Mutiara kata…

April 12, 2010

Berkata Imam Syafie r.a :

“Tuntutlah ilmu sebelum kamu menjadi pemimpin, apabila kamu menjadi pemimpin maka tiada ruang untukmu menuntut ilmu”

Wahai saudaraku! Dikau tidak akan dapat menguasai sesuatu ilmu melainkan setelah terhimpun padamu enam perkara :

  1. Kecerdikan
  2. Tamakkan Ilmu
  3. Kesungguhan
  4. Perbelanjaan
  5. Bimbingan Guru
  6. Masa yang panjang

i

Peringatan Jumaat…

December 25, 2009

Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya – pagi dan petang – tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya.”

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kemudian dikatakan kepada masing-masing: “Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat.” Ibn Umar r.a

Huraian

Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu mati, didedahkan kepadanya – pagi dan petang – tempat tinggalnya kelak; sekiranya si mati itu dari ahli Syurga maka Syurgalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai nikmatnya, dan jika ia dari ahli Neraka maka Nerakalah yang didedahkan kepadanya untuk ia merasai azab sengsaranya.”

Nabi s.a.w bersabda lagi: “Kemudian dikatakan kepada masing-masing: “Inilah tempat tinggalmu yang engkau akan dibawa kepadanya pada hari kiamat.” – *sumber Mstar

i