Akhirnya Ramadhan yang mulia meninggalkan kita. Syawal pula menggamit jiwa. Dikesempatan ini, aku ingin mengambil kesempatan memohon keampunan dari ALlah SWT dan kemaafan pada anda semua yang sudi menjenguk blog kerdil aku ini atas segala kekurangan yang telah aku lakukan selama ini terhadap sesiapa jua.

Buat yang tersentuh dengan tulisan aku, anggaplah ianya positif kearah kebaikan, bukannya semata² untuk terus melihat kalian berada dalam keburukan. Sesungguhnya dengan segala sifat kekurangan yang telah sebati dalam tubuh badan aku ini kemaafan kalian aku pinta bersempena kedatangan Syawal yang penuh mulia ini.

Akhir kata dari aku, Selamat Menyambut Hari Raya ‘Idul Fitri. Tinggalkan keburukan. Ayuh bersama kita mengerjakan kebaikan.

Ya ALlah, tuhan yang Maha Pengampun, jadikanlah sedikit amalan yang kami lakukan ini sebagai satu ibadah. Ampunkanlah dosa hambaMu ini ya ALlah. ya ALlah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Menyayang, izinkanlah kami bertemu lagi pada bulan Ramadhan akan datang. Engkaulah Tuhan yang kami sembah dan Engkaulah jua Tuhan tempat kami memohon pertolongan. Aminn ya Robb

“TaqobbalALlahu minna waminkum Taqobbal ya Kareem, Ja’alanALLahu waiyyakum minal ai’idin walfaizin walmaghfirin

i

Paham sendiri…

May 28, 2010

laman sesawang yang sudah bersawang…

i

Hadiah Tahun Baru…

December 31, 2009

Selain dari konsert yang akan diadakan oleh para sahabatku di Taman Tasik Taiping sebentar lagi, tiada apa yang menarik untuk diceritakan ari ini. Nampak gayanya ramai jugak sahabat² yang menyokong tentang keperluan mengadakan konsert ini. Bukan sahaja hujah aqli, malah hujah naqli juga diberikan. Wahhh memang berasap kalau x tahan.

Memang aku akui agak kurang selesa dimana sambutan tahun baru MASIHI, diulang sambutan tahun baru MASIHI diperbesar²kan oleh pencinta keadilan Islam, sudah tentulah sahabat²ku ini diantara yang menjadi tulang belakang memperjuangkannya. Sekali lihat memang ianya memenuhi tuntutan fitrah anak muda yang memang dari zaman jahiliyah sehinggalah kezaman tamadun kehidupan manusia mencapai kemuncak yang tertinggi gilakan berhibur ini. Lihat sahaja betapa parahnya anak muda dihidangkan dengan pelbagai program hiburan, x kiralah rancangan realiti dipeti² telivesyen mahupun konsert². Semuanya semata² bertujuan memenuhkan aktiviti anak muda supaya tidak menjadi pencinta majlis ilmu mahupun program² yang dapat membina sahsiyah anak muda tersebut.

Nah, tiba² sahabatku dari SEMARAK ini pula menjadi gila sama untuk menganjurkan konsert sepertimana yang dilakukan saban masa oleh pihak yang cintakan kemungkaran. Letaklah apa jua nama konsert itu, bagi aku matlamat tidak harus menghalalkan caranya. Memang diakui medium seni dalam menyampaikan dakwah ini ada kelonggarannya  sepertimana yang slalu dibahaskan oleh para ulamak, namun adakah ianya satu keutamaan pada kita? Adakah ianya hanya dibuat semata² bagi menunjukkan kita juga bersikap proaktif dalam memberikan hiburan walaupun dengan nama hiburan alternatif? Logik akal aku, andainya konsert ini begitu merupakan satu keperluan yang mendesak dalam menangani permasalahan anak muda yang cintakan hiburan melampau, sudah tentu RasuluLLah SAW juga melakukannya.

Mungkin aku yang kurang mengaji ataupun aku jahil, yang pasti aku x pernah jumpa RasuluLLah SAW berdakwah menggunakan cara ini. Kalaupun ianya ada, sudah tentu barangkali RasuluLLah SAW melarangnya dari diadakan pada malam Jumaat, malam keramat buat masyarakat Melayu Malaysia nih ataupun konsert itu diadakan pada malam sambutan tahun baru HIJRIYAH, bukannya MASIHI?

i

Ni ha puncanya…

December 8, 2009

Semalam aku bersantai membicarakan isu bolasepak negara masakini. Dari zaman kehebatan sehingga pernah layak ke Sukan Olimpik dahulu sehinggalah terkini boleh dikalahkan oleh pasukan kerdil seperti Maldives. Walaupun begitu rakyat negara ini masih begitu cintakan bolasepak. Acapkali juga ditipu, tapi bagi aku itulah sahaja hiburan yang ada. Berbanding sukan didalam dewan yang tidak membolehkan penonton meluahkan perasaan berlebihan, tapi di stadium bolasepak kesemuanya boleh dilakukan. Dari maki hamun, puji memuji, tari menari sehinggalah melontar kacang dan pemetik api, kesemuanya bertujuan memuaskan hati penonton yang membayar sebuah persembahan dari 22 pemain di atas padang itu.

Jika semalam akhbar membawakan berita mengenai sikap pemain negara yang sepeti tidak mahu menerima takdir kekalahan, hari ini kita dikejutkan pula dengan keputusan flip-flop FAM, badan sukan yang mengawal segala aktiviti bolasepak tanahair. Kemasukan semula pasukan Pahang ke dalam kancah Liga Super bolasepak Malaysia sudah tentunya mencetuskan seribu rasa tidak puas hati buat peminat, penyokong mahupun pasukan yang sepatutnya layak berada di situ, iaitu Harimau Muda A sementelah mereka telah dijanjikan tempat tersebut sebelum ini.

Bukanlah sukar untuk menilai kenapa keputusan U-turn saat akhir itu dilakukan. Jika dilihat struktur organisasi badan induk tersebut, sudah pastinya kita akur akan keputusan yang terpaksa dipersetujui oleh kesemua ahli gabungan persatuan negeri mahupun kelab bolasepak yang mendaftar di bawah gabungan badan induk tersebut. Walau bagaimana hebat bantahan dibuat, bolasepak bukan milik mutlak rakyat Malaysia, bahkan ianya milik ekslusif pentadbir FAM. Mereka boleh sesuka hati menukar peraturan yang telah dibuat tanpa melihat kepada rasional keputusan itu dibuat. Adakah ianya memberikan keuntungan kepada mutu bolasepak negara tidak timbul buat masa ini. Yang penting raikan hak orang atas tersebut.

Jika begini caranya FAM menangani permasalahan bolasepak negara kita, apa sangatlah nak dimalukan dengan kekalahan 14-0 tempohari ataupun 1-0 kepada Maldives tu? Sudah sampai masanya rakyat Malaysia yang cintakan sukan tersebut bangun membantah campurtangan eksekutif dalam mencaturkan sukan tercinta ini. Pandangan aku, berilah kuasa itu kepada yang hak, bukan kepada yang tuli tentangnya. Kalau itu yang dipilih, memang kehancuran yang akan ditempah.

Buat peminat sukan bolasepak, sampai bilakah anda mahu ditipu?

i

* sumber berita – Kosmo

i

Tok Guru MU

i

Memang celaka…

September 8, 2009

i

Pada sesapa yang kenal mamat celaka dalam gambar di atas ni, tolong mark muka diorg. Pastu ajar cecukup.

i

Off Topic sat…

June 12, 2009

C.Ronaldo

i

Man Utd FC LogoSemakin hari semakin aku jemu membaca kisahmu didada² akhbar. Ada yang memuji tetapi terlalu ramai yang mengeji. Aku kebingungan, kenapa dirimu menjadi mangsa, sedangkan bakatmu adalah anugerah Ilahi. Bakat tanpa berusaha menjadikannya lebih baik adalah membazir. Aku lihat dirimu begitu bersungguh² ketika berlatih. Ketika dirimu ingin menjadi yang terbaik dari yang terbaik, aku lihat perasaan ini tidak wujud dalam diri² pemain negara kelahiranku. Adakah sebab kaedah pemakanan? Aku baru membaca beberapa athlete negaraku bermabuk sakan dikelab² malam ketika pertandingan masih diadakan. Pelik sungguh. Pasukanmu bermabuk sakan apabila sudah mengenggam kemenangan, tetapi pasukan negaraku bermabuk ketika kemenangan jauh dari jangkauan. Adakah pula kerana perbezaan bayaran gaji? Aduhhh… kalau nak tahan bola pun x reti, mana mungkin pasukan akan membayarmu dengan nilaian gaji berjumlah ratusan ribu seminggu?. Jadi atas sebab apa? Sebabnya sukan hanya dijadikan satu hobi dimasa senggang, bukannya proffesionalisma seperti kamu itu.

Maka dengan berat hati, aku merelakanmu pergi seandainya itulah yang terbaik buatmu. Pergilah adindaku Christiano Ronaldo. Aku akan terus mengenang kehebatanmu walaupun hati ini terlalu berat untuk melepaskanmu.

Huhu, bersabarlah hati. Aku pasrah. Walau apapun yang melanda, Man U tetap dihati ini. Glory Glory Man U… Good bye my fren

i