Peringatan Jumaat…

December 25, 2009

Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya – pagi dan petang – tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya.”

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kemudian dikatakan kepada masing-masing: “Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat.” Ibn Umar r.a

Huraian

Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya – pagi dan petang – tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya.”

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kemudian dikatakan kepada masing-masing: “Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat.” – *sumber Mstar

i

Off topic sat…

April 1, 2009

 

Bomba Muslimat UK

Bomba Muslimat UK

Salam. Arinih aku off topic sat pasai politik Bukit Gantang. Maybe xde ape lagi yang lebih hangat. Lagipun calon PAS P059 ada kat ipoh malam tadi. Buat kali kedua dia dapat anugerah datuk. Kira hebat la. Time kerajaan dah kena hijack nih pun leh dapat anugerah. Hebat hebat. Yang pasti, itulah cucu sulung Hj Nizar. Moga dengan kelahiran cucu sulungnya tu membuatkan semangatnya semakin terbakar dan bekerja lebih keras untuk menang PRK P059 ni.

Back 2 da topik, arinih ketika membuka lembaran berita Dunia dalam Kosmo Online, aku tertarik perihal berita dari bumi London. Ianya mengenai Jabatan Bomba dan Penyelamat Lincolnshire, England yang memperkenalkan uniform bertudung khusus yang sesuai bagi kegunaan anggota bomba wanita beragama Islam di jabatan berkenaan. Ianya bertujuan menarik lebih ramai anggota baru tanpa mengira latar kaum dan agama supaya berkhidmat dalam agensi tersebut.

Wahhh ni sudah betul² Har Liauuuwwww… Negara kristian pun dah mengambil langkah berani seperti ini. Lihatla negara kita Malaysia. Ngaku  negara Islam, tapi apa pekerja Islam dapat hasil dari perisytiharan negara Islam tersebut? Masih ada lagi aduan pekerja tidak boleh mengenakan pakaian menutup aurat, masih ada lagi aduan pekerja tidak boleh menunaikan solat waktu dan solat jumaat. Sehinggakan masih ada lagi pekerja yang tidak boleh mengandung dalam tempoh² tertentu. Sampai begitu sekali???

Kalau begitu aku rasa England lebih mesra penganut agama Islam dari Malaysia nih. Camne nak ajaq mereka nih? Ayuh pangkah Haji Nizar di PRK 059 7hb ni.

Cheh, kata nk off topic bab politik… haha

pERtama BukAN tERakHir…

October 17, 2008

i

Masjid pertama yang mempunyai menara dan kubah telah dibuka dengan rasminya di Berlin, timur  Jerman. Masjid Khadija merupakan simbol kebanggan bagi pengikut fahaman Ahmadiya ini. Walaupun pembukaannya disertai bantahan penduduk setempat, ianya tidak melemahkan semangat warga muslim disitu dan menyifatkan pembukaan masjid ini telah melakar sejarah baru bagi bekas negara Jerman Timur yang sebelum ini dikuasai masyarakat penganut komunis itu. Mudah²an dengan pembukaan masjid itu akan menyemarakkan lagi proses pengembangan Islam di situ.

i

Untuk sumber berita asal sila klik –> di sini

i