Semalam punya story…

April 17, 2009

Update

Akhirnya persoalan kenapa orang yang x reti nak senyum sepanjang PRK P059 aritu terjawab. Rupanya beliau x senyum sbb menanggung sakit yang tidak ramai yang tau. Aku baru jek g ziarah dia semalam pas dapat tahu dia  akan di operet di spital berbayar yang mahai. Sakitnya korang carik senirik la. Aku doakan mudah-mudahan dia akan sembuh seperti sediakala insyaALlah.

Yang aku tau bila TEKANAN + SAKIT = Muka x leh nak senyum

Alkisahnya, diwaktu berkesempatan duduk  semeja ngan olang besau-besau parti semalam, sempatla aku melawak dan bersembang. Termasuk dengan orang yang x reti nak senyum, tulisan blogger terkenal seantero dnia arituh. Wah wah wahhh… rupanya orang yang x reti nak senyum tu dah tau isu tu. Anak dia dan ada sorg blogger tersohor dah sampaikan awai-awai. Yang herannya time sembang ngan aku n kenkawan yg lain, bukan aje senyum ala-ala brad pit dia leh kasi, tp dia siap leh buat aksi gelak gulin-gulin lagik. Keh keh kehhh…

Cm biasa dia x amik port sangat pn isu tu. Mungkin blogger tu nak naikkan rating entry dia. Buktinya blogger tu dpt lebih 150 komen kat entry tuh. Wahhh… malatop gituuu. Publisiti free beb. Kannye kena bayar. Patutnya blogger tu kena ucap time kasih kat org yg x reti nak senyum tu sbb dh tolon naikkan rating blog dia.Hehe…

So aku cadang kat blogger tu, len kali leh wat lagik kot. Try ushar-ushar memana pemimpin PAS Perak nih yang x snunuh dan huduh. Then publishkan. Musti gempaq lu nya blog beb.

Then ada sorg pimpinan ni bercerita la pasai jamuan meraikan rakyat dan petugas PRK P059 ahad nih di Dataran Tok Guru, Simpang. Ada orang dah berjanji nk sedekah lembu dengan banyaknya x tunaikan lagi. So susah la beliau. Nak x nak kenala calling-calling carik lembu. Perghhhh… dah jadik broker lembu lak beliau. Keh keh keh…

Sembang nye sembang, terkuar la citer pasal Unit Amal, satu badan beruniform dalam PAS yang telah menimbulkan kontrobasi masa PRK P059 aritu. Aku malas nak ungkit sangat arr kes aritu tu. Lagipun aku dengar dh ada kawasan nak mengusulkan sesuatu dari tindakan Unit Amal di P059 tuh. X pela, tunggu je la Muktamar Pemuda nnt. Panas kot. Hik hik hik. Back 2 da topic, aku igtkan kes tu dh setel. Rupa-rupanya melarut sampai ke program jamuan rakyat ahad nih. Diaorang sound x dpt nk bagi kerjasama nk bantu melicinkan perjalanan program.

Yang hotnya korang nak tau apa alasan yang pengarah Unit Amal tu kasi?

Alasannyaaaa… x sanggup tengok anak buah kena maki. Warghhhh hahahaha… X sanggup kena maki beb. Bila tanya sapa yang maki diorg? Dia bilang pemandu-pemandu lori yang gunakan jalan tu. Lagipun katanya aritu Unit Amal sibuk nak berjaga di Mesyuarat Agung Pemuda PAS Bkt Gantang. Dengar citer dekat ribu riban (pinjam ayat wak banjar) jugak kehadiran mesyuarat agung tu nanti. Tu pasai kesemua anggota Unit Amal dikerahkan membantu program tu. Fenomena biasa pas menang. Ramai yg berminat nak dtg mesyuarat. X le cam kawasan aku, dari dulu sampai la ni duk menang x bertanding jek. Wakakaka…

Harapnya Unit Amal pasnih toksah la guna ayat AMAL tu dah. Tukar jadik unit x sanggup nak beramal. Lagu pun tukaq dari beramal kerana ALlah ke beramal kerana makhluk yang stuju ngan aku.

Mungkin jugak pas jaga orang-orang kenamaan nih, diorang pun dh x suka nak beramal… WALlahua’lam… Mungkin diorang ada jawapannya. Aku tunggu…

i

Laaa, bikin kecoh…

April 14, 2009

Dulu time bebudak aku duk ingat lagi iklan paling fofular kat TV ialah iklan Dendanggggg datang lagiiii

Mungkin skarang iklan tu leh ditukar kepada PRK datang lagikkkkkk… Haha, barujap tadi dalam paper kata suh get ready utk PRK DUN Penanti, Penang. Bakal menyaksikan satu lagi PRK. Huhu…

Mmm hampir seminggu menyepi, menyegarkan otak dan fikiran. Mata pun bersih semacam jek pas PRK P059 nih.

Tambahan lak duk baca pelbagai analisis sempena PRK P059 nih. Yang paling besh masing² kata derang nih yang paling besh antara yang lain. Suma ngaku tanpa usaha derang, PAS xkn menang PRK P059 nih. Belasah orang ni, belasah mamat tu. Parti nih kurenggg, parti tu bagus.

Haha, kelakau pun ada. Usaha x banyak mana pun, lagi nak ngaku camtu. Bagi aku x yah la nak kecoh² beb. Kalau pun ada sekelumit usaha kita yang memungkinkan kemenangan di Bukit Gantang tempohari, anggap je la ianya dari ALlah je. Kata ikhlas kan???

Kalau dah ngaku ikhlas, apsai beria sangat nk publish susah payah korang membantu kerja baik nih kat public lak bro? Duk muhasabah sesama geng senirik je dah laaaa. Nak bagi satu dunia tau keje kita yg terbagus ke????

Kecoh la lu org. Bikin malu jek.

Kalau rasa pasnih suma keje tu nyusahkan korang, xyah la involve dah keja² PRK ni. Tumpu anak bini cam aku ni. Kan senang. X penin paler. Muahahaha…

i

HOT!!!

April 7, 2009


Satu call sampai sebentar tadi memberitahu 4 bijik bas bernombor pendaftaran dari negeri Johor telah selamat mendarat di bumi Bukit Gantang sambil diiringi oleh 4 biji kereta warga tempatan menuju ke Taman Indah, DUN Changkat Jering. Menurut peninjau dari kawasan Ipoh Timor, disyaki 4 bijik bas terbabit membawa penumpang yang diragui statusnya. Unit Keselamatan Pakatan Rakyat P059 telah bergerak untuk meninjau.

Walaupun isu ‘pengundi hantu’ ini agak ketinggalan untuk dimainkan, kita wajib bersiap sedia. Musuh memerhatikan persediaan kita. Andai terleka, padah menanti. Ayuh, undilah Ir Mohammad Nizar Jamaluddin di Pilihanraya Kecil P059 Bukit Gantang esok.
i

Gula-Gula PM Baru…

April 3, 2009

malaysiakini2

Sebentar tadi dalam ucapan khasnya kepada rakyat Malaysia, PM baru Malaysia Najib Tun Razak telah membuat kejutan kepada musuh²nya apabila menarik balik penggantungan dua akhbar pembangkang (Harakah dan Suara Keadilan) dan membebaskan 13 tahanana ISA. Ianya merupakan satu langkah diluar jangkaan kerana sebelum ini heboh diperkatakan bahawa kepimpinan Najib bakal menjerumuskan negara kedalam kancah pemerintahan kuku besi. Tindakan Najib ini dianggap menyerupai tindakan mentornya, Tun Mahathir ketika pertama kali menjawat jawatan PM.

malaysiakini

i

Persoalannya apabila MCA tiba² meminta jawatan TPM. Adakah Najib akan tunduk kepada permintaan MCA semata² mahu melihat undi kaum Cina kembali kepadanya ataupun mengikut jejak langkah mentornya yang mempunyai prinsip yang amat tegas terhadap parti² komponen BN. Sekiranya Najib mengalah dan menerima permintaan MCA itu, sudah pastinya tohmahan yang mengatakan Nizar barua Cina akan kembali kepadanya. Tetapi sekiranya permintaan MCA itu tidak dipenuhi pula, bersediakah Najib untuk kalah dia 2 bukit dan 1 batang nanti?

Yang pastinya Pakatan Rakyat juga bakal berdepan tugas berat hasil dari pengumuman tergempar Najib sebentar tadi. 

Buat PM baru pula, nantikan pengumuman gempar dari Anwar esok di Bukit Selambau. 

Berita di colek dari laman Malaysiakini

Aku makin penin. Pas pekena kanji ikan bilis ngan Hj zam di Kanji Arab td, aku terus ke lokasi sensasi pertembungan 2 MB di Masjid Simpang, menunaikan solat Maghrib. Hujan punyala lebat. Kepala terkena hujan. Bimbangkan demam, aku rebahkan diri melayan mata moga-moga tiada perubahan suhu badan.

AlhamduliLlah strategi aku berjaya. Hampir jam 1 pagi aku terjaga memandangkan urusan ‘Isyak masih lum selesai. Toto dan bantal dah ku sorok untuk menyambung strategi kedua. Kalau lambat berbantalkan lengan  le jawabnya. Kan leh caya tido kat sini. Semalam 3 YB menemani tidor aku. YB Salahuddin, YB Dr Hatta, YB Zulkifli Ahmad suma lending sini. Cayalah. Selamber jek tido atas toto. Yang lena atas sofa buruk pun ada. Xdak masalah nak carik hotel cam sesetengah pimpinan yang lupa diri bila dah menang. Ni yang buat semangat aku berjuang kembali bernyala. 

Sambil menghirup Radix, aku bukak blog dan internet news. Makin bertambah penin kepala aku. Bayangkanlah ada artis bertemu tok guru di sini dan adalak menteri baru balik mekah jumpa artis di sini. Yang pelik artis jumpa tok guru tu bertutup litup x nampak seurat benang pun rambutnya dikepala, sedangkan sebelum ini dia berjambul gak orangnya. Yang artis jumpa menteri lak, lagi sikit nak nampak rambut ****** ….

Isk isk iskkk sian aku kat pak menteri tu. Dah la baru balik Mekah buat haji, dah tu jaga urusan hal ehwal agama lak tu. Aku x pandai sangat la nak bagi hukum. Tapi setau aku, kalau dah jadi cam pak menteri tu, kompom kene ulang buat haji la tawun depan. Kot ada mahzab lain kata  xyah tlg la bgtau aku. Kempen nya pasai x pa kot. Dharurat. Mungkin Kak SHITah leh tlg jawabkan bagi pihak dia klu sesapa x puas hati lak nnt. 

Xpe tinggalkan dulu citer artis seksi tu. Mungkin pak menteri tu kata bukan dia yang nak tgk, tapi klu dh depan mata rugi jugak lepaskan peluang. Lagipun penari gelek kat Mesir lagi teruk dari penari cina tu kot, mungkin bunyi hujahnya camtu. Ala benda camni bukan pelik bagi BN pun. Pakeh Adam, Adun Lintang pun nah terpalit benda yang sama cam pak menteri ni kena. Releks jek. Lagi tua dari pak menteri nih. Kalau nak kita patut tobat, Pakeh Adam tu la yang patut buat dulu sbb hukum akai nya kata dia tua nak mampus. Haha

Timb. KP aku msj maklum kejayaan program PAS Kawasan aku tadi. Tinggi btl komitmen TKP baru aku ni. Memang layak dia menang pun. AlhamduliLlah pemuda n ahli PAS Kawasan pun bagi komitmen tinggi. Aku slalu gak g umah tempat kawasan aku jaga kat Tmn Kaya tu. Nak tunjuk muka amik undi pemilihan aritu la. Last² lingkup gak. Cam tetau jek aku x ikhlas diorg nih. Haha. Tapi yg aku respek, abis keje jek diorang trus dtg ke sini. Makan pun x sempat. Sampai sini, suma dh kebuloq. Nyaris ada Hj Saleh dan yang lain bergilir masakkan tuk diorg. Ulang alik tetiap hari lak tu. Ngan ada yang baru dapat anak nye, yang baru nikahnya, yang isteri baru nk dpt anaknya. Isk isk iskkk…nasibla korang pilih berjuang cara ni. Kalau ikut geng UMno kan ke xde susah² camni. Apepun aku harap pengorbanan hangpa nih diberi sebaik² balasan oleh ALlah di akhirat nanti. Jgn lak lupa bantu aku kat SANA nanti ek. 

Last but not least, congrat aku wish kat Akhi Abi yang dh sah menjadi seorang ayah kelmarin. Moga menjadi ayah yang baik buat puteri kesayangan tu. Buat calon aku, Hj Nizar, teruskan usahamu. ALlah bersamamu. Penat lelah berjuang dijalan ALlah akan dibalas kesenangan disyurga nanti insyaALlah. Yang penting jgn berjalan laju bebeno. Jenuh pengundi nak ngejo. Haha.

Berita terkini PRK 059, klik la blog Wak Banjar di sini

Utk halwa telinga sambil² baca  blog aku ni, dengola bacaan penuh merdu klip youtube ni. 

i

 

… Sekarang musim hujan di Bukit Gantang. Benda yang lumrah di sini. Ikutkan matapelajaran geografi yang aku blajaq dulu, memang kawasan Bukit Gantang & Taiping ini antara yang menerima taburan hujan paling kerap di Malaysia. Tu pasai Geografi aku dapat C6 masa SPM dulu. Nyaris x dapat C4. Kalau x habis hancuq berkecai tubuh aku cam Toonya si Najib tu.  Kebiasaannya, si katak ni sangatlah amat sukanya apabila hari nak ujan ni. Riuh rendah bunyi kumpulan katak ni tika hujan nak turun. Suka ria berdendang berbagai irama sehinggalah selesai hujan turun. Memang merdu irama mereka.  Oleh sebab itulah, ketua kepada sang katak akhirnya menunjukkan dirinya di bumi basa Bukit Gantang ini. Dalam kenyataannya semalam …

Ezam: Barisan baru Umno pasukan idaman Anwar dulu

TAIPING: Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan Rakyat, Ezam Mohd. Noor dalam kempen pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selambau mendedahkan barisan pemimpin Umno baru sebenarnya merupakan pasukan idaman Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berada dalam Umno. Malah, Ezam dalam kempennya di Bukit Gantang kelmarin dan di Bukit Selambau malam tadi berkata, Anwar yang merupakan bekas Timbalan Presiden Umno pernah menganggap Presiden semasa, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak sebagai “antara orang paling cerdik.” “Saya pernah tanya Anwar masa beliau jadi Ketua Pemuda Umno, siapa yang paling beliau risau… beliau mengatakan nama Najib… dia kata Najib yang paling cerdik di kalangan barisan Pemuda. i
i
Wahhhh… dah dapat tempat berpaut baru nampak gayanya tuan katak??? Dahan lama dah jatuh ka? Tuan Katak ni cakap lagi …
i  
“Saya pernah tanya Anwar Ibrahim ketika dia menjadi Ketua Pemuda Umno dulu, Exco Pemuda Umno mana yang paling cerdik. “Anwar jawab Datuk Najib. Lepas Datuk Najib siapa? Dia jawab (Tan Sri) Muhyiddin dan sekarang ini tengok, Najib jadi Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden,” katanya ketika berceramah di Sungai Lalang, Bukit Selambau di sini. Selain itu katanya, Anwar turut menyenaraikan Ahmad Zahid dan Hishammuddin sebagai sebahagian daripada kumpulan wawasan yang ditubuhkannya. “Ini bermakna Anwar mengakui, mereka ini adalah pemimpin terbaik Umno yang ada pada masa itu dan kini kesemua mereka sudah menerajui Umno. Apa lagi Anwar nak kata?” katanya.
i
Kah kah kahhhh… Jek semacam nampak tuan katak? Rumah x cukup besaq lagi ka? Xpa xpa, kita layan ja katak ni bercakap. Lupa nak tanya tuan katak, mana kotak² yang hang duk janji dulu? Dah juai ka? Lalalaaaa
i
* sumber berita tuan katak di sini i
i

Kempen

March 31, 2009

Kempen PRK 059 sudah bermula. Walaupun ianya bermula lebih awal, namun secara rasminya hanya bermula selepas penamaan calon kelmarin. Suasana hangat kempen mulai dirasai walaupun suasana sejuk melanda kawasan Bukit Gantang ini. Itulah kelebihan pada setiap kali berlangsungnya PRK. Sebelum ini, kekecohan seringkali berlaku sewaktu kempen PRK Permatang Pauh dan pihak polis terpaksa membelanjakan RM16 juta ketika kempen PRK Kuala Terengganu. Sambutan kempen Pakatan Rakyat yang diwakili oleh calon dari parti PAS agak menonjol ketika ini sehinggakan menimbulkan ketakutan dari pihak lawan. Kerjasama yang baik dari pihak media juga agak menyukarkan pihak Be End mencari kelemahan Nizar walaupun isu penderhakaan terhadap institusi sultan dan mufti dijadikan senjata. Turut menjadi isu ialah apabila dikatakan Nizar tunduk kepada kehendak kaum cina DAP. Barangkali UMNO Be End sendiri lupa siapakah yang membenarkan Datuk Tan Lian Hoe bertanding di parlimen Bukit Gantang dan Gerik pada 2004 dan 2008 yang lepas sedangkan kedua-dua kawasan Parlimen itu bermajoritikan kaum Melayu.  

Nyata kali ini senjata memakan tuan. Serangan bertali arus media alternatif yang berpihak kepada Pakatan Rakyat nampaknya berjaya mengendurkan isu ini. Pihak calon Be End bertukar menjadi defensif. Terakhir sekali kes Nizar menjadi imam kepada Muhyiddin Yasin & co. Umum mengetahui isu imam ini telah popular dalam setiap pilihanraya umum ataupun kecil. Kita pasti tidak lupa bagaimana isu kes solat 2 imam dipolitikkan dan parti PAS lah yang selalu menjadi mangsa isu tersebut. PAS dikatakan tidak dapat menerima imam dari kalangan orang UMNO. Nah, kali ini ALlah telah membalikkan isu ini kepada pihak UMNO sendiri. Kalau dahulunya dikatakan orang PAS tidak dapat menerima orang UMNO menjadi imam, kali ini orang UMNO pula tidak dapat menerima Nizar, orang PAS menjadi imam solat.

Persoalannya kenapa perlu dibangkitkan isu ini? Adakah jentera kempen UMNO Be End telah ketandusan isu? Tunggu isu apa lagi selepas ini yang hendak dibangkitkan oleh pihak UMNO Be End. Yang jelas UMNO Be End memang dalam keadaan terdesak ketika ini sehinggakan terpaksa menggunakan slogan “MOHON RESTU RAKYAT” di billboard mereka untuk menambat undi pengundi di sini.

Berita berkenaan isu kes Nizar menjadi imam kepada Muhyiddin & co. boleh dilayari di sini dan di sini. Untuk berita terkini perkembangan PRK 059 sila dapatkan di sini

* Untuk perkembangan terkini berkenaan perjalanan kempen PRK 059 sila dapatkan di sini

i

Read the rest of this entry »

Ulasan merapu…

March 27, 2009

selamat tinggal

selamat tinggal

Fasa baru parti keris cap ayam telah pun berlaku. Najis Razak akhirnya mendapat gandingan yang dicari-cari selama ini. Itulah yang ditempiknya sewaktu merasmikan perhimpunan wanita, puteri dan pemuda parti keris cap ayamnya tempohari. Sah Muhyiddin menjadi regunya, walaupun pada awalnya dia kurang berminat dengan mamat johor tu. Ini kerana kalau Mat Taib, jaguh melarikan segala harta benda dalam negara ini menjadi regunya, maka proses pereputan parti keris cap ayam ini semakin cepat tanpa perlu menunggu begitu lama. Tapi Muhyiddin kena ingat, 3 Naib Presiden adalah balaci Najib. So dun notty2. Ahaks.

Selepas ini tugas Najis hanyalah mencari titik perdamaian yang ada pada mereka yang terpilih di peringkat tertinggi, manakala calon yang kalah pula perlu digula-gulakan agar tidak menganggu perjalanan pentadbirannya. Mungkin dengan memberikan projek ataupun jawatan GLC seperti yang pernah dilakukan sebelum-sebelum ini boleh membuat pesaing yang kalah ini senyap.

Nampaknya plot peralihan kuasa ini menjadi lancar tanpa sebarang perkara yang tidak diingini, walaupun ada usaha untuk menggagalkannya, tetapi ianya dapat dipatahkan dengan mudah berkat kerjasama yang intim dari pihak SPRM. Sekali lagi kredit harus diberikan kepada ketua pengarahnya, Ahmad Said. Mudah-mudahan apabila bersara nanti beliau akan dikalungkan dengan kilauan emas permata dan projek-projek mega, insyaALlah. Hanya tinggal penyerahan kuasa mentadbir negara sahaja lagi. Selebihnya xda masalah. Well done Najis.

Sudah pastinya selepas ini fokus dihalakan kepada persiapan pilihanraya kecil di 3 tempat (2 bukit 1 batang). Bagi aku, ini merupakan gelanggang pertama untuk menguji ketrampilan Najis walaupun sebelum ini beliau telah mencipta rekod apabila kecundang dikesemua pilihanraya kecil selepas PRU12. Namun kesemuanya itu telah dibereskan terlebih awal dengan kerjasama yang erat dari pasukan polis dan FRU. Sekurang-kurangnya fokus beliau mengharungi episod penuh mendebarkan dalam pemilihan ini tidak terganggu dek masalah dikesemua venue PRK. Syabas Musa Hasan. So perancangan nak tambah lagi 3 jawatan TKPN pasti diluluskan oleh bos baru. Dun wory bro…

Kita? Ya, kita pula bagaimana? Kalau sebelum nih duk komen sapa patut menang dan sapa patut kalah dalam pemilihan parti keris cap ayam tu (termasuklah aku), nah keputusan dah diketahui. Masih terbuai dengan kemenangan Khairy? Betuike dengan menangnya beruk hitam menantu kesayangan bekas sang presiden itu, kita akan mendapat laluan mudah dalam PRK ni? Betuike puak Mukhriz dan Ali Ketam akan sabotaj kempen PRK kali ini? Betuike dengan tewasnya Mek Pidah, wanita parti keris cap ayam tu dah lemah semangat? Betuike? Hangpa berangan la ni. Kalau aku yang berangan xdak masalah sangat la  coz tempat singgahsana aku dipenuhi ekon. Bangku pun menggebu, x rupa pangkin di UPU2 sana.

Aku dengaq ada orang dah heboh kita nak menang banyak mana? Aduhhhhh… kondipen sungguh. Menang banyak mana beb. Xdak citer nak kalah banyak mana pun. Suma cite kita menang. Asyik dengaq sembang ja kita menang. Kita mesti menang. Ayat ni la aku duk jenuh dengaq kat Pengkalan Pasir dulu. Last2 terduduk. Nak dipadankan muka, aku pun letih gak keje time tu. Tambah kat situ dulu xdak ekon, cam skang ni.

Member aku lagi sian. Duk berulang dari ipoh-bukit gantang nak bantu keje PRK ni. Siang memasing keje cari rezeki, malam sambung keje jemaah lak. Amanah sungguh. Aku lain arr, duk dlm ekon xdak keje. Duk main tenet je update blog. Letih kang tidoq. Haha, keje camtu suma org nak. Kalau mmber aku tau siap kena maki ni. Haha.

Calon kita lak camna? Garang cam masa kerajaan baru runtuh dulu lg ka? Amboiiii, awatnya garang sangat. Ni kempen syeikhhhh…bukan program penerangan. Terkejut gak aku tau pembantu Khas dia leh bagi ceramah dah di sini. Kat tempat Beghahim Ali lak tu. Cheh, ini macam leh ikut jejak bro Husam ni. Mana taukan.

Cuma aku harap kat calon kita yang dasat auranya nih, tlg jgn duk terbawak-bawak emosi rampasan kuasa tu sangat. Orang bosan nnt. Bawak isu lain la brader. Melambak lagi isu. Anggap je hilang kerajaan tu takdir. X perlu sgt ditangisi. Bukan kita xdak buat silap. Buat baru je la. Yang penting menangi hati pengundi Bukit Gantang ni. Berlemah lembut. Nabi pun time kena sekat buat umrah (haji?), dia x mengamuk. Nah dengan kelembutan sifat baginda SAW tu la akhirnya kerajaan Mekah bertukar kerajaan. Boleh buatnya la. Yang penting strategi kena betoi.

Cheh, hang duk labun dalam ekon leh la yop. Haha. Caiyyyokkk caiyyokkk…

i

Calon PAS

March 24, 2009

Calon PAS PRK 059

Calon PAS PRK 059

Teka-teki siapakah yang menjadi calon PAS bagi Pilihanraya Kecil P059, Bukit Gantang akhirnya terjawab sebentar tadi. MB Perak. YAB Datuk Seri Ir Hj. Muhammad Nizar Jamaluddin telah dipilih menjadi calon PRK tersebut mengenepikan 2 calon favourite yang disebut-sebut sebelum ini iaitu Hj Muhammad Sabu dan Ustaz Idris Hj Ahmad. Pemilihan calon PRK 059 ini mengulangi episod penamaan calon pada PRK 036 Kuala Terengganu yang lepas apabila nama yang tidak disangka-sangka terpilih sebagai calon.

Pengumuman itu telah dilakukan oleh Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang di Padang Taman Kota Jaya, Taiping setelah venue asal di Jalan Simpang tidak dibenarkan oleh pihak keselamatan UMNO. Namun begitu sangkaan untuk melihat majlis berjalan dengan lancar turut tidak kesampaian apabila majlis diganggu oleh pasukan FRU UMNO sehinggakan majlis terpaksa ditamatkan lebih awal dari yang telah dijadualkan. Pada sebelah petangnya, telah berlangsung mesyuarat AJK PAS Pusat yang diadakan di Markaz Tarbiyah PAS Perak, Air Kuning, Taiping untuk menentukan calon mewakili PAS pada PRK 059 ini.

Selepas ini sudah tentunya semua mata akan tertumpu kepada perjalanan kempen kedua-dua belah pihak. Satu yang pasti, UMNO akan memutarkan isu penderhakaan ke atas Sultan dan menjadi pemimpin boneka DAP.

Adakah PAS sudah bersedia untuk menangkis isu yang agak kontroversi ini?

Adakah orang Melayu Bukit Gantang juga sudah membulatkan hati bagi memilih calon yang berupaya mewakili mereka di Parlimen Bukit Gantang ini?

Nantikan jawapannya pada 7 April 2009 ini.

i