28 Mei 2010 (IPOH) – Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur telah berjaya merintis menubuhkan Jawatankuasa Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Kawasan Parlimen Ipoh Timur bersama Pemuda Sosialis DAP dan Angkatan Muda PKR yang pertama di negeri Perak.

Hadir semasa pertemuan bagi menubuhkannya ialah Salman Saleh, Ketua Pemuda PAS Ipoh Timur yang juga Naib Ketua Pemuda PAS Perak; Ray Ng, Timbalan Ketua DAPSY Ipoh Timur dan Megat Muhamad Faizal Megat Yunus, Ketua AMK Ipoh Timur.

Antara yang turut hadir ialah Ahmad Faisal Mohd Puaid, Timbalan Ketua Pemuda PAS; Ahmad Shahril Jalaludin, Naib Ketua Pemuda PAS; Hui Chung Chun, Setiausaha DAPSY dan Safarizal Saleh, Ketua Penerangan yang juga Setiausaha Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Perak.

Kejayaan menubuhkan Sekretariat Pemuda Pakatan Rakyat Ipoh Timur ini akan memantapkan lagi kerjasama kompenen di dalam Pakatan Rakyat kelak. Sekretariat ini juga telah merancang untuk mengadakan pelancarannya pertengahan bulan Julai ini nanti.

Sekretariat ini juga merancang untuk mengadakan program-program bersama termasuk dengan YB Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Ipoh Timur.

i

PEMBERITAHUAN…

April 3, 2010

I

Sekalung tahniah…

March 15, 2010

power beb

i

AlhamduliLLah Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor telah berjaya mengadakan jambori AMALnya bertempat di Kem Hanifa (kebun Pak Kholil), Gopeng pada sabtu dan ahad yang lepas. Oleh kerana kawasan Ipoh Timor merupakan kawasan yang amat maju, maka tidak kelihatan sebarang anak sungai yang dapat kami gunakan untuk tujuan murni tersebut. Maka satu keputusan diambil untuk meminjam tempat kawasan parlimen bersebelahan, mudah-mudahan kawasan parlimen tersebut jua berpahala hasil dari kerja baik yang kami lakukan ini, isnyaALlah.

Pendaftaran yang bermula seawal jam 2 petang Sabtu tersebut berjalan dengan lancar sehinggakan tapak kawasan jambori tersebut buat pertama kalinya menerima limpahan kereta² mewah, semestinya dimiliki pemuda kawasan yang rata-ratanya kaya raya walaupun tidak pernah mendapat sebarang konsesi balak dari pemerintah sebelum ini. Berbagai aktiviti yang dijalankan bagi memuaskan nafsu para peserta yang mencecah hampir 30 orang itu berusia seawal 12 tahun hingga mencecah 40 tahun itu. Program kali ini juga telah menarik minat 2 anggota AMAL veteran yang menawarkan diri sebagai chef menyediakan keperluan perut kami.

Aktiviti dimulai dengan solat asar berjemaah, sesi ta’aruf sesama peserta, pembahagian kumpulan, menaikkan khemah, solat dan kuliah maghrib, isyak berjemaah, demonstrasi bantuan kecemasan, persembahan nasyid menggunakan alat percussion dari bahan terbuang sebelum xtvt utama iaitu tido. Xtvt disambung awal pagi dimulai  qiammullail, solat dan kuliah subuh, senaman dan regangan badan dan permainan paintball bajet. Program berakhir dengan solat zohor berjemaah petang ahad tersebut.

Menurut pengarah program, saudara Fadhil Amran, walaupun dikhabarkan program yang sama turut berlansung di peringkat negeri di Tasik Banding, Gerik, namun ianya terpaksa diteruskan memandangkan kelewatan pemakluman program dari pihak Amal Negeri. Tempahan tempat program juga telahpun dibayar awal, bagi mengelakkan ianya dibatalkan oleh pihak tuan tanah kerana kawasan program tersebut termasuk dalam kategori kawasan ‘panas’ buat para pencinta xtvt ‘outdoor’ setiap minggu.

Justeru seharusnya pihak AMAL negeri memahami akan keperluan pihak DPPK Ipoh Timor melakukan sembah derhaka buat program kali ini, dan sekiranya rekod cemerlang penglibatan Unit AMAL kawasan Ipoh Timor dalam pelbagai program unit AMAL peringkat negeri sebelum² ini diambil kira, maka sudah semestinya pihak AMAL negeri berlapang dada dengan kekhilafan tersebut.

Sehubungan itu, aku menyeru pembaca blog ini yang duduk dalam kawasan Parlimen Ipoh Timor agar bersama-sama kami ataupun menyumbang anak-anak kepada kami supaya kami dapat memanfaatkan tenaga ini untuk kegunaan perjuangan Islam. Akhir kata, salute aku buat pengarah dan timb. pengarah program, saf pimpinan DPPKIT dan buat seluruh peserta yang terbabit menjayakan program kali ini. Mudah-mudahan kerja baik kalian akan diangkat ALlah sebagai amal soleh.

Beramal ikhlas kerana ALlah…

i

p/s-pautan untuk sumber asal di DPPKIT.com

i

Tahniah…

January 31, 2010

Pertamanya aku nak ucapkan tahniah buat Dewan Pemuda Kawasan aku yang berjaya menggerakkan jentera pemudanya sebanyak 1 buah bas ke program HEMPAP 2010 siang tadi… Stendet maa, kawasan aku x bertanding (alasan stendet), xkan la nak antaq pemuda lebih dari kawasan bertanding. Aku duk peghati siang tadi, rasanya kawasan aku lagik ramai antaq pemuda dari sesetengah kawasan yang gah sangat bertandingnya tu. Nak kata pemuda diaorang sibuk jaga DUN pun, aku tengok idak jugak.

Keduanya aku nak ucap tahniah di atas kejayaan Dewan Pemuda PAS Negeri Perak yang aku anggap berjaya menganjurkan program HEMPAP 2010. Kali ni Salahuddin mantan KP PAS Pusat tuh xdak la ngomplen pasai kehadiran pemuda cam di Bagan Serai dulu. Cam hampeh. Haha. Cumanya aku rasa pasnih para pimpinan tolong la jangan GILA sangat nak menayang harta ghanimah berbintang 3 tu kat rakyat. Sakit mata mandangnya. Kata la guna duit sendiri ka, ada sahabat yang offer nak bawakkan la. Aku rasa suma tu buat rakyat makin meluat. Mana idea hangpa nak merakyatkan PAS tuh??? Dah simpan dalam bonet ka? Tang nih aku rasa hangpa kene la pandai berlakon sket. Xkan la masuk kampung hulu pun nak nayang tunggangan mewah. Bodoh sangat la kalau tu pun nak kene ajaq.

Ketiganya aku nak ucapkan tahniah buat Ust. Tuan Ibrahim Tuan Man kerana berjaya menjalankan peranan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Lembaga Displin PAS Pusat. Aku x nak la sembang pasai keputusan yang LDP dah amik terhadapa orang kene tuduh tuh, yang mana aku nampak mungkin boleh dilakukan penambahbaikan pada masa² akan datang. Cumanya yang aku nak fokuskan ialah sekurang²nya peranan LDP ni dalam PAS adalaaa, bukannya hidup segan mati x mau sepertimana yang digembar-gemburkan selama ini. So pasnih bolehlah tengok andai ada keperluan memanggil mana² ahli parti yang dah x rupa ahli. Aku??? Ntah

Ke-ompek n terakhir tahniah buat ADUhka TERUkNyA yang berjaya melengkapkan pakej sebuah perkahwinan. Moga² jodoh kalian berdua kekal (atau bertambah quota) hingga kesyurga, insyaALlah. Pengajaran yang aku dapat dari story ‘Kingdom Of Heaven’.

i

Mendung berarak pergi…

January 6, 2010

Hampir seminggu aku peramkan kenangan duka yang terpaksa ditempuh semasa Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak, yang berlangsung di Xtreme Park, Bandar Sunway pada 27 Dis 2009 lepas. Sepatutnya pasukan Cha Cha yang mewakili DPPK Ipoh Timor dinobatkan sebagai johan pertandingan, sesuai dengan status elit yang mereka miliki. Namun impian itu hancur jua di peringkat akhir. Tewas kepada pasukan Lumut FC dengan penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada masa penuh permainan.

Tewas dengan jaringan 1-3, itulah antara peristiwa paling memeritkan dalam hidup aku. Sementelah pula aku baru berjinak² dengan jawatan sebagai pengurus pasukan disebabkan ketiadaan Mat Khaiyyom, yang pengsan tidak sedarkan diri pada hari kejohanan tersebut. Usaha aku untuk menggantikan pengurus pasukan bolasepak Perak sekarang nampaknya semakin menipis.

Namun bagai memahami lara hati yang melanda selepas kejohanan itu, ditakdirkan pula pasukan gergasi dunia, Manchester United juga tewas kepada pasukan divisyen 3 Liga Perdana Inggeris dalam kejohanan Piala FA dengan jaringan 0-1 baru-baru ini.

Jadi dengan keputusan itu dengan segera memberikan satu reaksi positif dalam hidup aku bahawa TIDAK SEMESTINYA PASUKAN PILIHAN YANG GAGAH LAGI CEMERLANG ITU AKAN MENANG SENTIASA. ADA KALANYA MEREKA JUA AKAN TEWAS. SAMADA PASUKAN ITU MAMPU UNTUK BANGKIT SEMULA MENGECAP KEJAYAAN LAIN PADA MASA AKAN DATANGLAH YANG MEMBEZAKAN ANTARA PASUKAN YANG HEBAT DAN YANG LEMAH.

Akhir kata, syabas buat pemenang kejohanan, team Lumut FC. Diharapkan kejohanan ini akan terus diadakan pada tahun² akan datang, walaupun sambutan peminat tidaklah mencecah 10 ribu orang seperti konsert HIJRAH aritu. Buat santapan mata, terimalah gambar² yang diharapkan dapat memuaskan hati semua.

i

sesi motivasi sebelum sepak mula oleh PJ Perak

sesi kuliah ringkas untuk santapan penonton rancangan Halaqah terbitan Ntv7

Read the rest of this entry »

Jom futsal…

December 24, 2009

Biadap, itulah perkataan yang sesuai ditujukan kepada DPPK Parit yang cuba merendah²kan keupayaan pasukan lain dalam Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak yang pertama di Xtreme Park, berhampiran Sunway The Lost World, Tambun pada Ahad, 27 hb Dis nanti. Kejohanan yang julung kali diadakan itu bakal menghimpunkan kesemua johan bagi tiap kawasan yang telah menganjurkan kejohanan serupa diperingkat kawasan sebelum ini. Walaupun dipenuhi dengan pimpinan dari kalangan ustaz, DPPK Parit dilihat seolah² gagal menjelmakan pasukan yang penuh tawadhuk malah dengan angkuh memperagakan aksi lucah pemainnya pada laman blog pemuda kawasannya [link].

Untuk tidak mengambil mudah dengan kejohanan julung kali ini, pihak kawasan aku juga terpaksa melancarkan perang saraf kepada pasukan² yang bakal mengambil peluang beraksi dalam kejohonan itu nanti. Hasilnya pada Isnin yang lepas (21/12/2009) yang lepas, pihak DPPK Ipoh Timor telah mengadakan sesi pertemuan bersama pasukan yang akan mewakili DPPK Ipoh Timor dalam temasya tersebut. Pertemuan yang di adakan berhampiran hotel penginapan pemain itu bertujuan membangkitkan semangat dan keghairahan pemain bagi membolot kesemua piala yang dipertandingkan nanti.

Cha Cha, pasukan yang akan mewakili DPPK Ipoh Timor nanti bakal mempersembahkan gaya latin Amerika Selatan yang biasanya digunakan oleh pasukan bolasepak gergasi dunia seperti Juara Dunia Brazil dan pasukan Pemain Terbaik Dunia FIFA 2009, Argentina. Sesuai dengan nama yang telah diberikan pada kumpulan tersebut, pasukan Cha Cha berjanji tidak akan menghampakan penonton yang datang dari jauh dengan niat menyaksikan sajian skill² bolasepak terbaik dunia masakini. Formasi permainan masih dirahsiakan buat masa ini oleh pengurus pasukan, Mat Khaiyyom. Namun beliau berjanji akan hanya mengumumkannya pada satu sidang media bersama para penganjur utama sedikit masa lagi.

Turut dijangka hadir pada kejohanan itu nanti ialah Sir Alex Ferguson, pengurus pasukan Manchester United dan Pep Guardiola, pengurus pasukan Juara UEFA Champions League 2008/2009 Barcelona yang dilihat mengambil peluang mengintai pemain² yang boleh dibeli apabila pintu perpindahan musim panas dibuka Januari nanti. Jadi buat anda yang masih samar² untuk hadir menyaksikan kejohanan paling berprestij di bumi Seladang ini, ayuh beramai-ramai ke Xtreme Park Tambun, berhampiran The Lost World Tambun Ahad ini bagi menyaksikan aksi² sensasi pemain² seluruh kawasan negeri Perak ini. Hanya yang terbaik dibawakan khusus untuk anda oleh Dewan Pemuda PAS Perak.

i

banner kejohanan

ko agak kita leh bantai parit baper mr. manager?

cheh, bau ketiak mamat nih cam longkang…hilang selera makan aku. ptuiiih

nin diaaaaaa… sponsor baju kita dari TM… potong potong

setakat balun 2 pinggan aku xde masalah. pasnih nak balun parit lak

team manager, Mat Khaiyyom ngah check material kain jersi yang mencecah rm10k nilai tajaan

Lihatkannn, mancung kannn…pandangan sisi idung kapten team “Speker Halal”

bukan dada Karpal Singh jek ada bulan yop

tok imam masjid (berkopiah) dipanggil bagi memulakan upacara tepung tawar

peminat² setia tidak melepaskan peluang bergambar dengan pasukan pilihan

i

27 Jun 2009 / 4 Rejab 1430

Kepada :

Haji Mohamad Jayus Haji Bunasir

Pengarah,

Politeknik Ungku Omar,

Jalan Raja Musa Mahadi,

31400 Ipoh .

(No. Fax : 05-547 1162)

i

i

Y.Bhg. Tuan;

PENGANJURAN PERTANDINGAN BATTLE OF THE BANDS POLITEKNIK UNGKU OMAR (PUO) 2009

Perkara di atas adalah dirujuk.

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan penganjuran pertandingan juara rentak ‘Battle of the Bands’ PUO 2009 oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Negeri Perak (JKKNN) yang telah diadakan di Politeknik Ungku Omar (PUO), Ipoh pada 20 November 2009 untuk peringkat saringan dan peringkat akhir pada 22 November 2009 baru-baru ini.

DPPK IT mempertikaikan usaha yang telah dilakukan oleh PUO yang membawa masuk elemen yang tidak sihat ke kancah pelajar yang sepatutnya dihindari daripada mereka dan ianya amat mendukacitakan. Ibu-bapa yang telah membelanjakan wang yang banyak untuk memastikan anak-anak mereka menimba ilmu tetapi kecewa kerana anak-anak mereka  telah dihidangkan dengan unsur-unsur yang melekakan pelajar di dalam kampus.

DPPK IT juga merasakan kekesalan kerana pertandingan tersebut diadakan terlalu hampir dengan Masjid Sultan Azlan yang mana tempat umat Islam beribadat. DPPK IT dimaklumkan oleh penduduk-penduduk berhampiran yang kesal dengan penganjuran tersebut yang bertentangan dengan akhlak dan budi perketi umat Islam. Ramai dikalangan mereka mengecam usaha yang telah dilakukan oleh PUO dan juga JKKNN.

DPPK IT sedar program merakyat seni dan budaya perlu di usahakan tetapi pelajar yang sepatutnya menumpukan pembelajaran mereka telah dihidangkan dengan program yang melalaikan.

Sekian dipohon, terima kasih.

i

Saya yang benar,

Bagi pihak Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

i

i

AHMAD FAISAL MOHD PUAIT

Timbalan Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

i

Ihtifal PASTI Ipoh Timor…

November 14, 2009

AlhamduliLlah petang tadi Pusat ASuhan Tunas Islam (PASTI) Kawasan Ipoh Timor sekali lagi telah berjaya menganjurkan IHTIFAL PASTI Kawasan buat kali ke-4. Program bertempat di Hotel Seri Malaysia, julung² kalinya program seperti ini diadakan disebuah hotel. Syabas dan tahniah buat ahli jawatankuasa penyelaras program tersebut kerana berjaya mengadakan satu program yang dilihat mampu membuka minda dan mata masyarakat yang dahulunya hanya menganggap PASTI ini produk 2nd hand. Maksud aku bukanlah meletakkan program di hotel itu satu kejayaan, tetapi sekurang²nya aku lihat ianya berjaya melayan minda masyarakat hari ini yang lebih menumpukan kemewahan duniawi.

Program tersebut dirasmikan oleh Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri, Sdr. Salman Saleh merangkap Ketua Pemuda dan Penasihat PASTI Kawasan Ipoh Timor. Program yang dimulai dengan bacaan ayat² suci al-quran juga oleh seorang pelajar murid PASTI. Kemudiannya ibu bapa dan pengunjung dihidangkan dengan persembahan murid PASTI yang ternyata memang tidak seperti persembahan murid prasekolah mahupun Kemas yang rata-ratanya dipenuhi dengan persembahan tarian. Inilah satu lagi kelainan yang ditonjolkan oleh PASTI. Program berakhir dengan majlis penganugerahan sijil kepada murid² enam tahun yang berjaya menghabiskan pembelajaran di PASTI sebelum tetamu disediakan minum petang.

Dewasa ini seringkali PASTI dijadikan perbandingan dengan prsekolah tajaan Kementerian Pendidikan mahupun KEMAS. Namun walalupun PASTI tewas dari segi prasarana, ianya jauh mendahului dari segi silibus pendidikan. Ternyata PASTI kawasan aku menjadi pilihan ibu-bapa yang inginkan anak² pandai bukan hanya pelajaran duniawi, namun ukhrawi juga. Cikgu² sekolah berdekatan antara yang menjadikan PASTI sebagai tempat anak² mereka mendapat didikan awal.

Apakah sebabnya PASTI berjaya mendapat tempat dihati bukan sahaja para mustad’afin dalam jemaah PAS namun juga kepada peringkat pertengahan mahupun golongan atasan?

Tidak lain tidak bukan kerana keringat guru² PASTI yang bersungguh² mencurahkan ilmu walaupun hanya mendapat bayaran upah yang tidak setimpal dengan apa yang diberi. Inilah kekuatan yang ada pada PASTI disamping persediaan silibus yang ternyata begitu bagus berbanding prasekolah yang lain. Pernah silibus PASTI K4T yang disediakan untuk anak² berumur 4 tahun diplagiat oleh orang-orang yg tidak bertanggungjawab. Mungkin kerana para penulis dan pihak pengurusan PASTI sendiri tidak memberatkan untuk mendaftarkan hak keatas bahan terbitan tersebut. Moga ianya tidak berlaku dilain masa.

Akhir kata buat Pengerusi PASTI Kawasan Ipoh Timor, Sdr. Ahmad Syazwan Zulkifli dan saf ahli jawatankuasanya, syabas dan tahniah aku ucapkan di atas kejayaan menganjurkan program siang tadi.

Selamat Maju Jaya buat PASTI dari Budak Ipoh Timor.

14112009(003)

Design made by Mat Kaiyyoom Ent.

14112009(002)

Calon PRU N60 berucap

14112009(008)

Bukan nak kebendang nih weh…

14112009(009)

nak berpencak nyanyi dikir barat. tukang karut dia mmg  A++

14112009(010)

Dewan berantu. Kalau anda amati, ada lembaga itam sedang menangkap gambo. Seramnye

14112009(013)

Antara pelajar dan pemosing gambar terbaik, mana satu pilihan anda?

14112009(016)

kwang ajaq…siap tunjuk bontot. adik sapa la tuh. yg pasti bukan x student PASTI

i

Tahniah…

November 5, 2009

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor hari ini menerima satu lagi perkhabaran gembira apabila salah seorang ahli jawatankuasa pemudanya, sdr. Shafuad Saleh telah dikurniakan ALlah swt seorang anak lelaki seberat 3.3kg sebentar tadi. Isteri beliau selamat melahirkan anak tersebut melalui proses pembedahan setelah usaha untuk melahirkan anak secara normal tidak berjaya. Untuk rekod, Sdr. Shafuad Saleh juga merupakan adik bongsu kepada Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Perak, sdr. Salman Saleh dan anak tersebut merupakan anak sulung hasil perkahwinannya setahun yang lepas.

Dengan berita gembira ini, Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor bakal memperolehi seorang lagi tenaga pelapis dalam jangkamasa 15 tahun akan datang insyaALlah. Sudah tentu tercatat dalam sejarah yang menggemparkan hari ini bilamana sdr. Shafuad buat pertama kali mengalunkan azan pada luar waktu solat. Apa yang pasti, diharapkan dengan kelahiran anak tersebut akan mengukuhkan lagi hati dan jasad beliau bagi membantu menegakkan kalimah Islam dibumi Malaysia ini, insyaALlah. Akhir kata, tahniah buat sdr. Shah @ At dari Budak Ipoh Timor. Doa aku mudah²an anak yang dilahirkan ini beroleh rahmat dan keberkatan dari ALlah swt.

i