Hot!!!

May 13, 2009

Hamidah

Ape halnya pulak dengan Hamidah, ADUN Sg. Rapat nih? Dengo citer ada isu panas berkenaan dengan makcik ni. Tapi kena tunggu esok le klau nak tau pebenda yang kecoh sangat isunya. Aku harap xde la sampai memalukan Mamak Zambry tuh. Baru nak eksyen dapat masuk pejabat MB tuh, terpaksa lak melayan isu malatop si Midah ni. Doakan sesama ek. Tok moh aku ngah berasap. Nak panggil jin gamaknye. Haha.

Midah ooo midah. Sabaq ek. Tunggu esok je le. Chet gemuruh lak dada aku nih.

Tungguuuuuuu

i

peRanG…

February 3, 2009

Nampaknya gendang perang telah berbunyi. Siang tadi, pihak SPR telah membuat siaran langsung memaklumkan perkembangan terkini politik negeri Perak. Seperti yang kita (aku) telah jangka, tiada pilihanraya kecil (PRK) akan berlaku pada saat ini dan secara tidak langsung kedua-dua Exco PKR masih kekal sebagai ADUN Perak. Pengumuman ini bukanlah suatu yang pelik buat kita kerana umum mengetahui sekiranya SPR membenarkan PRK diadakan di kedua-dua DUN tersebut, pihak BN mempunyai masalah untuk memenanginya. Memang tidak boleh dinafikan sama sekali bahawa mood rakyat sedang bergerak bersama-sama Pakatan Rakyat. Boleh jadi salah laku kedua-dua Exco yang dikhabarkan akan melompat ke kem BN itu akan dihukum dengan teruk oleh pengundi disana bagi menyatakan bantahan kepada perangai buruk BN dalam membolehkan mereka menubuhkan kerajaan baru nanti.

Berdasarkan tinjauan sahabat aku kelmarin, sudah kelihatan terlalu ramai pemuka-pemuka UMNO yang turun ke Perak bagi mengatur strategi isu yang semakin gawat ini. Hampir kesemua hotel utama di bandaraya ini penuh, sehinggakan hotel budget seperti di Hotel Sunway juga dipenuhi kalangan mereka. Begitulah kemaruknya mereka ketika ini. Sudah ada yang bersiap-siap untuk bergelar MB barangkali. Begitu juga halnya Read the rest of this entry »

taHniah…

December 23, 2008

Aku tertarik sekali untuk menyentuh berkenaan debat terbuka antara Hj. Husam Musa dengan Khairy Jamaluddin. Walaupun umum mengetahui Khairy Jamaluddin ini hanyalah hingusan dalam politik tanahair berbanding Husam Musa, tetapi ternyata keberanian beliau hadir kelmarin memberikan satu tanda bahawa beliau mmg sudah bersedia untuk bertanding merebut kerusi Ketua Pemuda partinya. Walaupun Khairy Jamaluddin umpama menyerahkan leher untuk disembelih kerana tempat debat diadakan sudah diketahui umum lubuk kepada Hj. Husam Musa. Hishamsiah aww (dibaca Hishamudin) pn x seberani dan sehebat beliau berhujah. So credit aku beri untuk dia atas keberaniannya itu.

Apa isu yang terpanas dalam debat kelmarin???

Ternyata isu yang panas apabila Khairy mencabar Husam (PAS) melaksanakan hudud seandainya dapat memerintah Malaysia bersama rakan Pakatan Rakyatnya. Husam dengan tiada sangsi menyatakan bahawa PAS memang komited dalam melaksanakan hukum hudud di Malaysia andai diberi peluang memerintah nanti. Dan yang paling membuatkan KJ pula terkelu lidah bila sdr. Husam membidas UMNO kerana kerja melaksanakan perintah ALlah ini bukan hanya tugas PAS, tetapi tugas semua manusia yang mengaku beriman kepada ALlah termasuklah UMNO. Kali ini credit pula aku berikan buat Hj Husam.

Ternyata media memang telah bersedia untuk mencari dan memanjangkan isu untuk dimainkan bagi mencapai keuntungan politik mereka. Dan apabila dipanjangkan isu perlaksanaan hukum hudud ini kepada rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, ternyata ianya mendapat reaksi pantas negatif. Tentulah Karpal Singh yang pernah mencabar PAS dengan mengatakan ‘over my dead body’ andai PAS ingin melaksanakan hukum hudud di Malaysia akan menolak mentah-mentah cadangan tersebut. Begitu jugalah orang yang ingin menjadikan Khalifah Umar ‘Abdul Aziz sebagai idola pemerintahannya, Lim Guan Eng juga turut menolak kenyataan Hj Husam dan dengan tegas menyatakan sokongan pengerusi partinya itu agar Malaysia terus dikenali sebagai negara majoriti Islam berperlembagaankan undang-undang sekular. Sedangkan sekiranya beliau bercakap dengan ilmu, beliau tentu maklum bahawa Khalifah Umar ‘Abdul ‘Aziz memerintah dengan melaksanakan syari’at Islam termasuklah menggunakan perundangan hudud. Arghhh bikin sasau dibuatnya. Datang lagi kenyataan MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang pula memuji perlaksanaan perundangan di Malaysia sudah bagus dan Selangor tidak akan mengikut langkah PAS dalam melaksanakan hukum hudud itu nanti. Hahh melopongla mulut Dr. Hasan Ali dan Sollehin Mukhyi. Maknanya tertutup sudah peluang PAS Selangor untuk melihat ruang-ruang yang ada agar perundangan Islam dapat menyelit sedikit walau x banyak dalam negeri Selangor itu.

Apa yang lebih menarik???

Kenyataan dari Mursyidul ‘Am PAS , Tuan Guru Nik ‘Abdul Aziz Nik Mat berkenaan isu yang telah dipanaskan oleh pihak media ini menyatakan bahawa pihak PAS bersedia untuk berbincang dengan rakan dalam Pakatan Rakyat mengenai perlaksanaan hukum hudud ini. Katanya lagi, sekiranya mereka tidak mahu menerima, mereka perlu ada alasan kenapa tidak boleh menerimanya.Ternyata PAS lebih matang dalam menangani isu ini.

Persoalannya???

Kenapa perlu ditutup pintu perbincangan kerana ternyata menutup pintu perbincangan bukanlah cara terbaik untuk mencari penyelesaian terhadap sesuatu masalah. Jika kita masih mengamalkan sikap sebegitu, maka ternyata kita masih hidup terkurung dalam kotak pemikiran tersendiri. Seolah-olah takutkan bayang-bayang sendiri. Kenapa perlu risau jika ikhlas untuk duduk bersama-sama menerajui Pakatan Rakyat. Ayuh nyatakan mana kurangnya syari’at Islam dan mana lebihnya undang-undang sekular??? Sertakan sekali bersama fakta. Jangan hanya membuat andaian sempit seolah-olah pemikiran budak yang tidak pernah bersekolah. Sekiranya mereka boleh menerima amalan wajib yang lain seperti solat 5 waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji, mengeluarkan zakat, melaksanakan ibadah korban, kenapa pula melaksanakan tuntutan hukum ALlah ini perlu ditentang. Tentang la sekali amalan wajib yang lain itu seumpama kamu menentang perlaksanaan hukum hudud ini. Apa perlu meraikan maulidur Rasul, amalan yang dianggap bid’ah itu bersama-sama penganut agama Islam sedangkan dimasa yang sama menentang amalan yang ternyata wajib. Dan apa perlu mencampuri urusan agama lain sedangkan penganut agama lain tidak pernah mencampuri urusan agama kamu???

Akhirnya, mohon jasa baik pihak rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat agar setiap perkara yang telah dibangkitkan, dibincangkan dengan penuh berhati-hati dan penuh berilmiah agar segala hujah yang dikeluarkan tidak hanya sekadar nafsu kebencian dan amarah terhadap sesuatu golongan. Buktikan dengan fakta yang jelas, di zaman RasuluLLah SAW dan 4 sahabat r.a, dimana kurangnya hukum Islam ini. Dan kalau masih mahu dilebihkan lagi, masukkan sekali kisah pemerintahan Khalifah Umar ‘Abdul ‘Aziz r.a sekali. Mudah-mudahan kita tidak sekadar menjadikan beliau idola, tetapi juga menjadikan amalan pentadbirannya juga sebagai idola. WALlahua’lam

tanDa…

December 19, 2008

i

tc1

i

Hari ini aku menemani KP, sdr. Salman Saleh ke Taman Cempaka. Isu yang agak hangat ketika ini ialah apabila YB Taman Canning, Sdr. Wong yang juga merupakan Ketua DAPSY Perak menaikkan papan tanda pelbagai bahasa.  Sememangnya media telah diberitahu untuk hadir ke tempat yang diperkatakan. Jadi untuk menunjukkan semangat kebersamaan Pakatan Rakyat, Pemuda PAS Kawasan aku turun memberikan sokongan moral kepadanya. Seminggu yang lepas  UMNO Ipoh Timor dikatakan akan mengadakan demonstrasi membantah kewujudan papan tanda pelbagai bahasa ini selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah. Tetapi menurut  maklumat ianya dibatalkan. Kemungkinan menghormati saranan pihak polis ataupun korum x brape nak cukup. Walaupun aku lebih selesa memilih alasan yang kedua tu. Aku juga dah berangan-angan nak melihat jaguh Melayu yang paling laris sekarang ini, Dr Maamor untuk hadir berdemonstrasi disitu. Malangnya ianya x menjadi kenyataan. Mungkin beliau tidak melihat kepentingan politiknya untuk hadir di event yang kecil seperti itu. Aku doakan dia terselit menjadi calon pilihanraya umum @ kecil bagi mewakili UMNO Be End pada masa-masa akan datang supaya suara kemelayuannya dapat diperdengarkan samada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri. Berikut disertakan kenyataan media dari Dewan pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor berkaitan isu papan tanda pelbagai bahasa dan gambar sekitar peristiwa yang berlaku pagi tadi. WALlahua’lam.

i

Kenyataan Media (19 Disember 2008)

PAPAN TANDA PELBAGAI BAHASA; TULISAN JAWI TELAH DIMARTABATKAN SEMULA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) setelah mendapat penjelasan berhubung isu papan tanda dengan ini menyokong usaha murni yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat (YB) Wong Kah Woh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Canning dan pihak swasta yang menaja untuk meletak papan tanda pelbagai bahasa di Taman Cempaka, Ipoh ini.

Kami merasakan dengan kewujudan papan tanda pelbagai bahasa ini dapat membantu memartabatkan kembali tulisan jawi setelah sekian lama dipinggirkan oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Sedikit sebanyak ianya dilihat membantu menyedarkan kembali penduduk setempat akan peranan tulisan jawi didalam pengamalan agama dan budaya kaum Melayu. Secara tidak langsung ia juga akan dapat membantu membina keharmonian antara kaum di kawasan ini.

Kami juga berpendapat sekiranya benar ada pihak yang ingin menjadi jaguh mempertahankan penggunaan bahasa kebangsaan ini, seharusnya mereka terlebih dahulu menyelesaikan isu penggunaan bahasa kebangsaan sepenuhnya didalam mahkamah seperti yang pernah disentuh oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dalam akhbar Utusan bertarikh 7 Disember 2008 yang menyatakan penggunaan bahasa di mahkamah tidak sempurna kerana bercampur antara bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris umpama sekerat ular, sekerat belut.

Akhirnya kami mengharapkan usaha ini dijadikan contoh pelbagai pihak untuk sama-sama berusaha membina keharmonian pelbagai kaum yang berada di negeri Perak yang kita cintai ini. Kami mengharapkan jangan ada mana-mana pihak cuba mengganggu gugat dengan menjadikan isu perkauman sebagai senjata yang akan menyebabkan pergaduhan kaum di negeri ini. Agama Islam juga menekankan supaya kita menghormati agama dan bangsa-bangsa lain seperti yang diajar oleh Al-Quran.

Besarlah harapan DPPK IT agar semua pihak dapat memelihara dan mempertahankan keharmonian dalam negeri ini.

SALMAN HAJI SALEH

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

i

tc2itc6itc61itc4

daLAm @ LuaR…

December 11, 2008

i

Umum maklum akan kematian Ahli Parlimen Kuala Terengganu baru-baru ini. Secara otomatiknya, pilihanraya kecil akan berlaku bagi mengisi kekosongan kerusi Parlimen tersebut. Pada pilihanraya umum ke 12 yang lalu, PAS meletakkan calon import @ luar iaitu Mohammad Sabu @ Mat Sabu. Namun beliau tewas tipis dengan calon BN hasil dari undi yang terpecah tiga. Seorang lagi yang bertanding ialah nenek tua yang tidak berparti.

Ketika ini PAS masih belum memberi tanda-tanda siapa yang bakal menjadi calon bagi pilihanraya kecil Parlimen Kuala Terengganu ini. Mursyidul ‘Am telah membuat syor agar dikekalkan bekas calon sebelum ini, Mat Sabu. Tetapi keluar pula satu kenyataan dari Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu, Sdr Azman Shapawi yang mempertikaikan keperluan meletakkan calon import @ luar  sedangkan calon tempatan lebih ramai lagi dan juga berkelayakan. Kalut memang kalut. Hujahnya kesemua calon import @ luar yang bertanding pada pilihanraya umum yg lepas kesemuanya kalah. Tetapi calon tempatan juga kesemuanya kalah kecuali Parlimen Marang yang dimenangi oleh Tuan Guru Presiden. Maknanya calon tempatan jugak tidak berperanan dalam memberikan kemenangan kepada PAS Terengganu. Secara jelas, bukan calon import @ luar la yang menyebabkan PAS Terengganu tidak menang.

Hari ini pula, Ketua dan Timbalan Muslimat PAS Pusat turut menyokong cadangan Mursyidul ‘Am supaya mengekalkan Mat Sabu. Kata mereka, Mat Sabu ternyata mempunyai kelebihan dalam mengolah isu masyarakat untuk disampaikan secara terus kepada sasaran. Mursyidul’Am juga memperakukan kehebatan berceramah Mat Sabu ni. Disamping itu, Mat Sabu juga ternyata seorang pemimpin yang sering turun berdamping dengan rakyat akar umbi. Ternyata perwarakannya ini disenangi oleh kawan dan lawan.

Isunya, sekiranya benar Pemuda PAS Terengganu ini menolak Mat Sabu dengan alasan beliau ialah calon import @ luar maka ternyata ada kemungkinan tarbiyah Pemuda PAS Terengganu ini mempunyai sedikit masalah. Sirah membuktikan bagaimana kaum muhajirin Makkah boleh menjadi pemimpin bagi kaum Ansar di Madinah sedangkan ternyata RasuluLLah SAW dan para sahabat ra juga adalah merupakan calon import @ luar. Sekiranya kemenangan yang diharapkan itu kerana isu calon, ianya juga tidak berapa kena kerana apabila calon telah terpilih untuk memikul tanggungjawab bertanding atas tiket parti, tugas kita pula adalah sedaya upaya  membantunya untuk menang. Bukanlah kemenangan itu untuk peribadi tetapi kemenangan jemaah Islam seluruhnya insyaALlah. Menjadi khurafat pula bila nanti dikatakan sipolan menang kerana calon tempatan dan kalah kerana calon import @ luar. Sepatutnya menjadi tugas kitalah, yang mengaku pejuang Islam ini menghapuskan sikap perkauman seperti ini.

Aku??? Aku tidak mahu berpihak pada mana-mana. Kalau Mat Sabu yang dipilih oleh parti, aku redha dan setuju. Kalau Azman Shapawi pula yang dipilih oleh parti, aku juga redha dan setuju. Yang penting kita bekerja untuk memenangkan Islam. WALlahua’lam

i

sIan…

October 20, 2008

i

i

Pagi datang keje, sambil selak² paper Star, xcited lak nak nengok pola pencalonan pemilihan Ketua Pemuda UMNO. Pertarungan 4 penjuru akan menjadi 3 penjuru barangkali stelah Zahidi Zainul Abidin akan menarik diri.  Xtau le plak kalau minggu depan dia dapat kesemua baki pencalonan dari bahagian² yang akn bersidang nnt. WALlahua’lam. 3 yang lain , Mukhriz, Kery Budak Itam dan Khir Tempe…

Yang dah lepas Mukhriz sorang je. Kery Budak Itam ngan Khir Tempe masih mencongak² undi. Dapatke idak. Ntah. Yang pasti Kery Budak Itam tu jauh ditinggalkan oleh orang yang pernah dipelekehnya dulu. Resam politk UMNO x pernah yang harum. Bila berkuasa suma orang julang, tatang. Cuba bila dahan berpaut dh hilang kuasa… Time tu abis dihenyak² orang yang dulunya julang kita tu. Nak caya ke x terpulang. Moga PAS x amalkan sikap cmtu pas menang banyak ni dah la…

i

ii

Smalam bukak buletin utama tv3 suku. Aku x pasti muka sapa yg huduh masam mencuka time tu. Maklumla tv aku pakai tekologi CRT lagik. Bukan LCD @ plasma tv. So aku dekatkan bijik mata aku. Aku fokus bebetoi. Haha… muka Dolah upernyer. Padanlah x knai td. Teruk bebenor mukanya mlm td. Aku dengar bebetoi apa benda yang buat dia marah sgt. Pasai Hindraff lagi ka Dolah??? Kan ke dah Pak Syed haramkan???

Ooo upernyer pasai Muhyidin Yasin. Padanla. Pasai Muhyidin suh dia kosongkan seat presiden tu la yang buat Dolah bara sangat tu. X nyabo² katanya. Alaaa mana nak sabo Dolah oi, hang tu x moo nak turun². Dah tau orang suma x suka pepandaila bawak diri. Ni nak kena rentap baru nk turun. Orang sound bebaik hang buat donno, dah orang buat cara kotoq hang sentap lak. Ape la hang nih. Hang tengokla sama ntah² kata² Muhyidin tu dikeluarkan selepas berbicang dengan penasihat Najib a.k.a Rosmah tu. Bukan ke Rosmah yg dh x sabar, duk trgila²kan jawatan first lady tuh? Isk isk iskkk…

Pastu Dolah bising lak pasai Tun M. Duk sibuk nak jadi Pengarah Pemilihan UMNO ni. Haha.. Hang x perasan ke sapa calon utama Ketua pemuda skang nih? Bukanke Mukhriz tu anak Tun M? Mungkin pasai menantu hang kalah ngan Mukhriz skang ni sbb hang hot sgt ek Dolah? Tp klu Mukhriz menang bebetoi jawatan KP tu nnt, hang x terpikir ke dia akn jadi sparring partner Najib n Muhyidin? Muhyidin mmg sah org kuat Tun M. X tengok sapa yg dtg masa dia buat open house klu bkn Tun M. Pak Lah x mandang pn. Ntah dijemput ke idak Muhyiddin kat dia. Terguris hati Dolah tu. Kenapala diorg layan Dolah sehina ini? Tu pasai kot Dolah hangin semcm je kat Mahyudin ni.

So akhir kata, klula Muhyidin n Mukhriz ni org Tun M, xkn la itu x leh dijadikan jambatan oleh Najib utk meminta tunjuk ajar dari Tun M kan? Aku rasa tentu Najib pun sayang lagik ngan Tun M lebih dari dia sayangkan Pak Lah…

i

pELik tP bEnaR…

October 16, 2008

i

“I will join any party that allows me the platform to fight for the cause of Islam, even DAP”- Zulkifli Nordin

i

iBegitulah kenyataan peguam muda yang juga merupakan Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, sdr. Zulkifli Nordin dalam paper The Star semalam. Sungguh ku x sangka kenyataan begini keluar dari mulutnya. Kalau benarlah dia berkata demikian, malang sungguh la. Aku pernah berbangga dengan tindakannya menentang satu majlis forum berkaitan hak kebebasan beragama di ibukota sedikit masa dahulu. Apa yag dijawabnya dihadapan panel siasatan salahlaku yang ditubuhkan keADILan selepas itu lagi membuatkan aku bangga.

“Islam come first, the other come rest…”

Tetapi kenyataannya semalam (jika benarlah darinya) buatkan aku terpaksa berfikir kembali patutke aku berbangga dengannya. Seingat aku Zul nih nah jadik YDP PAS Kawasan Batu, WP (klu x silap,klu silap betulkan). Masa reformasi 98 dulu, dia dah mula beralih minat ke anak guamnya, Bung Nuar. Aku pernah ikut ceramahnya di sekitar KL. Memang banyak sgt puji²an kepada Bung Nuar walaupun ketika itu dia masih menjadi ahli & pimpinan PAS. Mungkin faktor anak guamnya, banyak maklumat off record tentang penginayaan Bung Nuar sampai kepadanya. Tu pasal dia beralih minat. Sehinggalah yang terbaru dia menjadi calon Parlimen Kulim Bandar Baru dan menang atas tiket keADILan. Statusnya masih aku x pasti samada dah rasmi menjadi ahli keADILan ketika bertanding aritu atau masih menjadi ahli PAS. Memakai baju je kot. Mungkin keADILan lebih baik dari PAS dan sesuai ngan aspirasi dia. WALlahua’lam. Cuma bila keluar statement di atas tu, satu persoalan timbul. Bukankah PAS menyediakan platform yang lebih baik dalam menyuarakan sebarang permasalahan mengenai Islam. Patutnya PAS la wadah perjuangan yang akan dipilihnya seandai benar dia ikhlas nak memperjuangkan hak² agama Islam di Malaysia ni, bukannya DAP. Aduhhhh…kekadang cakap cerdik pandai nih payah nak paham.

i

AkhirNya…

October 9, 2008

i

Akhirnya Pak Lah terpaksa juga mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan yang ditunda pada Mac tahun depan. Teka-teki samada beliau akan mempertahankan jawatannya atau tidak akhirnya terjawab sejurus selepas mesyuarat Dewan Tertinggi BN semalam. Dengan muka tersenyum hambar, beliau terpaksa akur dengan kehendak sebilangan besar pimpinan parti² gabungan dalam BN itu. Apa yang menarik ketika disoal oleh wartawan pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan, beliau TIDAK menafikan telah dipaksa untuk meletakkan jawatan.

Ini membuktikan lagi bahawa Pak Lah sememangnya telah dianggap sebagai beban kepada BN pada masa ini. Dan seperti biasa selepas pengumuman tersebut, menderu² pemimpin UMNO melahirkan puji-pujian kepada penggantinya, Najib. Tidak kurang juga yang sinis terhadap Pak Lah ni. Maklumlah dah hilang taring. Sapa yang nak takut. Antaranya MB Johor.

Kalau ditafsir dari kenyatan Ghani Othman nih, sekiranya Pak Lah x berundur maka dia merupakan seorang yang tidak bertanggungjawab dan BODOH. Sampai begitu sekali dikata ketuanya sendiri. Tu masa dia jadi PM lagik. Kalau dah jadi cam Tun M, mau dikatanya Pak Lah ni nyanyuk @ lemah tenaga batin barangkali. Peel UMNO, begitulah. Toksah kita nak heran sangat. Tengah ada jawatan diampunya setinggi yang mugkin, bila dah xder apa dihinanya umpama anjing kurap yang menghidap HIV. Tun M dah kena, pasni turn Pak Lah pula. Siap sedia la. Kalau x sanggup nak dengaq, cabutla ke Australia. Anak dah belikan umah berehat disana. Kapal layar pn ada. Mungkin komisyen pembelian Eurocopter boleh dijadikan wang belanja nanti. Kot nak lagi bergaya, pakaila jam Rolex hadiah Rosmah tu. Musti berkilau dek panahan matahari pantai Austaralia tu nanti.

Cuma aku harap pada detik² penghujung pemerintahannya ni, xyahlah nak buat apa dah. Dah terlambat. Dulu masa ngah gah berkuasa xnak buat. Dah xda apa ni la baru terhegeh² nak perkasakan itulah, inilah. Xde sapa nak pandang pun. Lagi meluat ade la.

Tapi kalau Pak Lah dapat pencalonan yang mengumbirakan hati dia camna lak? Oitttt… kena pikir gak tu. 5 bulan tu lama. Dulu Bung Nuar jadi acting PM 3 bulan. Balik je orang tua Tun tu amik alih tugas, terus kena tendang ke Sg. Buloh. Xkanle 5 bulan Pak Lah x leh nak plan apa² nk kenakan Najib. Itupun kalau pola pencalonan Pak Lah terus meningkat la. Klau x de sapa nak calonkan dia, rentikan le. Buat malu je.

i