PEMBERITAHUAN…

April 3, 2010

I

Sekalung tahniah…

March 15, 2010

power beb

i

AlhamduliLLah Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor telah berjaya mengadakan jambori AMALnya bertempat di Kem Hanifa (kebun Pak Kholil), Gopeng pada sabtu dan ahad yang lepas. Oleh kerana kawasan Ipoh Timor merupakan kawasan yang amat maju, maka tidak kelihatan sebarang anak sungai yang dapat kami gunakan untuk tujuan murni tersebut. Maka satu keputusan diambil untuk meminjam tempat kawasan parlimen bersebelahan, mudah-mudahan kawasan parlimen tersebut jua berpahala hasil dari kerja baik yang kami lakukan ini, isnyaALlah.

Pendaftaran yang bermula seawal jam 2 petang Sabtu tersebut berjalan dengan lancar sehinggakan tapak kawasan jambori tersebut buat pertama kalinya menerima limpahan kereta² mewah, semestinya dimiliki pemuda kawasan yang rata-ratanya kaya raya walaupun tidak pernah mendapat sebarang konsesi balak dari pemerintah sebelum ini. Berbagai aktiviti yang dijalankan bagi memuaskan nafsu para peserta yang mencecah hampir 30 orang itu berusia seawal 12 tahun hingga mencecah 40 tahun itu. Program kali ini juga telah menarik minat 2 anggota AMAL veteran yang menawarkan diri sebagai chef menyediakan keperluan perut kami.

Aktiviti dimulai dengan solat asar berjemaah, sesi ta’aruf sesama peserta, pembahagian kumpulan, menaikkan khemah, solat dan kuliah maghrib, isyak berjemaah, demonstrasi bantuan kecemasan, persembahan nasyid menggunakan alat percussion dari bahan terbuang sebelum xtvt utama iaitu tido. Xtvt disambung awal pagi dimulai  qiammullail, solat dan kuliah subuh, senaman dan regangan badan dan permainan paintball bajet. Program berakhir dengan solat zohor berjemaah petang ahad tersebut.

Menurut pengarah program, saudara Fadhil Amran, walaupun dikhabarkan program yang sama turut berlansung di peringkat negeri di Tasik Banding, Gerik, namun ianya terpaksa diteruskan memandangkan kelewatan pemakluman program dari pihak Amal Negeri. Tempahan tempat program juga telahpun dibayar awal, bagi mengelakkan ianya dibatalkan oleh pihak tuan tanah kerana kawasan program tersebut termasuk dalam kategori kawasan ‘panas’ buat para pencinta xtvt ‘outdoor’ setiap minggu.

Justeru seharusnya pihak AMAL negeri memahami akan keperluan pihak DPPK Ipoh Timor melakukan sembah derhaka buat program kali ini, dan sekiranya rekod cemerlang penglibatan Unit AMAL kawasan Ipoh Timor dalam pelbagai program unit AMAL peringkat negeri sebelum² ini diambil kira, maka sudah semestinya pihak AMAL negeri berlapang dada dengan kekhilafan tersebut.

Sehubungan itu, aku menyeru pembaca blog ini yang duduk dalam kawasan Parlimen Ipoh Timor agar bersama-sama kami ataupun menyumbang anak-anak kepada kami supaya kami dapat memanfaatkan tenaga ini untuk kegunaan perjuangan Islam. Akhir kata, salute aku buat pengarah dan timb. pengarah program, saf pimpinan DPPKIT dan buat seluruh peserta yang terbabit menjayakan program kali ini. Mudah-mudahan kerja baik kalian akan diangkat ALlah sebagai amal soleh.

Beramal ikhlas kerana ALlah…

i

p/s-pautan untuk sumber asal di DPPKIT.com

i

Semalam…

July 10, 2009

WEB PEMUDA KAWASAN

Sambil menanti teduhnya hujan petang semalam, aku mengambil peluang memanaskan diri dalam cuaca yang agak sejuk itu dengan sekeping roti canai banjir dan secawan teh tarik. Tidaklah kutahu adakah roti canai yang ku makan itu berpenunggu seperti mana kubaca dalam kisah wak banjar di sini dan sambungannya di sini aritu. Harapnya jika ada pun segala sihir yang melekat pada roti mamak tersebut, aku pohon dijauhkan Allah dari segala kemudaratan yang boleh menimpa diriku ini. InsyaALlah kalau tidak di awal, mahupun pertengahan ataupun pada babak akhir, insyaALlah aku tidak lupa menyertakan doa makan yang kuhafal semenjak menjadi ‘student’ di Tadika Islam Al-Aziziah dahulu. AlhamduliLLah aku memanjangkan pahala mu’allimah yang mengajar aku ketika itu.

AlhamduliLLah juga, Allah mempertemukan aku kembali dengan seorang kawan yang agak lama aku x jumpa disitu. Isa, kawanku itu dahulunya pernah bekerja dibawah satu bumbung denganku di Ban Hin Lee Bank, cawangan Jalan Kampar. Bagi yang baru, mungkin sudah tidak tahu akan kewujudan bank tersebut. Ianya terletak di bangunan Plaza Teh Ten Seng, di bawah Botly Securities, syarikat broker saham ketika itu ( sekarang dikenali TA Securities). Dia dahulunya merupakan Head of Credit dalam bank tersebut. Aku? Peon aje. Masa tu keje peon bank pun glemer. Antara kesemua jenis peon-peon yang ada, peon bank lah yang paling glemer. Sampai ada jugak kawan peon bank aku mampu pakai kereta, simbol kemewahan buat taraf pekerja serupa aku time tu. Berlainan dgn situasinya sekarang ini. Banyak² keje, keje bankla yg paling x selamat. Asyik nak kene berenti jek. Benarlah kata pepatah, dunia dah berubah, zaman dh maju.

Read the rest of this entry »

upDate…

December 26, 2008

….

06.05 ptg

AlhamduliLLah buku cenderamata sudah selesai.Helaan nafas Zul jelas amat kedengarannya. Bersyukur kerana ALlah membantu menyudahkan urusannya. Tika ini sms telah beredar dikalangan ajk program menyuruh hadir ke venue tepat jam 06.30 ptg tanpa alasan. Aku masih di pejabat. Yang lain aku pasti sedang bertungkus lumus menyiapkan persiapan akhir program. Jihad syeikhhhh…

Pasni nak balik gosok baju batik dan mengambil penasyid di pasir puteh. Lagi skali aku mohon agar suma perjalanan majlis ini nanti diredhai dan dipermudahkan ALlah. Jumpa di sana insyaALlah.

12.16 tghari

Zul masih sibuk menguruskan urusan buku cenderamatanya. Semalam pengarah mmberi komen dalam blog aku. AlhamduliLLah rupanye banyak keje yang dia dah setel. Maaflah aku x perasan. Yang aku perasan, aku je yang x banyak buat keje. Cumanya sian jugak aku kat dia. Dah mcm buat keje lone ranger jek sedangkan ajk persiapan telah diberi peranan dan tugas masing2. Mungkin sumanyer x bergerak termasuk aku. Hahaha…

Pukul 3 , rehearsal akan dijalankan. Aku harapkan semuanya berjalan lancar. Harap sahabat2 yang berkesempatan dapat turun membantu…

p/s – pengarah kena banyakkan bersabar naa

finaL cOuntDown…

December 25, 2008

Arinih aku kepejabat walaupun sebenarnya bercuti sempena Hari Lahir Ketua Pemuda aku yang ke-33. Cuma nak jadi kebetulan Hari Natal pun jatuh arinih. Kiranya Hari Natal ni numpang tui KP aku la. Esok satu majlis besar akan berlangsung di tempat aku. Program Majlis Makan Malam & Pelancaran Tabung Pemuda Perihatin DPPK Ipoh Timor. Seperti yang telah aku iklankan dalam blog aku ni, majlis tersebut akan dihadiri oleh YAB MB Perak bersama isteri tercinta.

Tika ini Zul dan Pak Jan ngah bertungkus lumus menyiapkan buku cenderamata. Aku tidak merancang untuk kesini sebenarnya tapi terpaksa mengubah fikiran setelah niat awalnya untuk menjadi penanggah di kenduri kawin anak saudara sahabat aku terpaksa dibatalkan bilasaja terdengar alunan irama dangdut yang galak dimainkan. Jadi bagi mengelakkan fitnah kebersamaan aku dimajlis tersebut, aku terpaksa meninggalkannya walaupun pernah juga menjadi antara penggemar irama ini suatu waktu dahulu. Maafkan aku sahabat…

Memang situasi pejabat aku umpama sarang kucing nak beranak. Agak bersepah. Seolah-olah ianya membayangkan keadaan penuh kritikal yang dilalui oleh sahabatku ini. Senyum semakin payah terukir menambahkan lagi kepanasan pejabat aku tu. Laaa padan arr panas. X pasang ekon. Pak Jan demam katanya. X leh nak bersejuk. Mungkin demam rindu pada buah hatinya. Ditambah dengan kehadiran fatwa Ust. Faisal berkenaan sms dengan buah hatinya, maka mungkin ianya sedikit sebanyak menambahkan lagi penderitaan hidupnya. Mudah-mudahan ALlah memudahkan urusannya.

Pengarah??? X mandang muka. Ditinggalkan kerja pada anak buah dan membuat kerja lain. Aku pun x tau mana satu keutamaannya ketika ini. Nak kata x da ilmu, memacam program wacana ilmu dah dihadiri. Sian aku kat mereka berdua nih. Pas Pak Jan mandi, aku ajak g makan. Barula terpamer sedikit wajah kelegaan. Mungkin kerna terlalu memikirkan amanah yang telah diberi menyebabkan mereka berdua terlupa untuk menunaikan amanah terhadap perut mereka. Hebattt…

Berita sedih yang baru diterima, seorang jemaah PAS cawangan Tmn Cempaka telah kembali kerahmatuLlah. DariMu kami datang dan kepadaMu jua kami kembali. Mudah-mudahan roh beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Aminnnn…

Akhirnya cuma doa kalian aku pohon agar majlis tersebut berjalan dengan lancar tanpa berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini. Moga keberkatan ALlah kami perolehi pada majlis makan malam esok insyaALlah. Terus bergerak wahai pemuda Ipoh Timor. Syabas dan tahniah dari aku.


tanDa…

December 19, 2008

i

tc1

i

Hari ini aku menemani KP, sdr. Salman Saleh ke Taman Cempaka. Isu yang agak hangat ketika ini ialah apabila YB Taman Canning, Sdr. Wong yang juga merupakan Ketua DAPSY Perak menaikkan papan tanda pelbagai bahasa.  Sememangnya media telah diberitahu untuk hadir ke tempat yang diperkatakan. Jadi untuk menunjukkan semangat kebersamaan Pakatan Rakyat, Pemuda PAS Kawasan aku turun memberikan sokongan moral kepadanya. Seminggu yang lepas  UMNO Ipoh Timor dikatakan akan mengadakan demonstrasi membantah kewujudan papan tanda pelbagai bahasa ini selepas solat Jumaat di Masjid Sultan Azlan Shah. Tetapi menurut  maklumat ianya dibatalkan. Kemungkinan menghormati saranan pihak polis ataupun korum x brape nak cukup. Walaupun aku lebih selesa memilih alasan yang kedua tu. Aku juga dah berangan-angan nak melihat jaguh Melayu yang paling laris sekarang ini, Dr Maamor untuk hadir berdemonstrasi disitu. Malangnya ianya x menjadi kenyataan. Mungkin beliau tidak melihat kepentingan politiknya untuk hadir di event yang kecil seperti itu. Aku doakan dia terselit menjadi calon pilihanraya umum @ kecil bagi mewakili UMNO Be End pada masa-masa akan datang supaya suara kemelayuannya dapat diperdengarkan samada di Dewan Rakyat mahupun Dewan Undangan Negeri. Berikut disertakan kenyataan media dari Dewan pemuda PAS Kawasan Ipoh Timor berkaitan isu papan tanda pelbagai bahasa dan gambar sekitar peristiwa yang berlaku pagi tadi. WALlahua’lam.

i

Kenyataan Media (19 Disember 2008)

PAPAN TANDA PELBAGAI BAHASA; TULISAN JAWI TELAH DIMARTABATKAN SEMULA

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) setelah mendapat penjelasan berhubung isu papan tanda dengan ini menyokong usaha murni yang telah dilakukan oleh Yang Berhormat (YB) Wong Kah Woh, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Canning dan pihak swasta yang menaja untuk meletak papan tanda pelbagai bahasa di Taman Cempaka, Ipoh ini.

Kami merasakan dengan kewujudan papan tanda pelbagai bahasa ini dapat membantu memartabatkan kembali tulisan jawi setelah sekian lama dipinggirkan oleh kerajaan negeri mahupun kerajaan pusat. Sedikit sebanyak ianya dilihat membantu menyedarkan kembali penduduk setempat akan peranan tulisan jawi didalam pengamalan agama dan budaya kaum Melayu. Secara tidak langsung ia juga akan dapat membantu membina keharmonian antara kaum di kawasan ini.

Kami juga berpendapat sekiranya benar ada pihak yang ingin menjadi jaguh mempertahankan penggunaan bahasa kebangsaan ini, seharusnya mereka terlebih dahulu menyelesaikan isu penggunaan bahasa kebangsaan sepenuhnya didalam mahkamah seperti yang pernah disentuh oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dalam akhbar Utusan bertarikh 7 Disember 2008 yang menyatakan penggunaan bahasa di mahkamah tidak sempurna kerana bercampur antara bahasa kebangsaan dan bahasa Inggeris umpama sekerat ular, sekerat belut.

Akhirnya kami mengharapkan usaha ini dijadikan contoh pelbagai pihak untuk sama-sama berusaha membina keharmonian pelbagai kaum yang berada di negeri Perak yang kita cintai ini. Kami mengharapkan jangan ada mana-mana pihak cuba mengganggu gugat dengan menjadikan isu perkauman sebagai senjata yang akan menyebabkan pergaduhan kaum di negeri ini. Agama Islam juga menekankan supaya kita menghormati agama dan bangsa-bangsa lain seperti yang diajar oleh Al-Quran.

Besarlah harapan DPPK IT agar semua pihak dapat memelihara dan mempertahankan keharmonian dalam negeri ini.

SALMAN HAJI SALEH

Ketua,

Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur.

i

tc2itc6itc61itc4

yaNg terTinGGaL…

December 10, 2008

i

team pemuda Ipoh Timor

team pemuda Ipoh Timor

i

mUSti rAjin…

October 10, 2008

i

“Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka yang bersifat demikian ialah orang-orang yang berjaya.” – Surah Ali ‘Imran : 104
i

AlhamduliLLah semalam pemuda kawasan aku mengadakan usrah. Syukurlah pengisian rohani bagi kami yang amat kurang ilmu ini tetap terus berjalan walaupun suasana sambutan ‘Aidilfitri masih terasa. Bertuahnya duk di Ipoh Timor nih. Kawasan lain pun mungkin sama keadaannya dengan kawasan aku, ataupun makin hebat. Cuma jgn makin teruk dah la. Kawasan aku nih antara kawasan yang paling x berpotensi untuk menyuburkan gerakan dakwah di Perak ni, bagi pandangan sesetengah insan la. Mungkin pendapatnya sesuai dikaitkan dengan pendapat nafsu. Bagi aku, walau duduk dikawasan mana pun, urusan dakwah dan tarbiyah tetap kena jalan. RasuluLLah SAW dah perturunkan segala kisah hidupnya kepada kita untuk dijadikan bacaan dan pengajaran. Sapa sangka bumi Makkah akan subur dengan dakwah Islamiyah ketika nabi mula² mendapat wahyu dari ALlah SWT dahulu. Barangkali Ipoh Timor, kawasan aku ni jugak berpotensi menjadi seperti Makkah itu. Usaha yang patut didahulukan, tawakkalnya kemudian. Bercakap berdasarkan ilmu dan iman, bukan dengan nafsu dan perut yang kenyang.

Aduhhh…membebel plak

Sambung cite…

Program brmula awal coz agak ramai pemuda kawasan yang mulai berpuasa sunat 6 Syawal. So agenda iftar jama’ie diberi keutamaan. Hanya kami berlima saja yang berbuka di markaz PAS kawasan, tempat usrah diadakan. Salman, zul, syeikh, ust Yop dan aku. Yang lain mungkin sibuk dengan urusan sendiri, atau ada yang masih belum habis dengan urusan kerja.  Xpela, dulukan yang mana patut didulukan. Walau berlima, tapi juadahnya cam 50 org makan. Haha, sms s/u pemuda nyer pasal la nih. Arahan bawak juadah memasing. Dah bawak, kumpul² jadik menimbun lak. Xpe, rezeki pas terawih kang la (igt bln Ramadhan ke). Usai iftar, bersolat jemaah maghrib diimami ust. Yop. Nyaris kali ni x bwk surah panjang. Mungkin nak mengejar waktu. Zikir ma’thurat dialunkan selepas itu. Sket demi sket ruang dipenuhi. Selesai sunat rawatib, menyusul bacaan ayat suci. Sorang 2 ayat dah cukup. Bagi yang dah lancar, mungkin rasa terlalu sikit, tapi berlawanan dgn yang masih merangkak. Rasa cam nak lari pun ada. Nyaris pintu kuar dah kena pagar. Hehe…

Sambung kemudiannya dengan buku Penyakit Umat Islam karangan Dr. Sayyid Muhammad Noh. Buku yang amat bagus buat kalian membacanya. Nampak apa yang tercatat dalam buku itu berlaku dikalangan kita, orang yang mengaku nak berjuang dijalan ALlah ni. Bekas naqib aku pun sama. Ustaz² yg join usrah pemuda kawasan aku pun tumpas. Mudah²an ianya x berjangkit pada aku dan mereka². Bak kata Ust Yussaini dalam blognya :

“Salah satu cara mensyukuri nikmat ini adalah mencintai perjuangan Islam dan jemaah ini dengan sepenuh hati dan jiwa raga

Naqib malam tadi jatuh pada giliran Zul. Kembarnya si Mizan x datang lak. Mizan lain lak yang dtg. Mungkin sdg menantikan detik² indah menjadi ehem ehem…. Mudah²an nikmat yang ALlah beri kat dia, x membuatkan dia jauh dari jemaah hendaknya insyaALlah.

AlhamduliLLah dah tamat bab ke 3 : ‘Isti’jal. Pasnih nak masuk tajuk ke 4 : Uzlah. Kalau diamat-amati, memang kupasan dalam kitab ni tuju terus ke diri kita. Sama ada sedar atau dibawah sedar je. Aku suggest yang belum baca belilah buku nih. Sungguh bagus. Akunye pemuda pun dah hampir 4 tahun berusrah bersama baru abiskan tajuk ke-3. Setelah ditop-up skit sorg, pgram ditamatkan awal kerana ada mesyuarat pramajlis sambutan ‘Aidilfitri PAS Kawasan Ipoh Timor selepas itu. Dengan kehadiran pemuda seramai 15 orang, mudah² ianya mampu menjadi al-Hawriyyun.

“Seseorang yang mendakwa dia mencintai ALlah SWT, sudah pasti dia akan mencintai apa yang dicintai ALlah SWT”

i