Kalau kome nak tau, ni le peghangai Ameno tuh. Bebaru nih kecoh kata senarai lantikan ajk masjid telah ditukar dan dimasukkan ssenarai ahli berpartikan PAS. Ok la masaelah tu selesai le kendiannya. Baru nih teman dapat la surat komplen yang mengadu masaelah dua buah masjid dalam kampung teman nih. Kalau kome nak tau kedua-dua mesjid nih pekat Ameno nye. Nak jadikan chegite, ghaye haji aritu, udahlah jatuh ari Jumaat. Senyom lebor deme nih. Ye le, dapat buat kutipan dabel kong tuh. Mak aihh sekali kutip Jumaat jek mau cecah ribu ringgit. Tambah pulak ghaye haji. Suma yang gaji beso balik kampong.

Malangnya Jumaat tok peti benor gilior-gilior selang seminggu. Nak jadi ceghite, Jumaat aritu patutnya gilior masjid lama dekat kubor tuh. Punyala pandei bebenor otak Ameno ni dalam bab mentekedarah duit, dioghang buat patwa kata boleh buat Jumaat dedua mesjid. Haghu yop. Hukum kata x boleh, tapi peghot Ameno kata boleh. Dilantak di deme duit kutipan Jumaat dedua mesjid. Kaya la dedua mesjid tu.  Tapi semayang aritu teman x tau la sebab teman lama bebeno dah x semayang kat kampong tuh. Low class kata P. Ramlee.

Last ceghite yang teman tau soghang tok imam masjid lama tu letak jawatan. X pueh hati la kot nengok pepuak Ameno ni buat memain hukum cam main dam aji. Tadi kawan teman kata ada ceghite baru lak. Duit nak uruskan oghang mati dah naik beratuih ganda. Kalau dulunya x sampai dua ratuih campor duit upah korek liang, jap tadi wakil masjid kata dah naik sampai rm700. Siap pakej kain kapan ntah menda lagik.

Jadiknya sapa yang agak-agak rase nak mampuih kat kampung teman tu kene siap deposit RM700. Kalau x mintak le tangguh dulu kat tuhan. Ate dah x de duit. Xkan nak sughoh deme bakor mayat kita. Lagi haghu. Tapi teman ghase pepuak Ameno nih bukan dikire deme halal haram. Mau deme bakor mayat sapa yang xde duit RM700 tu.

i

surat anak kariah yang mengadu kat tok peti

i

surat jawapan balas tok peti

i

taMRin dPPn peRak…

September 30, 2008

i

i

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah mengadakan Tamrin Ramadhan pada 26 & 27 Ramadhan yang lepas. Program yang bermula pada petang Jumaat itu menghimpunkan seluruh kepimpinan pemuda kawasan-kawasan dalam negeri Perak. Ketua Lajnah Tarbiyah DPPN Perak, Ust Mohd Zawawi Hassan dalam ucapannya mengharapkan agar program yang diadakan ini dapat mendidik jiwa para pemimpin pemuda kawasan² ini agar sentiasa mendekatkan diri dengan ALlah SWT. Program tahunan DPPN Perak ini bagaimanapun hanya berjaya menghimpunkan setengah daripada keseluruhan kawasan dalam negeri Perak. Kemungkinan ianya berpunca dari tarikh permulaan cuti sekolah sempena hari raya yang mana ada diantara peserta telah pulang ke kampung halaman.

Program yag dimulai dengan pendaftaran dan berbuka puasa disambung dengan solat maghrib, isyak, terawih dan tadarus Al-Quran. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Melihatkan kehadiran yang agak kurang, ada kumpulan yang hanya mempunyai dua orang ahli sahaja. Sasaran untuk menghabiskan satu Al-Quran malam tersebut berjaya walaupun ada diantara peserta yang terpaksa membaca 2 juzu’. Program bersambung jam 4 pagi dengan solat malam dan diakhiri solat witir sebelum menikmati juadah sahur. Selepas solat subuh, pengisian tazkirah disampaikan oleh Ust. Wasis, AJK Lajnah Tarbiyah DPPN Perak yang mengantikan Ust Dahlan yang tidak dapat hadir. Program bersambung dengan majlis Khatam Al-Quran dan diakhiri dengan nyanyian lagu rasmi PAS dan bacaan doa wehdah. Program tamat hampir jam 11 pagi. Sekalung tahniah buat DPPK Ipoh Timor yang telah berjaya menghantar peserta paling ramai pada program tersebut. Mudah²an komitmen yang diberikan dibalas dengan sebaik² balasan oleh ALlah SWT.

i

indahnya ukhuwah bila berpandukan iman

pasangan sedondon anak dan ayah

aduhhhh…kenapa x ramai yang datang nih???

i

kunJungaN…

September 25, 2008

i

i

ADUN Taman Canning, YB En. Wong Kah Woh telah hadir ke majlis berbuka puasa di Surau Tarbiyyah, Taman Cempaka yang terletak dalam kawasan Parlimen Ipoh Timor semalam. Taman Cempaka yang merupakan kubu kuat UMNO sejak dahulu lagi merupakan kawasan pertama lawatannya sempena bulan Ramadhan ini. Beliau dijangka meneruskan sesi lawatan ke Masjid Al-Rahman, SPPK pada 25 Ramadhan dan Surau Taman temara keesokan harinya. Anggaran kehadiran ialah seramai lebih dari 50 orang. Antara yang hadir termasuk YDP PAS Kawasan Ipoh Timor, Hj. Zulkifli Abu, S/u  dan Ketua Pemuda, Salman Saleh. YB Wong dalam ucapannya menerangkan dasar pentadbiran kerajaan pakatan rakyat kepada tetamu. Disamping itu beliau turut menerangkan peruntukan² yang ada untuk diberikan kepada masyarakat setempat. Apa yang menariknya semalam, beliau menafikan menaja jamuan berbuka puasa itu yang sebenarnya menggunakan wang peruntukan wakil rakyat yang diterimanya khusus untuk digunakan pada bulan Ramadhan ini. Diakhir ucapan beliau sempat mengucapkan syukran jazilan yang menyebabkan jemaah surau ketawa. Beliau yang turut berkesempatan berbuka puasa bersama jemaah surau telah berbesar hati menyampaikan cenderamata kepada AJK dan jemaah surau tersebut. Satu yang pasti, MCA dan Gerakan, parti terbesar masyarakat cina pastinya gusar dengan perkembangan ini terutama melihatkan penerimaan masyarakat melayu terhadap parti DAP ini.

ucapan meraikan majlis

berbuka time

diapit orang kuat

bersama KP , Salman Saleh (berbaju purple)

sumbangan

i