Klon MAT INDERA yop…

September 14, 2011

 


Selamat Hari Guru…

May 16, 2011

i

AlhamduliLLah hari ini menjadi hari yang begitu bersejarah buat para guru diseluruh negara. Najib dan Mahyuddin telahpun mengumumkan gula-gula terbaru kepada para guru.

Seperti biasa, pemimpin UMporno ini hanyalah melihat kebajikan guru perlu dijaga seandainya golongan ini mampu memberikan undi kepada mereka.

Apapun ianya masih belum mampu merungkai segala permasalahan yang dibangkitkan oleh golongan pendidik ini yang sehingga kini masih dibebani dengan pelbagai beban kerja bermula dari kerja asas mengajar melangkaui kerja-kerja perkeranian. Kesian mereka.

Justeru dalam menghargai kelompok yang begitu besar jasanya kepada kita, kita mengharapkan akan ada satu tindakan besar dari pihak kerajaan buat mereka, bukanlah sekadar retorik semata-mata umpama habis madu sepah dibuang. Baik dari pihak UMporno mahupun pihak Pakatan Rakyat seandainya berjaya memerintah nanti.

Kepada seluruh golongan pendidik ini, Selamat Hari Guru diucapkan dari Budak Ipoh Timor. Semoga ALlah membalas budi baik anda mendidik anak murid menjadi insan berguna di alam maya ini.

i

Breaking News!!!

April 14, 2011

Aku punya sites dh kene attack…bukan dari penggodam maya, tapi dari sifat MALAS yang teramat. InsyaALlah dengan semangat yang kembali menggebu, aku akan kembali aktif menulis. Berikan aku masa, aku berikan kamu cerita. OK???

i

i

i

Countdown 2011 @ PRU-13???

December 31, 2010

Update

Jenazah akan disolatkan di Masjid Raja Nazrin Shah, Rapat Jaya Tambahan malam ini selepas solat ‘Isyak. Mohon yang berkelapangan untuk hadir – Ust. Misbahul Munir (s/u BPPN Perak)

Makluman dari ‘sms’ yang aku terima sebentar tadi dari YB Khalil Idham Lim, ADUN Titi Serong memberitahu isteri Pesuruhjaya PAS Perak, Ust. Abu Bakar Hussin telah kembali kerahmatuLLah sebentar tadi. Jenazah masih berada dihospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

Moga ALlah SWT memuliakan ALlahyarhamah dan menempatkan rohnya dikalangan orangĀ² yang berjuang pada jalanNya, amin. Al-Fatihah

i

Takziah…

July 14, 2010

Sebentar tadi 2 ‘sms’ menerobos ke ruang peti masuk henpon aku.

Sms pertama dari pegawai khas PASTI Perak, sdr Ridzuan yang memaklumkan suami kpd Ustazah Fazliyana, anak kepada Imam Fahme aktivis PAS Gopeng telah kembali kerahmatuLLah. Sempat berbalas ‘sms’ dengan adik ustzh, sdr Firdaus bertanyakan asbab kematian dan dijawab kembali kematian mengejut. Mungkin sumber lain dapat memberikan jawapannya nanti.

Sms kedua dari sdr Rahmat, EXCO DPPK Ipoh Timor memaklumkan Timbalan Ketua Pemuda PAS Ipoh Timor, Ustz. Faisal kemalangan sewaktu dalam perjalanan menghala ke Kuala Lumpur. Kejadian berlaku dalam keadaan hujan lebat menyebabkan kereta yang dinaiki oleh beliau bersama ibu, isteri dan anaknya berpusing beberapa kali. ALhamduliLLah semuanya selamat walaupun kereta yang dinaiki mengalami kerosakan yang agak teruk dibahagian hadapan.

Takziah aku ucapkan kepada yang berkenaan. Semoga tabah menghadapi ujian ALlah. Al-Fatihah…

i


Oleh : albanjari

Alhamdulillah, jentera bloggers Pakatan Rakyat akan digerakkan lagi. Kali ini jentera bloggers akan berkampung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesungguhnya peranan blogger-blogger di Bagan Pinang tentu lebih berbeza jika mahu diimbau semula kelibat dan peranan mereka sebelum ini terutamanya di Permatang Pasir dan Bukit Gantang mahupun Kuala Terangganu.

Melihat akan peri hebatnya tempur yang akan digalas kelak, mungkin pertempuran itu akan berakhir dengan peperangan 3 atau 4 penjuru, blogger sekali lagi diuji. Bukan hanya calon sahaja beb, kata orang lagi, ini kubu Umno, kubu tradisi, kubu yang sering punya nasib ‘ong-ong’ ! Lebih-lebih lagi di situ tersergam 5 kem tentera yang kukuh berdiri. Apapun, Lawan Tetap Lawan ! Biarpun harus mengalas keringat yang lencun membasah ketika bertempur. Itulah adatnya bila anak jantan berlawan, namun jangan terlalu mudah meletakkan harapan, biarpun Umno umpama ‘kerusi roda’, yang cacat lagi lumpuh kakinya, tetapi tidak mustahil jika mereka menang cemerlang seterusnya meninggalkan calon Pakatan Rakyat yang sihat serta gagah di marathon yang ‘senget’ di hujung garisan penamat.

Maka melihat dari hebatnya medan tempur ini, melalui beberapa siri perbincangan dan rundingan gelap di ruang siber, BloggersNetwork@Malaysia akan digerakkan sepenuhnya, 100 % di Bagan Pinang. Kombinasi dari 4 kumpulan blogger besar ini, disatukan dibawah 1 nama. Maka dengan itu, kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak yang diketuai oleh MSK, barisan bloggers dari group Bloggers Barisan Rakyat yang dipimpin oleh Bro Zorro UnMasked, dan kumpulan Bloggers PAS Perak, yang diketuai sendiri oleh wak, albanjari, seterusnya anggota bersekutu di dalam BloggersNetwork@Malaysia sendiri akan bergabung dan digabungkan untuk turun bersama membantu calon Pakatan Rakyat meraih kemenangan seterusnya memberi ‘ajar’ buat Umno-BN kelak.

Begitu juga dari siri-siri perbincangan khusus, semua blogger-blogger tersebut akan dihimpunkan dibawah nama BloggersNetwork@Malaysia. Jika dilihat dari keaktifan kumpulan besar ini, Pakatan Rakyat mempunyai lebih dari 200 blogger aktif. Terima kasih wajar diberikan kepada semua pimpinan parti PR dan juga kepada Tuan Pesuruhjaya PAS Neg, Negeri Sembilan yang telah mengiktiraf tugas-tugas blogger sekarang. Begitu juga kepada Dr. Zulkefli Ahmad, YB Ravi dan banyak lagi nama-nama yang tidak dapat dituliskan di ruang yg serba terhad ini, TERIMA KASIH.

Bagi melicinkan gerak kerja bloggers di medan ‘perang’ ini, maka wak menyeru agar dapat disegerakan tindakan-tindakan dibawah diambil oleh bloggers Pakatan Rakyat untuk menghantar details dibawah ke kotak email albanjari, selewat-lewatnya sebelum atau pada 30hb. September 2009 bagi memudahkan pihak Seketariat BloggersNetwork@Malaysia :

1) Mengaturkan tempat-tempat penginapan khusus untuk bloggers di N31. (sejumlah bilik apartment telah pun di tempah dan telah disediakan -besar jumlahnya di Port Dickson ).

2) Menyediakan pas-pas Khas Media yang ‘rasmi’ bagi kemudahan blogger membuat liputan/berurusan dengan Pusat Gerakan Utama/Markas Induk.

3) Menyediakan ‘full access’ ke Pusat Media Bloggers yang dikawal 24 jam – Pusat ini dilengkapi dengan fasalitas dan kemudahan akses internet tahap 4 MB bagi mengelakkan ‘kesesakan’.

4) Untuk pengkalan data bloggers – keselamatan.

5) Mengatur-selia kumpulan2 bloggers berdasarkan kepakaran masing-masing.

..dan banyak lagi yang tidak dapat dituliskan disini. Walaubagaimanapun satu sesi PC oleh BloggersNetwork@Malaysia akan diadakan pada hari penamaan calon, 3 Oktober kelak. Maka dari itu kepada bloggers sila emailkan details yang dikehendaki oleh pihak Seketariat dalam kadar yang SEGERA !!!

a) Nama penuh atau Nama Glamer ( contoh : Aduka Taruna )
b) Nombor Kad Pengenalan
c) Nama blog berserta URL

Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129

(*) Bloggers Muslimah/Wanita juga turut disediakan bilik yang berasingan di blok apartment yang telah di tempah. Jangan bimbang, semua apartment yang di tempah mempunyai kemudahan sekuriti 24 jam.

Jika dilihat dari pola pengundi muda dibawah umur 49 tahun, terdapat hampir 10 ribu pengundi di N31, 78% adalah pengundi dibawah umur 39 tahun. Ada sebab figur ini wak tuliskan di sini. Dan wak akan ulas berkaitan itu pada posting yang berikutnya.

(**) Wak akan mula berada di Bagan Pinang pada 29hb. September – 12hb. Oktober 2009, InsyaAllah..!! Jumpa wak di sana. Mohon kepada semua blog Pakatan Rakyat dapat memberi pautan kepada artikel ini diblog masing-masing dan menggunakan logo yang disediakan.

i