Perhatian kepada JAIPk

March 19, 2010

Tonggang ayor ape tu yopppp???

Jabatan Agama Islam Negeri Perak (JAIPk) diminta mengambil tindakan berdasarkan laporan bergambar yang tersiar di akhbar Sinar Harian bertarikh 19 Mac 2010, Jumaat (hari ini). Gambar yang tertera diruangan SENTRAL akhbar berkenaan menunjukkan seorang yang berpangkat CEO di sebuah hospital swasta terkenal di Ipoh, Perak sedang menuang sejenis minuman yang dilihat seolah-olah menyerupai botol minuman keras kedalam susunan cawan sewaktu meraikan lebih 400 orang tetamunya.

Mengikut nama yang tercatat dalam laporan tersebut, individu yang melakukan perbuatan tersebut dipercayai adalah seorang beragama Islam. Sekiranya benar acara yang dilaporkan akhbar berkenaan membabitkan penggunaan minuman keras yang diharamkan itu, pihak JAIPk perlulah bertegas mengambil tindakan tanpa mengambil sikap memilih bulu walaupun pelakunya merupakan orang besar dalam dunia perniagaan kesihatan negara.

Negara sebelum ini pernah digemparkan dengan berita penangkapan seorang model sambilan wanita atas kesalahan meminum arak dikhalayak ramai disebuah kelab hiburan dalam negeri Pahang. Kesnya yang mendapat perhatian dunia kerana buat pertama kali hakim mahkamah syariah telah menjatuhkan hukuman sebatan terhadap pesalah wanita. Namun hukuman itu masih tertangguh akibat campur tangan banyak pihak sehingga mengundang banyak persoalan masyarakat umum samada hukuman tersebut akan diteruskan ataupun dibatalkan dengan kuasa yang ada pada Sultan Pahang,  ketua agama bagi orang Islam negeri Pahang walaupun pesalah memilih untuk menerima hukuman.

Apapun aku harapkan adanya penafian dari pihak hospital tersebut selepas ini sekiranya berita yang aku tulis ini tidak benar. Ianya bagi mengelakkan kekeliruan dan salah tanggap terutama orang seperti aku. Sekian terima kasih.

* pautan gambar dari sumber Ipoh Echo [link]

i

Sekalung tahniah…

March 15, 2010

power beb

i

AlhamduliLLah Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor telah berjaya mengadakan jambori AMALnya bertempat di Kem Hanifa (kebun Pak Kholil), Gopeng pada sabtu dan ahad yang lepas. Oleh kerana kawasan Ipoh Timor merupakan kawasan yang amat maju, maka tidak kelihatan sebarang anak sungai yang dapat kami gunakan untuk tujuan murni tersebut. Maka satu keputusan diambil untuk meminjam tempat kawasan parlimen bersebelahan, mudah-mudahan kawasan parlimen tersebut jua berpahala hasil dari kerja baik yang kami lakukan ini, isnyaALlah.

Pendaftaran yang bermula seawal jam 2 petang Sabtu tersebut berjalan dengan lancar sehinggakan tapak kawasan jambori tersebut buat pertama kalinya menerima limpahan kereta² mewah, semestinya dimiliki pemuda kawasan yang rata-ratanya kaya raya walaupun tidak pernah mendapat sebarang konsesi balak dari pemerintah sebelum ini. Berbagai aktiviti yang dijalankan bagi memuaskan nafsu para peserta yang mencecah hampir 30 orang itu berusia seawal 12 tahun hingga mencecah 40 tahun itu. Program kali ini juga telah menarik minat 2 anggota AMAL veteran yang menawarkan diri sebagai chef menyediakan keperluan perut kami.

Aktiviti dimulai dengan solat asar berjemaah, sesi ta’aruf sesama peserta, pembahagian kumpulan, menaikkan khemah, solat dan kuliah maghrib, isyak berjemaah, demonstrasi bantuan kecemasan, persembahan nasyid menggunakan alat percussion dari bahan terbuang sebelum xtvt utama iaitu tido. Xtvt disambung awal pagi dimulai  qiammullail, solat dan kuliah subuh, senaman dan regangan badan dan permainan paintball bajet. Program berakhir dengan solat zohor berjemaah petang ahad tersebut.

Menurut pengarah program, saudara Fadhil Amran, walaupun dikhabarkan program yang sama turut berlansung di peringkat negeri di Tasik Banding, Gerik, namun ianya terpaksa diteruskan memandangkan kelewatan pemakluman program dari pihak Amal Negeri. Tempahan tempat program juga telahpun dibayar awal, bagi mengelakkan ianya dibatalkan oleh pihak tuan tanah kerana kawasan program tersebut termasuk dalam kategori kawasan ‘panas’ buat para pencinta xtvt ‘outdoor’ setiap minggu.

Justeru seharusnya pihak AMAL negeri memahami akan keperluan pihak DPPK Ipoh Timor melakukan sembah derhaka buat program kali ini, dan sekiranya rekod cemerlang penglibatan Unit AMAL kawasan Ipoh Timor dalam pelbagai program unit AMAL peringkat negeri sebelum² ini diambil kira, maka sudah semestinya pihak AMAL negeri berlapang dada dengan kekhilafan tersebut.

Sehubungan itu, aku menyeru pembaca blog ini yang duduk dalam kawasan Parlimen Ipoh Timor agar bersama-sama kami ataupun menyumbang anak-anak kepada kami supaya kami dapat memanfaatkan tenaga ini untuk kegunaan perjuangan Islam. Akhir kata, salute aku buat pengarah dan timb. pengarah program, saf pimpinan DPPKIT dan buat seluruh peserta yang terbabit menjayakan program kali ini. Mudah-mudahan kerja baik kalian akan diangkat ALlah sebagai amal soleh.

Beramal ikhlas kerana ALlah…

i

p/s-pautan untuk sumber asal di DPPKIT.com

i

“Jika dalam apa-apa hasil penerbitan ada disiarkan dengan niat jahat apa-apa berita yang tidak benar, maka pencetak, penerbit, penyunting dan penulis berita itu adalah melakukan suatu kesalahan.

“Dan apabila disabitkan kesalahan boleh dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya.” – Malaysiakini

i

Angin x da, ribut xda, tiba-tiba pihak Kementerian Dalam Negeri yang menjadi jurucakap bagi pihak kerajaan UMno BeeNd menyinga marah akibat dari satu berita tersalah lapor(?) wartawan China Press yang mengatakan KPN, Musang Hassan akan meletakkan jawatan.Bagai lembu naik minyak, pihak tersebut mengugut untuk mengambil tindakan terhadap pihak akhbar tersebut hasil dari berita yang tersalah lapor itu.

Amboiiii, camtu skali amik berat pasai etika kewartawanan negara kununnya. Tp tu pun kes bila kena kat hangpa? Kalau kena kat kami Pakatan Rakyat nih, ada hangpa nk menyalak? Jutaan berita yang Utusan Meloya buat, berita Hairan salah lapor, xdak pun kuar apa-apa statement? Napa lak kali ni hangpa menyinga? Pasai brita tu mmg betoi ka yang hangpa menyinga sangat tu?

Aku rasa brita tu mmg betoi la. Aku teringat kes orang yang melepas (buang angin kotor berbau busuk). Orang duk kata dia melepas, yang x lepas msti cool jek. Tapi kalau yg betui² melepas, mst naik angin. Sampai sanggup bersumpah nama ALlah x lepaskan gas beracun tuh. Tu pengalaman aku dulu² la. Mungkin gak leh relatekan ngan kisah KPN nih.

So kalau kat akhbar arus perdana hangpa boleh tutup sebelah mata, kenapa dengan yang ini hangpa x boleh plak? Barulah nampak adil dan keadilan itu nampak ditegakkan. Perghhh ayat.

Aku bukan apa sangat, xnak la nanti rakyat nampak sangat kebaculan hangpa tu. Hangpa jugak yg marah. Dan lagi satu, kalau boleh janganla suburkan budaya ugut yang mengarut tuh. Dah jadi kerajaan semestinya ada sifat timbang rasa dan jiwa yang besar dikalangan pemimpinnya. Jangan pantang silap sikit jek nak ugut. Kalau camtu baik toksah jadi pemimpin. Senang…

i

Bumi Tanta menangis…

March 11, 2010

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi

Walaupun kontroversi hinggap jua dibadannya sewaktu beliau masih hidup didunia dahulu, moga ALLah jua merahmati rohnya dialam barzakh. Al-fatihah [link]

i

Ziarah 090310

March 9, 2010

ust. Misbah yang sudi mencemar mata melihat keadaaan lutut Zairul

i

AlhamduliLLah pagi tadi aku berjaya menyelit untuk turut serta dalam rombongan staf pejabat Badan Perhubungan PAS Perak menziarahi saudara Zairul Azrun Zainal Abidin yang sedang terlantar di Hospital Pantai Puteri, Ipoh. Beliau merupakan Bendahari Dewan Pemuda PAS Perak merangkap Ketua Pemuda PAS Kawasan Tambun. Rombongan yang diketuai oleh Ust. Misbahul Munir selaku setiausaha BPPN Perak. Turut bersama dalam kunjungan tersebut ialah penolong s/u BPPN Perak, Ismad Shahril dan Khalilul Rahman, SUK.

Sewaktu berkesempatan berbual dengannya dalam pertemuan tersebut, doktor yang merawatnya telah mengesahkan yang beliau hanya mengidap sakit Gout diulang Gout, bukannya sindrom MLM HiGoat yang agak kecoh diperkatakan sebelum ini. Sakit yang telah agak lama dialaminya ini menjadi semakin teruk dua-tiga minggu kebelakangan ini sehinggalah beliau mengambil keputusan untuk merujuk ke doktor pakar akibat tidak sanggup lagi menanggung kesakitan tersebut. Akibatnya, beliau terpaksa merengkok didalam kesejukan bilik berekon kelas pertama (aku main agak jek nih) wad hospital tersebut yang sudahpun memasuki hari ke-4.

Berkebetulan ketika sedang ditahan diwad, beliau masih dalam tempoh perbicaraan kes bersama Tn. Hj. Muhammad Sabu di Nibong Tebal. Namun apakan daya, beliau terpaksa menguzurkan diri bagi menghadiri perbicaraan tersebut. Apapun diharapkan beliau akan kembali sembuh bagi kembali berhadapan dengan musuh paling jahat di dunia ketika ini iaitu UMno yang sekarang ini telah diperkuatkan dengan kahadiran seorang pemain import dari Kg. Melayu ber‘title’ al-mufta.

Ziarah yang berlangsung selama hampir 45 minit itu memberikan satu perkhabaran gembira buat DPPN Perak dan DPPK Tambun khususnya apabila sdr. Zairul diisytiharkan akan kembali beraksi dalam kancah politik negeri Perak dalam tempoh terdekat ini. Awas UMno, beruang (baca berWANG) Pemuda PAS sudah kembali !!!

Al-fatihah buat beliau…

i

Gelojohnya diaaaaaa…

March 9, 2010

“Jika dibandingkan dengan Barisan Nasional (BN) kepemimpinan Datuk Seri Najib Razak yang belum mencecah setahun tetapi berjaya membawa pembaharuan dan perubahan, ternyata pembangkang yang usia pentadbirannya sudah dua tahun memang tidak menampakkan kesan ketara,” katanya selepas majlis pelan-caran 1 Komuniti 1 Koperasi di Kampung Paya Jaras Hilir, di sini semalam – BHarian Online

i

Nak ngampu pun agak-agakla. Nak compare sorang pemimpin yang punyai segala hasil mahsul 14 negeri dengan sorang pemimpin lagi yang hanya mempunyai kemampuan kewangan sebuah negeri. Umpama bila berlawan gaduh seorang berlawan dengan 14 orang? Kecuali seorang itu mempunyai kekuatan luar biasa bak hero melayu si Badang, sudah pastinya sifir mudah itu kita ketahui jawapannya segera. Xkanlah seorang yang memegang portfolio menjaga bahagian pendidikan yang terdiri dari kalangan cerdik pandai pun tidak boleh menilai perbandingan x masuk akal seperti itu?

Ataupun adakah ianya hanya satu kenyataan yang lahir dengan tujuan ingin merendah²kan keupayaan bosnya sendiri? Adakah logik membuat satu perbandingan membabitakan pencapaian sebuah negara dengan sebuah negeri, terutamanya negeri yang begitu sesak diasak dengan pelbagai sekatan bantuan oleh kerajaan pimpinannya? Kenapa tidak disandarkan kejayaan Najib itu dengan kejayaan sebuah negara yang lain juga? Amerika umpamanya? Bukankah Barrack Obama juga baru sahaja mentadbir, seusia pentadbiran Najib itu?

Xkanlah kejayaan Najib hanya layak dinilai dengan negeri, bukannya negara?Dah la tu, nak bandingakn sebuah parti gabungan yang telahpun memerintah negara selama lebih 50 tahun dengan sebuah kerajaan negeri yang hanya berusia 2 tahun?

Hah… yang nih aku nampak jelas kejayaan Mat Sembab nak malukan Najib. Dah x sabaq ka nak pimpin kerajaan??? Awat gelojoh sangat na???

Malunya warga pendidik yang dapat seorang pemimpin yang cetek akai sepertinya di atas. Hik hik hik

Sambil-sambil tu cubalah faham sket kiasan Sultan Kedah kat Najib & Co.  di sini

i

Berita besh ini hari…

March 8, 2010

Berdosa solat minta bencana – Jamil Khir

Yang x berdosanya orang yang x semayang je laaaaaa… Yang solat nih sumanya berdosa. Apa mangkak punya menteri la ini…

i

Duti import ‘buggy’ dihapus – Najib

Buat yang masih belum mengetahui apakah bendanya menatang bernama ‘buggy’ itu, aku leh tolong bagitau. Menurut kamus dewan too bow keong, ‘buggy’ ini seekor binatang berkaki 6 yang sangat jinak dan dipelihara di padang ragut yang sungguh luas mata memandang tetapi dikawal rapi keselamatannya.

‘Buggy’ ini jika disemelih, maka akan dapat mengenyangkan kadar makan 50 orang. Harganya juga sebelum dihapuskan duti import, tidak memungkinkan simiskin untuk merasai daginnya yang lemak manis disukai orang kaya itu.

Maka apabila Najib mengumumkan berita penghapusan duit import menatang bernama ‘buggy’ ini, maka sudah tentunya ia bakal menceriakan seluruh rakyat marhain tanahair. At least sebelum mati nih dapatla merasa dagin ‘buggy’ ni.

Terima kasih Najib. Aku nak kuaq sat carik dagin ‘buggy’ nih kat pasar tani. Kot dah mula dijual.

i

Selesai masalah…

March 8, 2010

Sebelum nih kecoh kata cikgu x berapa berani nak ajar bebudak ilmu pendidikan baru iaitu Pendidikan Seks. Sekiranya berita seperti di sini dijadikan kayu ukur pengetahuan murid mengenai seks, maka guru-guru berkenaan sepatutnya sudah boleh berlapang dada.

Syabas Najib. Generasi berilmu semakin berkembang biak di negara Malaysia tercinta. Rosmah pula sudah tentu tidak akan mengalami masalah terputus bekalan budak-budak untuk disumbat dalam program PERMATAnya nanti.

i

Budi baikmu dibalas ALlah…

February 18, 2010

Dalam kejadian kira-kira jam 7.40 malam itu, Mahadar Saad, 47, dikatakan diserang sakit jantung secara tiba-tiba ketika sedang memandu bas berkenaan dan berusaha menahan kesakitannya membawa kenderaan ke tepi jalan sebelum tidak sedarkan diriBHarian Online

i

Kalau sebelum² ini agak hangat perdebatan dikalangan masyarakat mengenai salah laku pemandu bas ekspress yang seringkali dikaitkan sebagai punca kepada kemalangan ngeri membabitkan kenderaan tersebut. Terbaru kejadian melibatkan bas dari syarikat SANI EKSPRESS yang telah mengorbankan lebih 10 nyawa di Ipoh, Perak. Sudah pasti pemandunya dituding sebagai penyebab kepada kemalangan tersebut sedangkan begitu banyak petunjuk yang mengatakan ianya bukanlah disebabkan kecuaian pemandu tersebut.

Apabila terbaca berita di atas siang tadi, kita perlulah mengakui bahawa pemandu bas juga adalah seperti insan lain yang mempunyai akal dan sifat penyayang. Walaupun berdepan saat kritikal akibat serangan sakit jantung, pemandu bas tersebut masih mengambil rasa tanggungjawab dan amanah menjaga nyawa penumpang² yang dibawanya.

Seharusnya pihak berwajib membuka mata seluas²nya dari kejadian tersebut. Tidaklah kesemua pemandu bas itu bersifat kejam dan suka melanggar peraturan jalan raya. Aku mengharapkan pihak berwajib dapatlah mengeluarkan sijil penghargaan kepada keluarga arwah pemandu bas tersebut, sekurang²nya sebagai satu penghargaan sifat penuh kebertanggungjawaban beliau sewaktu bertugas.

Buat arwah pemandu bas tersebut, aku doakan moga roh anda ditempatkan dikalangan roh² orang yang beriman. Moga akan mucul lebih banyak lagi kisah² baik yang ditonjolkan oleh kawan setugas arwah kelak, insyaALlah.

Al-Fatihah…

i

Bollywood punya story…

February 17, 2010

Singapura memperuntukkan cuti bersalin sebanyak 112 hari manakala Thailand, Kemboja, Indonesia dan Filipina menetapkan 90 hari.

Beliau berkata Kemboja turut mewajibkan syarikat yang mempunyai lebih 100 pekerja wanita untuk menyediakan bilik menyusukan bayi dan pusat penjagaan anak. Kemudahan serupa turut disediakan bagai para ibu di IndonesiaMalaysiakini

i

Lantaklah berapa banyak fakta pun yang akan diberi, pemimpin negara pasti ada jawapan pada setiap persoalan yang dibangkitkan. Kalau kes di atas digunapakai, mungkin nasib pekerja perempuan di Rwanda, Zimbabwe ataupun Mongolia akan diguna pakai.

As usual buat kaum wanita, hangpa bersediala terima jawapan balas dari Menteri Pembangunan Wanita Bollywood nanti. Jap aku nak bayangkan jawapan dia...

“Kita wanita di Malaysia sememangnya telahpun dibela dengan pemberian cuti bersalin sebanyak 60 hari. Negara kita masih terkehadapan dalam membela perempuan bersalin berbanding Rwanda, Zimbabwe ataupun Mongolia dimana kaum wanitanya terpaksa bekerja semula sehari selepas sahaja mereka beranak. Idakke giler namanya tu puan-puan oiii. Kuch kuch hotak hang berjambul pepatah dalam Bollywoodnya puan-puan…

Justeru, marilah puan-puan bulatkan hati menyokong kerajaan Be eNd yang ada sekarang. Hanya Be eNd yang mampu bagi cuti selama itu puan-puan sekalian. Sekian terima kasih. Namaste, syukria syukria”…

i