Mendung berarak pergi…

January 6, 2010

Hampir seminggu aku peramkan kenangan duka yang terpaksa ditempuh semasa Kejohanan Futsal Piala Pesuruhjaya PAS Perak, yang berlangsung di Xtreme Park, Bandar Sunway pada 27 Dis 2009 lepas. Sepatutnya pasukan Cha Cha yang mewakili DPPK Ipoh Timor dinobatkan sebagai johan pertandingan, sesuai dengan status elit yang mereka miliki. Namun impian itu hancur jua di peringkat akhir. Tewas kepada pasukan Lumut FC dengan penentuan sepakan penalti setelah kedua-dua pasukan gagal menjaringkan gol pada masa penuh permainan.

Tewas dengan jaringan 1-3, itulah antara peristiwa paling memeritkan dalam hidup aku. Sementelah pula aku baru berjinak² dengan jawatan sebagai pengurus pasukan disebabkan ketiadaan Mat Khaiyyom, yang pengsan tidak sedarkan diri pada hari kejohanan tersebut. Usaha aku untuk menggantikan pengurus pasukan bolasepak Perak sekarang nampaknya semakin menipis.

Namun bagai memahami lara hati yang melanda selepas kejohanan itu, ditakdirkan pula pasukan gergasi dunia, Manchester United juga tewas kepada pasukan divisyen 3 Liga Perdana Inggeris dalam kejohanan Piala FA dengan jaringan 0-1 baru-baru ini.

Jadi dengan keputusan itu dengan segera memberikan satu reaksi positif dalam hidup aku bahawa TIDAK SEMESTINYA PASUKAN PILIHAN YANG GAGAH LAGI CEMERLANG ITU AKAN MENANG SENTIASA. ADA KALANYA MEREKA JUA AKAN TEWAS. SAMADA PASUKAN ITU MAMPU UNTUK BANGKIT SEMULA MENGECAP KEJAYAAN LAIN PADA MASA AKAN DATANGLAH YANG MEMBEZAKAN ANTARA PASUKAN YANG HEBAT DAN YANG LEMAH.

Akhir kata, syabas buat pemenang kejohanan, team Lumut FC. Diharapkan kejohanan ini akan terus diadakan pada tahun² akan datang, walaupun sambutan peminat tidaklah mencecah 10 ribu orang seperti konsert HIJRAH aritu. Buat santapan mata, terimalah gambar² yang diharapkan dapat memuaskan hati semua.

i

sesi motivasi sebelum sepak mula oleh PJ Perak

sesi kuliah ringkas untuk santapan penonton rancangan Halaqah terbitan Ntv7

Read the rest of this entry »

sELeSai…

November 15, 2008

i

AlhamduliLLah PASTI Kawasan Ipoh TImor telah selesai mengadakan Majlis Hari Anugerah Kecemerlangan 2008 Sabtu 15nov2008 yang lepas. Program kali ini agak berlainan dengan program sama tahun-tahun sebelum ini kerana buat julung-julung kalinya konsep makan malam diperkenalkan. Walaupun kawasan lain telah lama mendahului, tetapi alhamduliLLah perancangan yang dilakukan oleh PASTI Kawasan dengan kerjasama Dewan Pemuda, Dewan Muslimat dan PAS Kawasan sedikit sebanyak telah membantu menjayakan program kali ini. Aku yang mulanya agak risau dengan penjualan kupon yang lembab, sedikit lega bila diberitahu kupon telah habis dijual pada mesyuarat terakhir AJK Pelaksana Program. Pengarah program, Sdr. Ahmad Shahril ternyata insan yang paling gembira dengan kejayaan sulung program sebegini.

Program yang dimulakan selepas ‘Isyak itu, didahului dengan ucapan alu-aluan Ketua DPPK Ipoh Timor, sdr. Salman Salleh dan kemudiannya dirasmikan oleh sdr. Muhammad K.Y.Tiang, Pembantu Khas MB Perak. Turut hadir ialah YB Adun Bercham, En. Sum Cheok Leng dan ahli-ahli Kelab Penyokong PAS berbangsa Cina. Program diwarnai dengan persembahan anak-anak murid PASTI dan persembahan istimewa dari kumpulan nasyid S.A.R An-Najmi, Taman Putri Lindungan Bintang.

Program disudahi dengan acara penyampaian sjiil dan trofi kepada murid PASTI 6 tahun dan hamper kepada guru-guru PASTI yang sudah banyak menabur jasa dan keringat kepada PASTI Kawasan Ipoh Timor. Aku ucapkan tahniah kepada seluruh yang menjayakan program tersebut. Mudah-mudahan ALlah SWT membalasnya dengan sebaik-baik balasan. Amin…

i

img_8002 iimg_80020iiimg_8061

i

i

i

peNUtup…

November 3, 2008

i

PAS Kawasan Ipoh Timor berjaya mengadakan sambutan Hari Raya Pakatan Rakyat pada ahad, 02nov08 yang lepas. Majlis yang telah disifatkan sebagai penutup kepada segala sambutan Hari Raya oleh Hj. Asmuni Awi, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak selaku perasmi sambutan turut dimeriahkan dengan kehadiran YB Puan Hee Yit Foong, Timb. Spekaer Dewan Negeri Perak merangkap ADUN DAP Jelapang. Buat pertama kali sambutan yang diberikan amat mengejutkan bila mana hidangan yang disediakan habis tidak sampai sejam dihidangkan. Nyata semakin ramai rakyat yang sudah mulai mesra dengan program Pakatan Rakyat ini. Dari telahan aku sendiri juga faktor lokasi program juga antara penyebab utama sambutan kali ini melebihi jangkaan. Program yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Kg. Temiang itu telah bermula mulai jam 10 pagi dan tamat jam 01 petang. Namun disebabkan makanan yang kehabisan menyebabkan majlis terpaksa ditamatkan sejam lebih awal. Anggaran kehadiran melebih 500 orang. Tahniah aku ucapkan buat Pengarah Program, Sdr. Salman Salleh yang telah berjaya menrealisasikan hasrat PAS Kawasan untuk menjadikan sambutan kali ini lebih grand. Semoga dengan kejayaan ini bakal memberi kekuatan kepada PAS Kawasan untuk bergerak memenangi hati masyarakat Ipoh Timor.

i

dscf31571 dscf31611idscf31621idscf31641idscf31761idscf3189idscf3197idscf3229idscf31961idscf3216idscf3269idscf3187idscf3181 dscf3186Idscf31771Idscf3194Idscf3201Idscf3253Idscf32691

i

P/s – gambar akan diseltikan kemudian

i

peNAt LagIK…

November 1, 2008

i

Jumaat 31okt08ke Kedah. Ihtifal PASTI Kebangsaaan 2008 di sana. G ngan bas. Nun nunggu kat Stesen Kamunting. Jenuh. Tapi keja nye pasal, redah je la. Nak wat camne. Dah majoriti pemenang ihtifal negeri aritu dari kawasan utara Perak. Peserta Taiping la yang paling banyak menang. Memang layak sesangat.

Naik bas dr Medan Kidd kul 11 pagi. Kebetulan naik ngan team MGP. Sampai kul 12.30tgahri. Tanya pakcik teksi lokasi masjid. Aduhhh jauh katanya. X pe menapak sket. Dah kwajipan. AlhamduliLLah cuaca x panas. Sambil menapak, terpandang warung yang agak ramai pengunjung. Mungkin sedap. Singgahla test dulu. Selera bebeo makan ikan kembong bakar ngan tea o ais limau. Terus lupa yang aku tpaksa menapak semula ke masjid pastu.

Bertolak kul 3 ptg. Ikut jalan lama ke plaza tol Bukit Merah. Amik peserta nasyid Bagan Serai. Then terus sebelum singgah di R&R Gurun. Makan n solat pada yang belum. Akhirnya sampai di tempat pgram, kediaman rasmi MB Kedah di Seri Mentalon hampir jam 7 ptg. Selesai dijamu, pertandingan dimulakan dengan acara hafazan dan sajak (L) & (P). Balik ke penginapan hampir pukul 10 mlm. Aku ngan geng Perak tido kat villa. Perghhhh nama indah & mewah. Tp besa jek. Ok la jugak dari tido kat kaki lima.

Sabtu 1nov08 program bersambung. Pagi ni acara khutbah, pidato (P), azan, bercerita (L) & (P) dan nasyid. Makan peserta lambat sampai @ x sempat nak masak. AlhamduliLLah berjaya diatasi. Cam biasa, bila program membabitkan jemaah Islam jek mesti tersasar dari jadual asal. Cam dah jadi satu kemestian lak. Ntah bila la nak berubah. Sabo je la.

Akhirnya program bermula sejam dari yang dirancang. Cuaca panas terik. X da tanda² nak ujan. Musim kemarau kot kat A/Setar ni walaupun sebelum nih dlm berita heboh dok kata Kedah dilanda banjir. ALlah merancang dan kita merancang. Makan tghari pulak bermasalah. Pukul 2 masih x nampak bayang bungkus nasiknye. Klu orang besor x pe la jugak, pandai carik makan luar. Ni bebudak yang bertanding nih camna??? Hampir pukul 3 baru sampai makan. Pun x cukup. Aduh…failed betoi Kedah ni. Lastly dapat jugak numpang makan lebihan program yang kebetulan buat kat Sri Mentalon tu. Hentam je la. Aku??? makan luar ngan bos. (Bos???)

Abis program hampir kul 4 ptg. Satu kejutan kontinjen negeri aku menang juara keseluruhan setelah menjadi juara dalam acara bercerita (P), hafazan (P) dan nasyid manakala naib johan bagi acara bercerita (L), hafazan (L), pidato (P) dan khutbah. Satu keputusan di luar dugaan. Terkulat² team S’ngor nengok timb ketua kontinjen aku amik hadiah.

Balik numpang bos (Boss???). Sampai ayo kuning attend Liqa’ jap. Jasad je yg hadir, roh ntah kemana. Keletihan atau kekenyangan, aku pun x pasti yang mana satu hadir dulu. Nyaris TYdp aku dtg. Balik aku numpang dia. Selamat… thanks pada yang sudi membantu. Buat team Ihtifal PASTI Perak, sekalung tahniah buat peserta dan guru yang melatih sehingga berjaya. X lupa juga buat ibu-bapa yang bersemangat hadir memberi sokongan. Salute u all…

i

taMRin dPPn peRak…

September 30, 2008

i

i

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telah mengadakan Tamrin Ramadhan pada 26 & 27 Ramadhan yang lepas. Program yang bermula pada petang Jumaat itu menghimpunkan seluruh kepimpinan pemuda kawasan-kawasan dalam negeri Perak. Ketua Lajnah Tarbiyah DPPN Perak, Ust Mohd Zawawi Hassan dalam ucapannya mengharapkan agar program yang diadakan ini dapat mendidik jiwa para pemimpin pemuda kawasan² ini agar sentiasa mendekatkan diri dengan ALlah SWT. Program tahunan DPPN Perak ini bagaimanapun hanya berjaya menghimpunkan setengah daripada keseluruhan kawasan dalam negeri Perak. Kemungkinan ianya berpunca dari tarikh permulaan cuti sekolah sempena hari raya yang mana ada diantara peserta telah pulang ke kampung halaman.

Program yag dimulai dengan pendaftaran dan berbuka puasa disambung dengan solat maghrib, isyak, terawih dan tadarus Al-Quran. Peserta dibahagikan mengikut kumpulan. Melihatkan kehadiran yang agak kurang, ada kumpulan yang hanya mempunyai dua orang ahli sahaja. Sasaran untuk menghabiskan satu Al-Quran malam tersebut berjaya walaupun ada diantara peserta yang terpaksa membaca 2 juzu’. Program bersambung jam 4 pagi dengan solat malam dan diakhiri solat witir sebelum menikmati juadah sahur. Selepas solat subuh, pengisian tazkirah disampaikan oleh Ust. Wasis, AJK Lajnah Tarbiyah DPPN Perak yang mengantikan Ust Dahlan yang tidak dapat hadir. Program bersambung dengan majlis Khatam Al-Quran dan diakhiri dengan nyanyian lagu rasmi PAS dan bacaan doa wehdah. Program tamat hampir jam 11 pagi. Sekalung tahniah buat DPPK Ipoh Timor yang telah berjaya menghantar peserta paling ramai pada program tersebut. Mudah²an komitmen yang diberikan dibalas dengan sebaik² balasan oleh ALlah SWT.

i

indahnya ukhuwah bila berpandukan iman

pasangan sedondon anak dan ayah

aduhhhh…kenapa x ramai yang datang nih???

i