i

Semalam ada sorg kawan aku yang menjadi perwakilan kawasan menceritakan perihal muktamar agung PAS yang lepas. Punya sedap dia goreng sampai terkuar citer pasal Bro Husam yang meninggalkan majlis tanpa menunggu tamat. Kurang lebih nk buktikan Bro Husam ni xdak akhlak kot. Aku serkap je la. Aku yakin sangat ayat kawan aku tu. Sbb apa aku yakin? Sbb aku ni minat kat Bro Husam. Apa jek ader citer pasai dia, tinger aku nih bergerak2 dgn sendirinya. Otomatik beb. Bkn dibuat2.

Tp bukanlah sbb itu mennjadikan aku benci pada Ust Nasha lak. Ust Nasha pn aku suka. Xnah aku kutuk pn. Cumanya minat aku kat Bro Husam ni lebih sket. Bagi aku, itu hak aku untuk minat pada dia. Orang lain x leh nak paksa aku benci lak kat dia. Mungkin sbb aku bukan ulamak. Dan aku kurang mendapat cerita2 tidak enak tentangnya seperti kebanyakan yang lain.

So untuk kepastian akan kata-kata kawan aku yg jadi perwakilan kawasan tu, aku cuba check kat laman rasmi Muktamar PAS Pusat Ke-55 di sini dan berjaya menjumpai gambar yang membuktikan Bro Husam memang menunggu muktamar hingga tamat. Aku dah memang ringan mulut nak menjawab malam tadi, tapi malas nk panjang2. Lagipun kawan sendiri.Buang masa je gaduh2 ni. Cuma aku rasa kalau beginila pemikiran perwakilan kawasan aku ke muktamar, hancur weh. Cakap main sedap mulut jek. Xdak fakta. So kesimpulannya, lu pikirla sendiriiiiiii….

i

Banner Muktamar

i

Akhirnya Muktamar PAS Pusat telah pun melabuhkan tirainya. Kali ini ia melabuhkan tirainya dengan penuh kepanasan, baik buat perwakilan mahupun kepada para pimpinan. Aku x sempat nak postkan entry ini tepat pada masanya kerana sibuk dengan amanah yang telah diserahkan. Lagipun harapan aku untuk menyaksikan siaran secara live pun tidak kesampaian. Jadi aku tidaklah terlampau berat hati untuk melaksanakan amanah tersebut. Buat sahabatĀ² yang bersama dalam melaksanakan amanah tempohari, tahniah aku ucapkan. Maafkan aku di atas keuzuran untuk turut aktif. Perancangan asal aku terlari.

Berbalik kepada Muktamar PAS pula, jika dibaca apa yg sahabatĀ² postkan dalam blog memasing, menyebabkan aku terkadang tersenyum sendirian. Ada yang mengomel sikap urus setia yang tidak mesra blogger. Sehinggakan nak dibukanya kelemahan dalam jemaah. AlhamduliLLah akalnya mendahului emosi. Tahniah aku ucapkan atas kejayaan menguruskan emosinya itu. Bukan cam aku. Kerap kali terover. Sepatutnya bak kata Imam Ghazali yang slalu bekas bos aku, Cikgu Hashan Aladi ucapkan “perempuan ini rambutnya panjang tetapi akalnya pendek, lelaki pula rambutnya yang pendek dan akalnya pula yang panjang”. Sesuai benar fitrah kejadian ALlah menjadikan lelaki ini sebagai pemimpin.

Read the rest of this entry »

Keputusan…

June 5, 2009

Banner Muktamar

Selesai Muktamar Dewan Pemuda, Ulama’ dan Muslimat semalam. Berikut keputusan pemilihan ajk-ajk yang bertanding :-

i

Keputusan Pemilihan Dewan Ulama’ PAS Pusat boleh dilihat di sini.

Keputusan Pemilihan Dewan Pemuda PAS Pusat boleh dilihat di sini.

Keputusan Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat boleh dilihat di sini.

Hari ini berlangsungnya upacara perasmian Muktamar Penuh PAS Pusat. Moga ‘live’ yang dibuat oleh Team@IT PAS Pusat sempurna hari ini supaya aku termasuk antara ribuan yang hadir di sana yang dapat mengikuti ucaptama Presiden PAS, Al-Fadhil Dato’ Seri Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang.

Buat perwakilan yang akan memilih saf kepimpinan AJK PAS Pusat sesi 2009-2011 nanti, buatlah pemilihan dari akal yang waras dan hati yang bersih, tanpa dipengaruhi oleh tulisan-tulisan blogger mahupun wartawan akhbar yang jelas bertujuan menghancurkan perpaduan dan ukhuwah jamaah kita.

Akhir kata selamat mengundi dari Budak Ipoh Timor.

i

Sekitar Muktamar…

June 4, 2009

Banner Muktamar

Aku panas hati coz x leh nak surf live muktamar DPPP. Muktamar dewan-dewan yang lain pn asyik tersangkut-sangkut je. Buat malu je la hangpa yg duk dalam Team@IT nih. Sampai bila nak maju nihhhh…

So untuk menghilangkan kepanasan hati ni, aku nak cuit sket mengenai Muktamar Dewan Ulamak, yang dilaporkan panas apabila perwakilan dari Terengganu mengusulkan agar jawatan Presiden dan Timb. Presiden mestilah dari kalangan ulamak.

Perwakilan Terengganu, Saiful Bahari Mamat berkata, perkara itu mesti dipertegaskan kembali kerana ia digariskan dalam perlembagaan parti.

“Presiden dan timbalan presiden secara automatiknya akan menganggotai Majlis Syura. Oleh itu mereka mesti alim dan mempunyai kefahaman mendalam tentang agama. Kita mesti mempertegaskan perkara ini,” katanya.
Tambahnya, penegasan itu mesti dibuat selari dengan desakan supaya undang-undang Islam, termasuk hudud dilaksanakan secepat mungkin di negeri-negeri yang kini diperintah oleh Pakatan Rakyat.
“Dulu kita dengar tok guru kata kita cuma berhenti sekejap macam berhenti depan lampu isyarat. Tetapi dah berapa lama dah, kita kena jadi kumpulan pendesak?
“Undang-undang Islam ini hukum yang kita perjuangkan. Inilah yang rasul lakukan selepas berhijrah ke Madinah,” katanya.

Berikutan itu, Muktamar Tahunan Dewan Ulama PAS Pusat kali ke-48 menerima sebulat suara usul untuk mengekalkan konsep kepimpinan ulamak dalam menerajui jawatan parti dengan jawatan Presiden, Timbalan dan salah seorang Naib Presiden terdiri daripada kalangan ulamak.

Sementara itu Perwakilan Pahang, Shukri Ahmad pula membangkitkan kualiti pemimpin ulama PAS yang baik sehingga mampu mengeluarkan ijtihad.

“Ramai boleh jadi ulama tetapi ijtihad itu sukar. Kita mesti fokus kepada pemimpinan ulama yang boleh sampai berijtihad. Oleh itu presiden dan timbalan presiden mesti sampai ke tahap itu,” katanya.

Shukri turut menempelak perjalanan pemilihan jawatan kanan PAS yang didakwanya gagal diselesaikan dengan kaedah syura atau kompromi sehingga boleh membawa kepada perpecahan.

“Masing-masing hendak tawar diri (bertanding). Kita tidak nafi pertandingan itu dibolehkan atas dasar demokrasi dalam parti. Tetapi kita dalam masa yang sama mesti lihat pada konsep syura.

“Kenapa Dewan Ulama boleh selesaikan masalah kepimpinan secara syura tetapi kepimpinan tonggak kita tidak (boleh)?” katanya.

“Hasil pengundian dan perlawan tersebut sedikit sebanyak akan mengguris hari. Hendak satukan hati payah, nak berpecah memang mudah. Kalau Dewan Ulama boleh, kenapa (pemimpin PAS) pusat tak boleh? Kalau Dewan Pemuda boleh, kenapa di peringkat pusat tak boleh? Perkara ini (pertandingan) perlu ditegah.”

Ulasan aku

Apa yang aku pelik, kenapa time mantan Ketua Dewan Ulamak, Ust Harun Taib bertanding dengan Ust. Nasharuddin Mat Isa bagi jawatan Timb. Presiden sesi sebelum ni, Ust. Harun Taib leh kalah? Bukankah dia Ketua Dewan Ulamak? Bermakna ketinggian ilmunya mengatasi ilmu Ust. Nasha. Tapi perwakilan boleh pilih Ust. Nasha lak.Maknanya dari aritu lagi dah ada usaha-usaha nak hapuskan kepimpinan ulamak kah?

Klu tanya pendapat aku, aku mesti cakap x semestinya Timb. Presiden itu dari kalangan ulamak. Apa salahnya dipilih dari kalangan proffesional mahupun aktivis, sekiranya kedua-dua golongan itu mampu memikul amanah tersebut. Bukan semua ulamak tahu buat keja, dan bukan juga semua proffesional itu gilakan jawatan.Yang penting aku rasa sekiranya mereka itu bukan ulamak, mereka menjadikan ulamak itu bahan rujukan dalam sesuatu tindakan. X ok ke camtu?

Kalau x ok, pasnih aku cadangkan Dewan Ulamak selepas ini mengusulkan agar kesemua jawatan dalam PAS itu hendaklah dari kalangan ulamak sahaja.

Berkenaan isu yang ditimbulkan oleh perwakilan Pahang, aku rasa pertandingan ni bukannnya perkara baru dalam PAS. Sebelum ini Ust Hassan Shukri menang menentang Cikgu Pa dalam jawatan Timb Presiden. Kemudian bertanding lagi melawan Ust. Nasha, kalah lak dia. Ust. Nasha lak jadi Timb Presiden. Pastu Ust. Nasha lawan Ust. Harun Taib, dia kekalkan kemenangan.

Adakah PAS semakin lemah hasil dari pertandingan tersebut?

Aku rasa bertambah kuat. Mungkin perwakilan Pahang tu x mau adanya pertandingan yang menentang ulamak sahaja kot. Kalau pertandingan melibatkan sesama ulamak, dialu-alukan barangkali.

Penin weh.

i

Selamat Bermuktamar…

June 3, 2009

Banner Muktamar

Arinih ini secara rasminya, Muktamar Tahunan PAS Kali Ke-55 dirasmikan. Pembukaan muktamar secara tradisinya dimulakan oleh Muktamar Dewan Pemuda PAS Pusat yang diadakan di Dewan Al-Fadhil Ust. Fadhil Mohd Noor, Markaz Tarbiyah PAS Pusat, Taman Melewar, Gombak disusuli dengan Muktamar Dewan Ulama’ dan Dewan Muslimat sebelum acara kemuncaknya Muktamar PAS Pusat di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor. Tahun ini juga merupakan tahun pemilihan kepimpinan kesemua Dewan-Dewan dan AJK PAS Pusat.

Aku tidak berkesempatan untuk mengikuti muktamar kali ini. Tapi diberitakan Team@IT PAS Pusat ada menyediakan siaran secara langsung menerusi laman web TVPAS. So aku rasa walaupun x dapat hadir, aku masih boleh mengikutinya melalui internet. AlhamduliLLah internet umah aku pun dah semakin sihat. Terima kasih kepada pihak TM.

Akhir kata dari aku, BUDAK IPOH TIMOR mengucapkan selamat bermuktamar kepada para perwakilan dan pemerhati dari seluruh Malaysia dan luar negara. Semoga kepimpinan yang terlantik nanti bakal membawa Parti Islam SeMalaysia (PAS) lebih cemerlang, insyaALlah.

i