wELcome to da CLub…
January 18, 2009
…
Update 2.34 a.m
Berita terbaru yang didengar, budak-budak bermotor yang membawa bersama bendera PAS telah ditahan polis trafik dan telah dibawa ke balai polis berdekatan.
Update 12.08 a.m
Ketika ini rumah calon Be Eng, Wang Farid dikawalrapi oleh para FRU. Mungkin mengandaikan perkara yang sama akan terjadi sepertimana ketika Terengganu menang tahun 1999 dahulu. Tahniah kepada FRU terbabit. Mengutamakan kepentingan keselamatan seorang rakyat yang membayar cukai. Budak-budak muda bermotor mahupun berkereta sedang riang meronda kesana-sini membawa bendera PAS. Kelihatan makcik-makcik tua turut sama bersemangat mengibarkan bendera PAS ditepi-tepi jalan. SubhanALlah, satu fenomena yang amat merujakan buat aku yang pertama kali melihatnya seperti ini di sini.
…
AlhamduliLLah keputusan pilihanraya kecil P036 Kuala Terengganu telah diketahui. PAS melalui calonnya Hj Mohd Abdul Wahid Endut telah berjaya memenangi PRK 036 KT mengalahkan calon Be End Wang Farid dengan majoriti 2631 undi. Hj. Mohd Abdul Wahid Endut mendapat 32,883 undi manakala Wang Farid mendapat 30,252 undi. Sementara itu, seorang lagi calon yang bertanding sebagai calon bebas, Azharudin Mamat @ Adam bagai yang diduga pula hanya mendapat 193 undi.
Tahniah diatas jasa para petugas yang mencurahkan seluruh keringat mereka dalam membantu kemenangan PAS di Kuala Ganu ini. Ini membuktikan semangat jihad memang tidak pernah terpadam dalam diri petugas kita. Buat pengundi Kuala Ganu, sudah bersiap sediakah anda untuk hidup dalam kemunduran apabila semua pembangunan yang telah diluluskan untuk Parlimen Kuala Ganu ini dialihkan ke Kemaman sebagaimana yang telah diugut oleh MB Ganu, Ahmad Said andai Be End kalah di Kuala Ganu ini?
Apapun tahniah buat pengundi Kuala Ganu.Takziah buat Kery Jeng. Ini menjadi bukti bahawa UMNO Be Eng lah yang Doh Rok Chetong.

ALlahuakbar

Palimen...aku datang

kami menang

alhamduliLLah ALlah maha besar
i
January 20, 2009 at 12:31 pm
Tahniah Yop !
Jumpe lagi