Guna air mata perdaya wanita RM10,000

TAMPIN: Linangan air mata seorang lelaki warga Indonesia berjaya mencairkan hati Ketua Pergerakan Wanita Umno sebuah cawangan di daerah ini sehingga menyebabkan mangsa terpedaya dan kerugian hampir RM10,000, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, lelaki warga Indonesia berusia lingkungan 40-an itu dikatakan ‘mempertaruhkan’ air mata dengan memberitahu memerlukan wang segera untuk pulang ke kampung halamannya bagi mengunjungi ibunya yang tenat.

Lelaki itu menawarkan tiket hadiah nombor loteri yang dimenangi bernilai RM96,000 dan memberi alasan tidak dapat menuntutnya memandangkan bukan warganegara dan meminta mangsa menyerahkan RM10,000 sebagai pertukaran untuk mendapatkan tiket berkenaan – Metro

i

Kah kah kah. Xda apa lagik yang nak disorokkan. Sudah terang lagik bersuluh, memang puak-puak UMngokco ni la sebenarnya spesis taik judi. Bukan dari kalangan lelakinya jek yang taik judi, malah menurun sehingga ke cabang Puterinya sekali. Dah la bangang yg amat sampai kene tipu ngan Mat Indon, pehtu gila nak melantak duit judi lak. Sahhhh spesis UMngokco ni memang sudah sampai ketahap penjudi tegar.

So buat kaum Cina yang selama ini dikambing hitamkan UMngokco, nampaknya mereka sudah boleh bernafas lega. So marilah kita ratibkan beramai-ramai secara berjemaah UMngokco TAIK JUDI… UMngokco TAIK JUDI

i

p/s- Cara mudah nak kenal ahli @ penyokong @ pengundi UMngokco mudah je. Pertama senang ditipu dan kedua suka dengan benda haram 😀

i

... Selama lebih 50 tahun hegemoni budaya United Malays National Organistaion telah melakar dan mengkonstruksi cara warga Malaysia terutama manusia Melayu berfikir dan bergerak. Dengan bantuan lembaga – seperti lembaga feudal, lembaga keagamaan, lembaga tradisional Melayu – United Malays National Organisation telah berjaya memagar dan mengikat cara manusia Melayu berfikir dan bergerak – Malaysiakini

i

Angin membawakan khabar…

January 8, 2010

Dengar anginnya ada seorang berjawatan cukup besar di salah sebuah Politeknik negeri Perak sedang disiasat oleh SPRM. Menurut sumber yang berminat mendedahkannya kepada aku, bukan sekali malah dua tiga kali pegawai SPRM telah menjenguk untuk mendapatkan maklumat daripadanya. Beliau dikatakan akan bersara wajib tidak lama lagi. Menurut sumber tersebut lagi, kontrak beliau akan disambung walaupun masih disiasat oleh SPRM.

Dikhabarkan juga beliau yang sedang disiasat SPRM itu mempunyai isteri saling x tumpah seperti isteri PM 1 Malaysia. Suka mengawal suami dan berbelanja besar. Walaupun hanya berjawatan pensyarah, namun kuasa isteri beliau mengatasi kuasa suaminya sendiri sehingga digelar kakitangan institusi tersebut dengan panggilan Ketua Pengarah. Malah isteri beliau berkuasa untuk menukar program yang telah disusun oleh pihak Kementerian tidak lama dahulu mengikut kehendak seleranya. Antara kegilaan pasangan suami isteri ini ialah berhibur. Antara program terbaru yang diadakannya ialha pertandingan antara band-band kugiran yang diadakan tidak jauh dari sebuah masjid.

Disebabkan tempoh persaraan yang semakin hampir, maka Majlis Konvokesyen Politeknik yang menjelang tiba bakal diadakan dalam suasana yang penuh gilang gemilang, walaupun ada soseh² duit penyediaan P & P untuk jabatan hanya diperuntukan sebanyak RM5 ribu sahaja. Berita terakhir yang kedengaran ialah salah laku terhadap duit Alumni Politeknik tersebut yang mencecah ratusan ribu ringgit.

Aku harap ianya sekadar angin yang membawa khabar. Kalau angin itu spesis puting beliung maka bersiap sedialah beliau itu.

i

p/s – Untuk makluman Perak mempunyai 2 buah Politeknik.

i

Ujian buatmu pejuang…

January 7, 2010

N155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”Al-Baqarah 155 – 156

i

1. Alif, Laam, Miim.

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdustaAl-‘Ankabut 1 – 3

i

Read the rest of this entry »

“SPRM baru-baru ini telah menyiasat dakwaan itu dan telah ke pejabat Abdul Ariffahmi bagi menyiasat dakwaan penulis blog tersebut”Malaysiakini

Memang tangkas sungguh SPRM ni bergerak. Hanya berdasarkan maklumat blog sahaja sudah boleh bertindak. Tapi bukan sebarang laporan blog yang diambil perhatian. Hanya blog yang menumpukan kepada parti Pakatan Rakyat sahaja yang akan dilayan. Kalau blog dari kalangan aktivis atau simpatisan Pakatan Rakyat, tobat lahum x kemananya dakwaan tu. Sedangkan begitu banyak dakwaan penyelewengan yang telah dilakukan oleh pihak pemerintah Be End, masakan satu pun xda yang sangkut dengan pendakwaan?

Kemana perginya laporan salah urus yang dikeluarkan dalam laporan Ketua Audit Negara tempohari? Opss dah mula disiasat. Ok kira dh mula bergerak la. PKFZ lak camne? Bro Husam kata penyelewangan itu telahpun mulai dikesan pada tahun 2003 lagi. Jawatankuasa Kira-Kira Negara (PAC) sendiri sudahpun mengesahkannya dan meminta perkara itu disiasat.

Tapi kenapa baru sekarang terhegeh² nak bertindak. Tapi hanya kerana berpandukan satu laporan blog keatas anak menantu pemimpin Pakatan Rakyat, tanpa sempat menyedut nafas mereka dah berada ditempat kejadian? Dah kebuloq sangatka hangpa woi???

Sial SPRM. Sampai bila hangpa nak jadik balaci UMno Be End???

i

Man U berjaya mengalahkan CSKA Moscow dengan keputusan 1-0 hasil jaringan Antonio Valencia minit ke 86 pada perlawanan Liga Juara-Juara Eropah peringkat kumpulan B sebentar tadi. Ini merupakan kemenangan ketiga Man U dari tiga perlawanan, seterusnya mengekalkan rekod kemenangan bersih dalam saingan kumpulan. Dengan kemenangan ini juga, Man U seakan sudah layak untuk ke perlawanan peringkat kedua nanti.

Walaubagaimanapun, 2 lagi pasukan Liga Perdana Inggeris yang bermain awal pagi semalam iaitu Arsenal dan Liverpool mengalami nasib yang berbeza. Arsenal seri 1-1 dengan kelab dari Belanda iaitu AZ Alkmaar manakala Liverpool pula tewas MENGEJUT kepada kelab Lyon dari Peranchis 1-2. Satu lagi kelab Liga Perdana Inggeris yang akan bermain lewat pagi ini iaitu Chelsea yang akan bertemu pasukan La Liga, Atletico Madrid.

Selepas ini, pasukan Man U pastinya akan menumpukan perlawanan penting derby menentang Liverpool yang sudah tewas 2 kali berturut-turut pada perlawanan terakhirnya. Seandainya Man U berjaya mengalahkan Liverpool ahad nanti, ianya sudah pasti akan mengukuhkan kedudukan pasukan itu dipersada liga. Manakala sebarang kekalahan buat Liverpool akan menutup terus impiannya menjulang piala kejuaraan Liga Perdana yang pernah dimenanginya kali terakhir 20 tahun lalu. Sekian berita sukan dari Budak Ipoh Timor.

i

p/s-sesapa terbakar baca brita sukan nih, mintak alihkan siaran. terima kasih

i

BN-Barang Naik lagikkkk…

August 31, 2009

Sebentar tadi dalam Edisi 7 Ntv7 telah diumumkan kenaikan kadar harga baru bagi minyak RON 95 sebanyak 5 sen menjadikannya kepada RM1.80 sen seliter manakalan bagi RON 97 pula naik  sebanyak 25 sen kepada RM 2.05 seliter mulai selepas 12.00 malam ini.

Terima kasih kepada Najib di atas hadiah sempena menyambut Hari Kemerdekaan negara kita. Terima kasih Najib. Hadiah raya diberikan terlalu awal. Pastinya rakyat sedang bergumbira menikmati hadiah dari kerajaan 1 Malaysia sekarang ini.

Harga Petrol naik esok

Kerajaan hari ini mengumumkan kenaikan harga petrol RON95 yang menggantikan RON92 kepada RM1.80 seliter, kuatkuasa esok.
Manakala harga RON97 juga turut dinaikan kepada RM2.05 seliter. Kerajaan sebelum ini telah menyatakan bahawa harga petrol akan dinaikan pada 1 September.

Baca di Malaysiakini

i

mUSti rAjin…

October 10, 2008

i

“Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” – Surah Ali ‘Imran : 104
i

AlhamduliLLah semalam pemuda kawasan aku mengadakan usrah. Syukurlah pengisian rohani bagi kami yang amat kurang ilmu ini tetap terus berjalan walaupun suasana sambutan ‘Aidilfitri masih terasa. Bertuahnya duk di Ipoh Timor nih. Kawasan lain pun mungkin sama keadaannya dengan kawasan aku, ataupun makin hebat. Cuma jgn makin teruk dah la. Kawasan aku nih antara kawasan yang paling x berpotensi untuk menyuburkan gerakan dakwah di Perak ni, bagi pandangan sesetengah insan la. Mungkin pendapatnya sesuai dikaitkan dengan pendapat nafsu. Bagi aku, walau duduk dikawasan mana pun, urusan dakwah dan tarbiyah tetap kena jalan. RasuluLLah SAW dah perturunkan segala kisah hidupnya kepada kita untuk dijadikan bacaan dan pengajaran. Sapa sangka bumi Makkah akan subur dengan dakwah Islamiyah ketika nabi mula² mendapat wahyu dari ALlah SWT dahulu. Barangkali Ipoh Timor, kawasan aku ni jugak berpotensi menjadi seperti Makkah itu. Usaha yang patut didahulukan, tawakkalnya kemudian. Bercakap berdasarkan ilmu dan iman, bukan dengan nafsu dan perut yang kenyang.

Aduhhh…membebel plak

Sambung cite…

Program brmula awal coz agak ramai pemuda kawasan yang mulai berpuasa sunat 6 Syawal. So agenda iftar jama’ie diberi keutamaan. Hanya kami berlima saja yang berbuka di markaz PAS kawasan, tempat usrah diadakan. Salman, zul, syeikh, ust Yop dan aku. Yang lain mungkin sibuk dengan urusan sendiri, atau ada yang masih belum habis dengan urusan kerja.  Xpela, dulukan yang mana patut didulukan. Walau berlima, tapi juadahnya cam 50 org makan. Haha, sms s/u pemuda nyer pasal la nih. Arahan bawak juadah memasing. Dah bawak, kumpul² jadik menimbun lak. Xpe, rezeki pas terawih kang la (igt bln Ramadhan ke). Usai iftar, bersolat jemaah maghrib diimami ust. Yop. Nyaris kali ni x bwk surah panjang. Mungkin nak mengejar waktu. Zikir ma’thurat dialunkan selepas itu. Sket demi sket ruang dipenuhi. Selesai sunat rawatib, menyusul bacaan ayat suci. Sorang 2 ayat dah cukup. Bagi yang dah lancar, mungkin rasa terlalu sikit, tapi berlawanan dgn yang masih merangkak. Rasa cam nak lari pun ada. Nyaris pintu kuar dah kena pagar. Hehe…

Sambung kemudiannya dengan buku Penyakit Umat Islam karangan Dr. Sayyid Muhammad Noh. Buku yang amat bagus buat kalian membacanya. Nampak apa yang tercatat dalam buku itu berlaku dikalangan kita, orang yang mengaku nak berjuang dijalan ALlah ni. Bekas naqib aku pun sama. Ustaz² yg join usrah pemuda kawasan aku pun tumpas. Mudah²an ianya x berjangkit pada aku dan mereka². Bak kata Ust Yussaini dalam blognya :

“Salah satu cara mensyukuri nikmat ini adalah mencintai perjuangan Islam dan jemaah ini dengan sepenuh hati dan jiwa raga

Naqib malam tadi jatuh pada giliran Zul. Kembarnya si Mizan x datang lak. Mizan lain lak yang dtg. Mungkin sdg menantikan detik² indah menjadi ehem ehem…. Mudah²an nikmat yang ALlah beri kat dia, x membuatkan dia jauh dari jemaah hendaknya insyaALlah.

AlhamduliLLah dah tamat bab ke 3 : ‘Isti’jal. Pasnih nak masuk tajuk ke 4 : Uzlah. Kalau diamat-amati, memang kupasan dalam kitab ni tuju terus ke diri kita. Sama ada sedar atau dibawah sedar je. Aku suggest yang belum baca belilah buku nih. Sungguh bagus. Akunye pemuda pun dah hampir 4 tahun berusrah bersama baru abiskan tajuk ke-3. Setelah ditop-up skit sorg, pgram ditamatkan awal kerana ada mesyuarat pramajlis sambutan ‘Aidilfitri PAS Kawasan Ipoh Timor selepas itu. Dengan kehadiran pemuda seramai 15 orang, mudah² ianya mampu menjadi al-Hawriyyun.

“Seseorang yang mendakwa dia mencintai ALlah SWT, sudah pasti dia akan mencintai apa yang dicintai ALlah SWT”

i