Tribute 2 my HERO…

October 6, 2010

ALlahyarham Ust. Shuib Husin ketika menikmati juadah sate sempena ulang tahun hari lahirnya tahun lepas

PRK datang lagik. Kali ini dengan wajah yang berbeza sedikit dari sebelum2nya. Kalau sebelum2 ini Pakatan Rakyat yang kelihatan bersemangat untuk melihat ianya berlaku, namun di Galas situasinya agak berbeza. UMngokco la yang berkokok sini sana mengatakan akan bertanding dengan alasan memberi rakyat DUN tersebut pilihan menentukan kepimpinan sebelum bertemu dengan PRU ke-13.

Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) yang dilihat tidak begitu berminat dalam hal ini mula dijadikan ‘keldai dadah’ oleh kepimpinan UMngokco negeri mahupun Pusat. Bagaikan sudah tidak sabar menantikan kepulangan beliau dari luar negara, setiausaha UMngokco Pusat sudah menyatakan bahawa watikah lantikan sudah tersedia dengan ditandatangani oleh Najis Razak bagi melantik Ahli Parlimen Gua Musang itu sebagai Pengarah PRK DUN Galas dan seterusnya berharap juga agar Ku Li bersedia mengGALAS tanggungjawab sebagai calon DUN tersebut.

Kita tunggu dan lihat perkembangan sebaik kepulangannya ditanah air dalam masa yang terdekat. Samada beliau akan mencemar duli menolak sebarang perlantikan atas sebarang jawatan sekalipun ataupun beliau cuba membuktikan kepada kepimpinan UMngokco sekarang ini bahawa beliau masih mempunyai ‘value’ kepada UMngokco.

Namun begitu, sekiranya maruah diri menjadi perkiraannya, begitu ramai pemerhati politik yang hebat2 tanahair telah mengandaikan bahawa Ku Li akan menolaknya mentah2. Namun jika sebaliknya pula, mungkin jiwa beliau berjaya dipujuk terutama oleh Tok Him yang agak rapat hubungan dengannya sewaktu bersama2 memperjuangkan Semangat 46 suatu waktu dahulu. Itu dikatakan merupakan senjata terakhir yang akan digunakan oleh Najis Razak seandainya Ku Li berkeras tidak mahu menerima amanah parti tersebut.

Bagi aku, PRK kali ini membuatkan aku mengimbau kembali kenangan bertugas dalam PRK Permatang Pasir pada bulan Ramadhan seterusnya bersambung pula di Bagan Pinang pada pertengahan Syawal tahun lepas. Sudah tentunya individu yang paling aku rindukan adalah ALlahyarham Ustz. Shuib Hussin, Timb. Pengarah 1 Jabatan Pilihanraya PAS Negeri Perak pada masa itu. Komitmen, keseriusan, gurau senda dan batuk kokolnya itu masih terbayang2 dalam otak kepala aku. Ternyata orang tua yang penuh pengalaman hidup itu begitu kuat memainkan peranan disetiap kali PRK mahupun PRU. Usah dikesah kalah dan menang, semuanya tidak menjadi hal buatnya. Letih sekejap kemudian kuat semula. Tidak sesuai sekali tenaga dengan usia yang dimilikinya. Membuatkan aku terkadang malu sendiri.

Kenangan bertugas terakhir di Bagan Pinang. Bertindak sebagai pemandu peribadinya, membolehkan aku memngorek sebanyak mungkin rahsianya berkaitan pilihanraya. Dan sudah tentu beliau tidak lokek untuk berkongsi ilmu dengan sesiapa sahaja. malah ketika terlantar di Kinta Specialist Center selepas mengalami serangan stroke suatu masa dulu, menjaga Jabatan Pilihanraya Negeri merupakan amanatnya kepada aku. Siapalah aku untuk menjaga organisasi sepenting itu, namun jauh dilubuk hatiku aku yakin beliau mahukan aku dan sahabat2 yang lain bertungkus lumus menghabiskan usia yang ada untuk jemaah.

Namun kini beliau sudah meninggalkan kita semua. Yang tinggal semangatnya yang wajib kita GALAS di DUN GALAS nanti, kiranya PRK yang pertama setelah beliau tiada. Moga semangatnya terus kekal dalam tubuh badan kita demi memastikan kemenangan ISLAM di DUN GALAS nanti insyaALlah.

Al-Fatihah buatmu ALlahyarham Ust. Shuib Hussin…

i

Kembali…

October 12, 2009

AlhamduliLLah aku telah selamat kembali ke Ipoh, setelah berkampung hampir 2 minggu di Bagan Pinang. Perjalanan yang memakan masa 4 jam terasa seakan 8 jam lamanya. Maklumlah agak lama meninggalkan kampung halaman.

Keputusan PRK N31 Bagan Pinang telahpun diketahui. PAS kalah? Alaaa biasalaaa. Biarkan UMno melayan sepuas-puasnya kemenangan ini. Media masa pro Be End jugak terus menerus meraikan kejayaan I.S.A ini, seolah-olahnya sudah tiada hari esok untuk diredahi.Xpela, kasi can kat hangpa. Dh slalu sangat kalah. Hik hik hik…

Cuma apa yang penting, walaupun PAS kalah di situ, namun ia menang dihati penyokong dan pendokongnya. Syukur alhamduliLLah, ahli-ahli PAS masih menunjukkan komitmen untuk hadir ke sana walaupun petunjuk awal sudahpun diperolehi dari jumlah undi pos yang agak luar biasa banyaknya. Xpa mungkin tentera tidak berminat dengan I.S.A barangkali. Last², undi yang diperolehi pada PRU-12 aritu jatuh merudum.

Apapun aku nak berehat dulu. Bila semangat kembali menggila, aku updatekan sedikit kisah sahabat² yang hebat di Bagan Pinang terutamanya di UPU Ladang Siliau. Tahniah petugas PAS Perak, tahniah PAS Kuala Pilah dan terima kasih tidak terhingga buat PAS Cawangan Bandar Springhill. Jasa kalian tidak terbalas di dunia ini. InsyaALlah dikahirat sana menanti. Terima kasih semua.

Akhir kata, takziah UMno Be End. Nantikan episod baru politik Be End N 9. Adakah I.S.A akan berdiam diri melihat juniornya memerintah negeri kerbau pendek ini? Sama² kita tunggu. Sejarah UMno Terengganu bakal berulang di bumi Minang ini sedikit masa lagi.

i


Oleh : albanjari

Alhamdulillah, jentera bloggers Pakatan Rakyat akan digerakkan lagi. Kali ini jentera bloggers akan berkampung di Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Sesungguhnya peranan blogger-blogger di Bagan Pinang tentu lebih berbeza jika mahu diimbau semula kelibat dan peranan mereka sebelum ini terutamanya di Permatang Pasir dan Bukit Gantang mahupun Kuala Terangganu.

Melihat akan peri hebatnya tempur yang akan digalas kelak, mungkin pertempuran itu akan berakhir dengan peperangan 3 atau 4 penjuru, blogger sekali lagi diuji. Bukan hanya calon sahaja beb, kata orang lagi, ini kubu Umno, kubu tradisi, kubu yang sering punya nasib ‘ong-ong’ ! Lebih-lebih lagi di situ tersergam 5 kem tentera yang kukuh berdiri. Apapun, Lawan Tetap Lawan ! Biarpun harus mengalas keringat yang lencun membasah ketika bertempur. Itulah adatnya bila anak jantan berlawan, namun jangan terlalu mudah meletakkan harapan, biarpun Umno umpama ‘kerusi roda’, yang cacat lagi lumpuh kakinya, tetapi tidak mustahil jika mereka menang cemerlang seterusnya meninggalkan calon Pakatan Rakyat yang sihat serta gagah di marathon yang ‘senget’ di hujung garisan penamat.

Maka melihat dari hebatnya medan tempur ini, melalui beberapa siri perbincangan dan rundingan gelap di ruang siber, BloggersNetwork@Malaysia akan digerakkan sepenuhnya, 100 % di Bagan Pinang. Kombinasi dari 4 kumpulan blogger besar ini, disatukan dibawah 1 nama. Maka dengan itu, kumpulan blogger dari BloggersNetwork@Perak yang diketuai oleh MSK, barisan bloggers dari group Bloggers Barisan Rakyat yang dipimpin oleh Bro Zorro UnMasked, dan kumpulan Bloggers PAS Perak, yang diketuai sendiri oleh wak, albanjari, seterusnya anggota bersekutu di dalam BloggersNetwork@Malaysia sendiri akan bergabung dan digabungkan untuk turun bersama membantu calon Pakatan Rakyat meraih kemenangan seterusnya memberi ‘ajar’ buat Umno-BN kelak.

Begitu juga dari siri-siri perbincangan khusus, semua blogger-blogger tersebut akan dihimpunkan dibawah nama BloggersNetwork@Malaysia. Jika dilihat dari keaktifan kumpulan besar ini, Pakatan Rakyat mempunyai lebih dari 200 blogger aktif. Terima kasih wajar diberikan kepada semua pimpinan parti PR dan juga kepada Tuan Pesuruhjaya PAS Neg, Negeri Sembilan yang telah mengiktiraf tugas-tugas blogger sekarang. Begitu juga kepada Dr. Zulkefli Ahmad, YB Ravi dan banyak lagi nama-nama yang tidak dapat dituliskan di ruang yg serba terhad ini, TERIMA KASIH.

Bagi melicinkan gerak kerja bloggers di medan ‘perang’ ini, maka wak menyeru agar dapat disegerakan tindakan-tindakan dibawah diambil oleh bloggers Pakatan Rakyat untuk menghantar details dibawah ke kotak email albanjari, selewat-lewatnya sebelum atau pada 30hb. September 2009 bagi memudahkan pihak Seketariat BloggersNetwork@Malaysia :

1) Mengaturkan tempat-tempat penginapan khusus untuk bloggers di N31. (sejumlah bilik apartment telah pun di tempah dan telah disediakan -besar jumlahnya di Port Dickson ).

2) Menyediakan pas-pas Khas Media yang ‘rasmi’ bagi kemudahan blogger membuat liputan/berurusan dengan Pusat Gerakan Utama/Markas Induk.

3) Menyediakan ‘full access’ ke Pusat Media Bloggers yang dikawal 24 jam – Pusat ini dilengkapi dengan fasalitas dan kemudahan akses internet tahap 4 MB bagi mengelakkan ‘kesesakan’.

4) Untuk pengkalan data bloggers – keselamatan.

5) Mengatur-selia kumpulan2 bloggers berdasarkan kepakaran masing-masing.

..dan banyak lagi yang tidak dapat dituliskan disini. Walaubagaimanapun satu sesi PC oleh BloggersNetwork@Malaysia akan diadakan pada hari penamaan calon, 3 Oktober kelak. Maka dari itu kepada bloggers sila emailkan details yang dikehendaki oleh pihak Seketariat dalam kadar yang SEGERA !!!

a) Nama penuh atau Nama Glamer ( contoh : Aduka Taruna )
b) Nombor Kad Pengenalan
c) Nama blog berserta URL

Email wak : albanjari_online@yahoo.com
Tel : 012-4026129

(*) Bloggers Muslimah/Wanita juga turut disediakan bilik yang berasingan di blok apartment yang telah di tempah. Jangan bimbang, semua apartment yang di tempah mempunyai kemudahan sekuriti 24 jam.

Jika dilihat dari pola pengundi muda dibawah umur 49 tahun, terdapat hampir 10 ribu pengundi di N31, 78% adalah pengundi dibawah umur 39 tahun. Ada sebab figur ini wak tuliskan di sini. Dan wak akan ulas berkaitan itu pada posting yang berikutnya.

(**) Wak akan mula berada di Bagan Pinang pada 29hb. September – 12hb. Oktober 2009, InsyaAllah..!! Jumpa wak di sana. Mohon kepada semua blog Pakatan Rakyat dapat memberi pautan kepada artikel ini diblog masing-masing dan menggunakan logo yang disediakan.

i

Ihsan Ramadhan…

September 15, 2009

“Suruhanjaya Pilihan Raya hari ini menetapkan 11 Oktober depan sebagai tarikh pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata tarikh penamaan calon pula ditetapkan 3 Oktober manakala tarikh keluar writ dan notis masing-masing pada hari ini dan esok.

Katanya, pilihan raya kecil tersebut akan menggunakan Daftar Pemilih Induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 dan daftar pemilih tambahan suku tahun kedua 2009 yang telah dikemas kini sehingga 4 September lalu”- Malaysiakini

Apa lagi yang perlu diperkatakan? Semuanya telah dimuktamadkan semalam oleh SPR (SuruhanUMno Pilihan Raya). Tarikh penamaan calon bagi kerusi N31 DUN Bagan Pinang telahpun diketahui. Kalau x silap aku, inilah satu-satunya PRK selepas PRU-12 yang menjadikan hari cuti sebagai hari keluar mengundi. Walaupun sebelum ini sudah berulang kali parti gabungan Pakatan Rakyat mendesak agar dikaji semula pemilihan tarikh mengundi yang menjadikan hari kerja sebagai hari mengundi, namun ianya dipandang sepi oleh pihak SPR.

Tentulah teramat pelik bilamana SPR begitu berlembut hati pula menjadikan hari mengundi pada hari cuti sempena PRK kali ini. Adakah SPR telah mulai tunduk kepada desakan pihak Pakatan Rakyat, bukanlah sesuatu yang menarik untuk kita bincangkan. Persoalan yang lebih menarik untuk kita bincangkan adalah adakah langkah ini bertujuan menyelamatkan maruah UMno di negeri yang begitu tebal dengan semangat keUMnoannya itu?

Kalah sudah pasti buat parti gerombolan 1 Malaysia andai mengadakan hari mengundi pada hari bekerja. Tidak sepertimana yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat dalam mempertahankan kerusi DUN mereka, nampak gayanya pelbagai bantuan mampu diberikan oleh SPR kepada UMno Be End. Apa istimewannya dengan DUN Bagan Pinang ini? Sudah tentulah ianya melibatkan maruah UMno itu sendiri. Sekirannya masih kalah juga walaupun bertanding digelanggang sendiri, ini membuktikan bahawa UMno Be End sudah boleh melupakan terus niat mereka untuk bertanding pada PRU -13 nanti. Kemungkinan juga ianya memberi satu signal kepada parti-parti gabungan mereka yang mana seandainya UMno terus-terusan kecundang pada PRK kali ini, maka pimpinan parti komponen dalam Be End boleh mencongak samada perlu untuk kekal ataupun bertukar menjadikan Pakatan Rakyat sebagai rakan mereka yang baru.

Umum mengetahui UMno berhadapan satu situasi terburuknya semenjak peristiwa 1988 dahulu. Malah lebih teruk dari itu, ianya turut menjangkit pada parti MCA, MIC dan juga Gerakan, antara parti terbesar dalam komponennya. Menambahkan keperitan kepada masalah mereka ini, UMno Pusat masih belum menerima senarai beberapa nama pencalonan dari bahagian Teluk Kemang. Ketika ini, hanya nama Isa Samad, mantan MB N. Sembilan yang merupakan pesalah politik parti yang telah dicalonkan. Seluruh ajk bahagian tersebut berdiri teguh dibelakang pencalonannya. Sehingga kini, Mahyuddin Yasin yang ditugaskan mengetuai PRK zaman Najib ini masih agak gusar dan kecewa kerana permintaannya untuk mendapat lebih banyak nama tidak dipenuhi.

Peringkat awal ini, PAS nampak gayanya telah berjaya  memenangi perang saraf terhadap UMno Be End. PAS dikatakan telah menyenaraipendek 3 tokoh yang dilihat layak untuk menjadi calon bagi parti tersebut di situ. Satu yang pasti, calon PAS nanti tidak pernah terpalit dengan jenayah politk wang sepertimana yang berlaku pada calon utama UMno Be End ketika ini. AlhamduliLLah dan sekalung tahniah buat Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Hj. Abdul Hadi Awang dan juga Naib Presiden, Sdr. Salehuddin Ayub yang akan mengetuai jentera kempen PAS di sana nanti.

Andai tiada wujudnya pengacau seperti yang dilaporkan di sini maka sudah pastinya PRK kali ini bakal mewujudkan satu suasana yang paling hebat dalam sejarah PRK selepas PRU-12. Buat para pejuang Islam yang mencintai keadilan dibumi Malaysia ini, ayuh kita turun beramai-ramai di sana bagi memastikan Pakatan Rakyat terus mengekalkan kemenangan, insyaALlah.

i

p/s- Simpan sket duit bonus @ duit raya. Nanti bila time mintak sumbangan mula wat muke seposen 😛

i

“Beberapa anggota polis menerkam ke arah Uthayakumar sehingga dia terjatuh dan kemudiannya dibawa menaiki trak polis”.Malaysiakini

i

*****

Nampaknya Be End telah memberi satu bola tanggung yang pastinya akan digunakan sebaik mungkin sebagai salah satu bahan kempen yang bakal digunakan pada kempen PRK N31 Bagan Pinang akan datang. Be End perlu sedar bahawa masyarakat kaum India merupakan hampir 20% pengundi di situ. Dengan masalah kuil di Seksyen 23 semalam yang menjadi tegang sehingga salah seorang penduduk berbangsa India nyaris² dilempar dengan kerusi semalam [link…], dan ditambah lagi isu perarakan kepala lembu dihadapan bangunan SUK Selangor tempohari, Be End dijangka tidak akan mendapat laluan mudah bagi mempertahankan kerusi DUN N31 Bagan Pinang itu nanti.

Yang menjadi persoalan umum buat masa ini, kenapakah dalang utama terhadap isu ini iaitu penganjur demonstrasi dihadapan bangunan SUK Selangor tempohari tidak langsung diambil tindakan sedemikian rupa oleh pihak yang bertanggungjawab malah diberikan layanan istimewa pula oleh Mat Lembut Hisham. Jika inilah situasi yang berlaku sekarang ini, penjenayah berpartikan UMno Be End ditatang, rakyat yang menolak UMno Be End dizalimi, maka memang sepatutnya rakyat sudah tidak boleh lagi berharap dengan pihak keselamatan. Inilah yang dimahukan oleh mereka, apabila rakyat resah dan gelisah lalu mengambil keputusan sendiri dalam menangani masalah ini, maka disitulah akan timbul idea untuk meMAGERANkan bumi Selangor supaya kekuasaan boleh dikembalikan kembali kepada UMno Be End.

Moga kerajaan Pakatan Rakyat Selangor tidak terperangkap dengan isu ini.

i

P/s- Pelik berarak bawak lilin dan bunga ros lebih berbahaya dari mengarak kepala lembu. Itulah 1 Malaysia Najis Razak

i

Al-Fatihah…

September 4, 2009

bagan pinangSebentar tadi aku mendapat berita ADUN BN Bagan Pinang, Parlimen Teluk Kemang, Negeri Sembilan iaitu Azman Mohd Noor telah kembali kerahmatuLLah jam 2.30 ptg kerana serangan sakit jantung di Pusat Pakar Seremban. ALlahyarham telah memenangi kerusi DUN tersebut pada pilihanraya umum ke-12 yang lepas apabila mengalahkan calon dari Parti PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi.

Parlimen Teluk Kemang mempunyai 5 DUN dimana 3 daripadanya telah dimenangi oleh parti Pakatan Rakyat iaitu DUN Chuah – PKR, Lukut – DAP dan Port Dickson – PKR manakala 2 lagi DUN iaitu DUN Linggi dan Bagan Pinang dimenangi oleh BN.

Seperti yang telah maklum sebelum ini, SPR enggan mengadakan PRK di DUN Kota Seputeh, Kedah. Tetapi disebabkan kematian ADUN Bagan Pinang ini, nak xnk SPR terpaksa juga mengadakan satu PRK melainkan SPR tidak mengesahkan kandungan sijil kematian ADUN tersebut.

Di samping itu juga, wujud khabar angin pihak BN sedang bertungkus lumus menjalankan pertandingan memilih wajah serupa dengan ALlahyarham ADUN Bukit Pinang bagi menjadi ganti kepada ADUN tersebut. Dengan yang demikian maka SPR sekali lagi akan menolak untuk mengadakan PRK di situ.

Al-fatihah…

i