Perutusan Khas…

February 9, 2010

Asalamualaikum dan salam sejahtera

Kepada semua rakyat dan warga Perak, diharap mari kita sama sama berdoa agar Allah SWT menjadikan 5 orang hakim di Mahkamah Persekutauan esok berani dan berlaku adil serta berlaku benar dalam memutuskan kedudukan MB sah bagi negeri Perak.

Doakan agar kemenangan di pihak Pakatan Rakyat kerana inilah kerajaan sah yang dipilih rakyat mengikut lunas demokrasi pilihanraya. Tetapi telah dirampas dengan kejam dan tidak bertamaddun oleh UMNO BN yg di ketuai oleh Dato Najib Tun Razak pada 5 Februari 2009, setahun yang lalu.

Oleh itu bagi semua rakyat Perak yang akan ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 9.30 pagi esok, 9 Feb 2010, sila pastikan memandu dengan cermat dan hati2 di Lebuh Raya masa pergi dan balik. Pastikan kenderaan cukup minyak, ada cukai jalan/roadtax dan lesen memandu yang sah dan ada air sembahyang. Berdoa dan berzikir munajat disepanjang perjalanan agar Allah membantu kita bagi menyelesaikan kemelut perlembagaan negeri Perak serta keamanan negeri yang kita cinta ini.

Jangan berperangai ganas dan tidak sopan. Sebaliknya tunjukkan sikap beradab dan sopan santun disepanjang perjalanan serta diperkarangan Mahkamah. Tiada mengeluarkan kata kata kesat dan nista serta berunsur provokasi. Jadikan ini suatu ibadat jihad peringkat tertinggi agar kita mendapat berkat dan sentiasa dalam naungan Allah SWT.

Taqdir Allah memenangkan PR, maka kita sujud syukur dimana2 ruang yang ada di Mahkamah nanti. Sementara itu elok jika diteruskan solat hajat di luar perkarangan Mahkamah selagi tidak menghalangi laluan trafik dsbnya.

Ingat! jangan ada yang provokasi sbb ini akan menimbulkan suasana tegang. InshaAllah kita akan cadang untuk berkumpul berceramah di Ipoh bagi mengumumkan keputusan kepada semua rakyat jelata di Perak bersama2 semua pimpinan dan ADUN PR. Ingat! Ikut peraturan dan arahan pasukan keselamatan Polis!

Akhir sekali terima kasih kepada semua rakyat khususnya warga Perak segenap lapisan, kaum dan agama yang telah mendoakan secara berterusan demi kemenangan keadilan dan kebenaran di Perak inshaAllah. Bagi kaum tionghua selamat tahun baru Cina, Kung Xi Faa Cai.

Nasruminallahi wa fathun qariib! (Pertolongan dari Allah dan kemenangan yang hampir)

Hidup Hidup…Hidup Rakyat ! Bubar Bubar…Bubar DUN Perak!

ALlahuakbar…ALlahuakbar…ALlahuakbar

Wasalam!

Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar Jamaluddin

i

Ujian buatmu pejuang…

January 7, 2010

N155. Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu Dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. dan berilah khabar gembira kepada orang-orang Yang sabar:

156. (Iaitu) orang-orang Yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya Kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah Kami kembali.”Al-Baqarah 155 – 156

i

1. Alif, Laam, Miim.

2. Patutkah manusia menyangka Bahawa mereka akan dibiarkan Dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)?

3. dan Demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang Yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian Yang demikian), nyata apa Yang diketahui Allah tentang orang-orang Yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa Yang diketahuiNya tentang orang-orang Yang berdustaAl-‘Ankabut 1 – 3

i

Read the rest of this entry »

Dah jumpa senjata…

July 29, 2009

..

Nin diaaa.. senjata terkini buat ADUN Pakatan Rakyat berhadapan dengan ugutan SPRM telah dijumpai. Mudah jek, ugut letak jawatan jadi ADUN tu. InsyaALlah x lama kemudian hangpa akan dapat jawapan yang anda didapati tidak bersalah. Bukti dah ada di bawah ni.

i

ADUN Jawi bebas dakwaan salah guna kuasa

PULAU PINANG: Siasatan mengenai dakwaan salah guna kuasa melibatkan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jawi Tan Beng Huat selesai setelah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati tiada keterangan untuk pendakwaan.

Tan berkata beliau menerima surat bertarikh 23 Julai daripada SPRM yang menyatakan kes itu ditutup.

“Saya akan buat permohonan kepada Ketua Menteri (Lim Guan Eng) untuk mendapatkan kembali surat peletakan jawatan saya yang tidak bertarikh yang saya hantar tempoh hari,” katanya kepada pemberita di ini, hari ini.

Berita selanjutnya di Mstar

i

TAKBURRR sesangat …

July 25, 2009

BAHAN LUCAH DALAM E-BOOK

KUALA TERENGGANUSekumpulan murid Tahun Lima sebuah sekolah di Terengganu membuktikan mereka telah ‘celik IT’ apabila menggunakan komputer mini atau e-Book yang diedarkan oleh kerajaan negeri untuk menyimpan dan menonton bahan lucah.

Setakat ini 12 murid dari sebuah sekolah kebangsaan di Gong Badak telah dikesan menyalahgunakan komputer tersebut yang pada asalnya bertujuan menjadi pengganti kepada buku teks sekolah.

Ada di antara murid itu cuba mengelak daripada dikenakan tindakan dengan mendakwa ia perbuatan abang mereka.

Namun, kesannya bukan sahaja komputer itu dirampas tetapi lebih teruk mereka berhadapan dengan kemungkinan dibuang sekolah.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman mengesahkan perkara itu dengan berkata, e-Book milik kesemua murid itu telah dirampas hasil pemeriksaan mengejut guru sekolah berkenaan baru-baru ini.

“Ini masalah yang serius kerana perbuatan membawa bahan lucah ke sekolah boleh mengakibatkan murid-murid itu dibuang sekolah,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

*sumber Kosmo

Kah kah kah… Dulu kecoh satu dunia kata negeri dia lah yang gunakan tekknologi paling canggih dalam aplikasi pembelajaran. Budak bawah umoq dah kasi E-book. Depa ingat budak skang nih cam budak dedulu. Jahat budak skang nih lebih advance dari bebudak dulu weh oiii… Budak dulu abis jahat pun g nangkap ikan laga kat paya. Budak skang nih??? Tgk citer lucah guna E-book… Kah kah kah. Advance advance.

La nih nampak gayanya Jabatan Pendidikan negeri kene tarik balik la penggunaan E-book kat skolah¬≤ trengganu tuh. Sian kat budak, trpaksa jadi eksperimen. Yang untung sapa? Supplier E-book la beb. Yang bertuah sapa? Bebudak yang tengok cite lucah tu la. Hak hak hak… Belum pun terlaksana pendidikan seks kat skolah menengah, bebudak skolah rendah lagik awai blajaq buat seks. Hancoq bebudak la nih….

i

p/s- Jangan lak pasnih JPN Terengganu umumkan hasil kejayaan penggunaan E-book ini dengan meningkatanya kelahiran anak haram oleh pelajar¬≤ perempuan sekolah rendah tu. Haru wehhhh…

i

Tahniah DPPP…

May 26, 2009

Tiga jawatan utama Dewan Pemuda PAS Pusat hari ini menyaksikan masing-masing calon menang tanpa bertanding. Ust Nasruddin Tantawi telah memenangi jawatan tersebut yang diputuskan secara syura walaupun sebelum ini terdapatnya ura-ura bekas Ketua Pemuda Kelantan, YB Zaki akan mencabar beliau bagi jawatan tersebut.

Bagi jawatan Timbalan Ketua Pemuda pula diisi oleh Azman Syafawi manakala jawatan Naib Ketua Pemudanya ialah Sabki Yusof.

Aku mengambil kesempatan mengucapkan takziah di atas perlantikan Ust. Din. Moga pemuda PAS akan lebih unggul dalam mendepani permasalahan ummah di bawah kepimpinan ust, insyaALlah.

i

Hot!!!

May 14, 2009

Satu kenyataan media dan laporan polis telah dibuat oleh Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat berhubung salah laku ADUN Sg. Rapat, Hamidah Othman yang dikaitkan terlibat dengan kumpulan samseng Melayu. Hamidah didakwa mengarahkan laporan polis yang dibuat oleh mangsa ditarik balik dan kes berkenaan ditutup. Berikutan dengan arahan itu, 4 laporan polis juga telah dibuat membantah salah laku ADUN berkenaan dan juga pegawai penyiasat yang ditugaskan menyiasat kes ini.

Disertakan kenyataan media dan laporan polis berkaitan kes semalam di bawah ini untuk pengetahuan anda.

Panas panas panassssss!!!

i

Kenyataan Media 1

Kenyataan Media 1

Kenyataan Media 2

Kenyataan Media 2

Report Polis 1

Report Polis 1

Report Polis 2

Report Polis 2

Report Polis 3

Report Polis 3

Report Polis 4

Report Polis 4

i

saH

February 4, 2009

Terkini

Menurut satu sumber yang aku dapat, kerajaan Pakatan Rakyat masih terus menerajui pemerintahan negeri sehingga mendapat perkenan sultan. Walaupun mendapat cukup ADUN untuk memerintah negeri, BN masih belum boleh memerintah sehingga sidang tergempar DUN dipanggil. Menurut sumber tersebut, sekiranya sidang tergempar DUN dipanggil, ada kemungkinan kedua-dua ADUN PKR yang menjadi ahli Bebas tidak dibenarkan masuk menyertai sidang tergempar DUN nanti.

Berita pembubaran DUN masih belum disahkan. Menteri Besar Perak masih belum pulang ke Ipoh. Kecoh, BN sudah membuat pengumuman membentuk kerajaan baru. Masih belum disahkan kesahihannya juga. Harap bersabar dan terus berdoa agar kerajaan Pakatan Rakyat Perak bertahan.

Berita yang dikeluarkan sebentar tadi mengesahkan DUN Negeri Perak telah dibubarkan.

i