buat selain dari berbalas sms ataupun monteng kelas.
Kah kah kah… kesiannnnn dia…
i
p/s – ataupun mungkin kalau diminta semak surat yang di‘reject’ POS Malaysia tu adalah yang bertanyakan soalan² sensitif berkenaan pembunuhan Altantunya ataupun isu tangkap basah di negeri sembilan bersama seorang penyanyi perempuan fofular satu masa dulu? POS Malaysia nampaknya terpaksa keluarkan kenyataan berkenaan isu ini bagi mengelakkan salah tanggap perkara demikian.
i
Takziah & Tahniah…
March 29, 2010
…
i
KENYATAAN RASMI YAB TUAN GURU DATO’ NIK ABDUL AZIZ DI ATAS PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL- MURSYIDUL AM PAS SESI 2010 – 2015
• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.
• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.
• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.
• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.
• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.
• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.
Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Bertarikh : 29 Mac 2010
*sumber Harakahdaily
i