samseng beno oghang Paghit 2 ekoq nih… siap bercekok pinggang tengah jalan. keh keh keh

“Open your eyes before you open your mouth….

Itulah kalimah paling sesuai buat rakan media, segelintir rakan blogger dan ahli-ahli PAS yang pro Kerajaan Perpaduan yang begitu berdansa dalam kemabukan dengan keputusan pilihanraya umum Manek Urai pada 14hb Julai yang baru lepas.

Pagi semalam saya menerima panggilan telefon dari seorang diplomat dari kedutaan asing, meminta pengamatan saya terhadap apa yang telah berlaku di Manek Urai.

Sebagaimana kepada rakan diplomat, saya juga mengajak kita bermula dengan analisa keputusan pilihanraya Manek Urai dengan melihat fakta sejarah Pilihanraya Kecil di Kelantan bermula dari tahun 1987 seperti yang boleh diperolehi dari laman rasmi Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

Selanjutnya di sini

i

*p/s – Sorry 2 said, aku x nah pandai nk buat menatang bernama analisis ni. So atas kerajinan aku menyelak blog² yang ada, aku totally berpuas hati dengan analisis detail yang bro Kick buat nih @ ada  yang x berpuas hati ngan dia dan mempunyai analisis versi lain yang lebih meyakinkan aku??? Tolong habaq kat aku…

i

MU mene lagi…

July 15, 2009

Keputusan PRK N41 MU

Nah akhirnya keputusan telah pun diketahui. Ternyata MU masih terus gagah di Kelantan. Dalam 6  pertemuan sesama mereka, semenjak tahun 1990 lagi,  MU hanya tewas sekali. Itupun dengan gol saat² akhir. Ada yang kata gol curi ayam. Walaupun pertembungan kali ini menggunakan kekuatan hampir keseluruhan pemain importnya, dan juga dengan segala sumber kekayaan melimpah ruah yang datang tak terduga, UMno Be End kali ini bolehlah disamakan bak pasukan Real Madrid. Tapi kesemua itu masih belum memadai untuk mereka menjana kemenangan sulung PM 1 Malaysia di negeri semenanjung. Hakikatnya mereka terus-terusan tewas.

Mungkin persefahaman antara sesama pemain import itu masih belum cukup kukuh. Masakan Cristiano Ronaldo boleh ngam ngan Nistelroy sedangkan semua tau antara faktor perpindahan Nistelroy ke Real Madrid adalah disebabkan pergaduhan besar sesama mereka dahulu. Gitu juga ngan Tok Pa ngan Anuar Musa. Manakan boleh ngam bekerja satu pasukan. Kedua²nya umpama kucing ngan anjing. Mesra diluar, mengelegak di dalam. Hangpa ingat ada x Anuar Musa sabotaj Tok Pa pada PRK N14 MU ni? Kalaulah mereka dapat bersatu berkerja sebagai satu pasukan, aku yakin Najib mungkin mendapat hadiah paling bermakna sempena 100 hari pemerintahannya.

Apapun tahniah buat Abe Uji. Amanah yang diperolehinya sebentar tadi cukup besar. Dulu mu duk beli ike ore, skang mu doh jadi wakil rakyat. Mungkin kalah dengan majoriti yang tipis ini boleh membawa iktibar kepada pendokong dan pimpinan PAS agar tidak berpuas hati dengan kejayaan penuh cemerlang yang diperolehi pada PRU yang lepas. Usaha perlu dipertingkatkan lagi. Sekiranya Kelantan yang mempunyai sistem pengkalan data pengundi antara terbaik inipun mengalami penurunan majoriti, bagaimana pula halnya di negeri aku nih?

Wat Ustz Nik Abduh, ambo doh ghoyak kat mu dulu lagi MU tu gagoh. Mu dok denga. Mu dok sokong LiverFOOL gak wwat gapo. Keh keh keh 😀 ( Ape punya ayat la nih)

i

p/s- Ade lebih dok duit RM300 tuh. Ambo dok sempat amik 😛

i

Menang atau Malu…

July 14, 2009

Ketika ini, pengundian PRK N41 Manek Urai sedang rancak berlangsung. Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya kecil Malaysia, tahap peratusan pengundi keluar membuang undi telah melebihi 50% sebelum tengahari lagi. Pelbagai teori yang dikemukakan. Alasan paling kuat ialah cuti yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada hari pengundian ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada jumlah peratusan keluar yang agak tinggi itu.

Kalau cuti merupakan alasan yang kuat di Kelantan, apa pula alasan yang boleh diberikan kepada pengundi luar Kelantan, yang juga dikatakan pulang dengan ramai bagi menunaikan tanggungjawab mereka hari ini? Nampak gayanya mereka juga bersungguh² ingin mempertahankan setiap DUN mereka dari dijajah kembali oleh tangan² kotor UMno Be End. Mereka sudah tidak sanggup untuk melihat ibu-bapa, sanak saudara mereka ditipu buat kesekian kalinya dengan UMno Be End. Biarlah orang dinegeri jiran (Terengganu & Pahang) saja ditipu, asalkan bukan Kelantan. Nak xnak mereka terpaksa mengorbankan cuti tahunan semata² untuk menunaikan tanggungjawab mereka, sedangkan sekiranya SPR sendiri mahu melihat perlaksanaan tanggungjawab pengundi Manek Urai itu terlaksana dengan sesempurna yang mungkin, mereka pastinya tidak akan memilih hari bekerja sebagai hari untuk membuang undi. Kenapa harus disekat hak mereka² ini untuk mengundi dalam suasana yang penuh selesa? Melainkan memberi kelebihan kepada UMno BN utk menang, tiada alasan yang lebih bijak untuk dikemukakan.

Agak² sapa yang akan menang? Pemegang ijazah universiti  atau hanya seorang peraih ikan? Apa persepsi rakyat seandainya Tuan Aziz Tuan Mat menang di Manek Urai nanti? Dah tentu kita boleh saja mengatakan dia menang dengan seorang peraih ikan. Xkan dengan peraih ikan pn x leh nak makan?

Tapi kalau beliau kalah lak dan Abe Uji yang menang bagaiman? Haha, part yang ni paling besh. Dah tentu kena pakat gelak ramai². Degree holder kalah ngan peraih ikan? X ke benda tu kelakar? Haha gelak lagik. Yang aku pasti, kalau calon UMno Be End ni kalah, memang boleh naik sepanduk kaw² nye besor kat 1 Malaysia nih. Pulangkan balik ayat Muhyidin Yasin tu. Bior sedor diri sket.

Nampak gayanya, UMno Be End dalam keadaan sangat² terdesak utk menang PRK Manek Urai hari ini. Bukan kerna kemenangan ini akan dijaja sebagai penanda aras keyakinan rakyat kepada kepimpinan 1 Malaysia Najib, tetapi ianya lebih kepada menyelamatkan maruah seorang pemegang ijazah dari UMno Be End. Tiada yang lebih penting dari itu.

i

P/s-Dat y len kali jangan duk perleceh keje orang. Kalau dh keje orang tu halal, go on je la. Cari la isu lain nak dibangkitkan. Kan dah berpeluhhhh. Hik hik 😛

i

Man U

July 11, 2009

Mohd Fauzi Abdullah

Ingat!!! Undi Calon kita

Tok Guru MU

Otai Man U..Ada Braniiiii?

i

Untuk info terkini PRK N41 MU sila lawat di sini

Credit gamba utk Bro Kick

i

Bahang PRK Manek Urai mulai terasa usai penamaan calon siang tadi. Kehadiran puluhan ribu penyokong parti kedua² belah pihak menandakan PRK ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan samada kepada parti penyandang dan juga parti yang mencabar.

Cuma samada kita sedar atau tidak, pilihanraya kecil Manek Urai ini bagaikan terasa hilang serinya apabila wajah anakanda Mursyidul ‘Am yang paling fofular, Ust. Nik Abduh tidak kelihatan sepanjang kempen yang telah bermula semenjak selepas kematian Pak Su Wei lagi. Dari pemerhatian aku menerusi laman² blog yang hangat berkempen bagi membantu PAS Kelantan, memang tidak kelihatan 1 pun gambar Ust Nik Abduh dalam setiap program yang telah diadakan di sana. Yang ada hanyalah proksi kuatnya (sahabat baiknya), Ust. Din Tantawi sewaktu merasmikan Himpunan Pemuda PAS Kuala Krai dan 2-3 ceramah yang diadakan tempohari.

Adakah ianya berpunca dari kekalahannya kepada YDP PAS Kuala Krai pada pemilihan Ketua Pemuda PAS Kelantan dalam Muktamar DPPN Kelantan yang lepas? Adakah dia terasa hati dengan YDP PAS Kuala Krai yang telah mengalahkannya?

Untuk pengetahuan umum, YDP PAS Kuala Krai, Ust Abdul Latif juga merupakan Ketua Pemuda DPPN Kelantan yang baru selepas berjaya menewaskan Ust Nik Abduh dalam pertandingan 2 penjuru. Manek Urai pula merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Kuala Krai yang mana YDP nya ialah Ust Abdul Latid sendiri. Mungkin ramai yang mengesahkan itu antara sebabnya beliau tidak kelihatan (jarang kelihatan) di sana.

Tetapi, bagi memuaskan hati aku sendiri, aku cuba mencari sebab yang lebih kukuh apa sebenarnya yang membuatkan Nik Abduh menjauhkan diri dari Manek Urai? Akhirnya disaat² mata aku hampir lena disebabkan kemengantukan yang teramat sangat, aku menemui jawapannya. Alasan yang paling kuat aku nampak ialah kerana Ust. Nik Abduh merupakan penyokong kipas maut (die hard fan) kepada pasukan LiverFOOL sedangkan Manek Urai atau lebih dikenali sebagai M U merupakan musuh tradisi pasukan feberetnya itu. Aku kompom inilah antara alasan yang paling konsisten berkaitan ketidakhadirannya di sana.

Buat Ust. Nik Abduh, janganlah gundah gulana. Aku dah telipon Sir Alex Ferguson suh dia beli Michael Owen, pemain kesayangan Ust tu. AlhamduliLLah pembelian Michael Owen telah berjaya disempurnakan semalam. Jadi tiada alasan lagi Ust xnak hadir ke padang MU (Manek Urai) tu. Michael Owen kan dah ada. Ahaks ahaks…

i

p/s- Ini hanyalah sketsa santai semata². Tiada niat memburukkan mana² individu samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Maap ye Ust. Aku dah x dak idea sgt nak tulis apa nih. Jange maroh kawe

i

Khairy Ketuai Program Pemuda Masuk Kampung Di Manik Urai

KUALA KRAI, 23 Jun (Bernama) — Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin akan mengetuai jentera Pemuda Umno bagi program Pemuda Masuk Kampung di Manik Urai selama tiga hari bermula Khamis ini.

Setiausaha Kerja Pemuda Umno Kelantan Mohamad Zaidan Abdul Rahim berkata program yang akan turut dihadiri semua Exco Pemuda Umno Pusat termasuk Ketua dan Naib Pemuda setiap negeri itu bertujuan mendekatkan golongan muda di Manik Urai dengan Umno.

Selanjutnya di sini

Adakah mamat nih datang drngan tujuan melakukan provokasi? Ataupun bersedia dijadikan kambing hitam sekiranya UBN kalah nanti? Pada fikiran aku, menjadi kambing hitam itu lebih sesuai buatnya. Mungkin itulah tugas penting yang telah diamanahkan oleh Najib sewaktu melantik anggota kabinetnya selepas pemilihan UMno yang lepas.

Nasib ko la Kery, tempat berpaut dah x dak. Yang kalah jadik Timb. Menteri, hang yang menang jadik kambing itam. Len kali lumur la badan tu ngan susu kambing. Bior nampak putih sket. Hik hik…

i

MU1

Hj Husam Musa bersama Ketua Pemuda Pusat, Ust Nasaruddin Tantawi dan Ketua pemuda Kelantan, Ust Abd Latif

MU2

molek dahhhhh…mapuh UMno ggu ni

i

Berita bagi gambar tersebut boleh dicapai di sini

i