HARAM sana sini…

July 27, 2010

Haha… 1st 4 ol, posting nih x de kait mengait ngan TAN SRI HARUS sani. Dia masih mengekalkan keharusannya. So kalau ada sesapa yang terasa hati dengan perkataan HARAM, sila mohon kepada Dewan Bahasa dan Pustaka agar dapat mengeluarkan perkataan itu dalam simpanan kamus.

Isu perpaduan bergema kembali. Pimpinan PAS masih seperti dahulu, terlalu rajin melayani isu ini. Pihak yang masih berkepentingan dalam PAS Recond masih mengharapkan ihsan sang Presiden agar turut memainkan sama isu ini. Biar mudah mereka meneruskan kembali siri menghentamnya. Bila mau matang nih beb.

Isu kenaikan 5 harga barang? Minyak petrol? Gula? Tepung? Gas? Tidak ramai yang mahu memperkatakannya lagik. Biarlah minyak naik asalkan mereka itu tidak naik minyak. Pada mereka isu perpaduan Melayu lebih besar untuk diperkatakan.

Mahu tidak mahu kita terpaksa akui jalan untuk ke Putrajaya memang sudah kita nampak. Jelas dihadapan mata. Tetapi jangan menganggapnya kerja enteng. Jangan terkejut andai peristiwa 13 Mei akan berulang. Buktinya? UMngokco mulai menggerakkan psywar dengan menggunakan suara ultra Melayu melalui PERKASA. Mungkin sekarang ianya dilihat tidak selari, tapi percayalah lama kelamaan itu jugalah wadah yang akan digunakan oleh pemimpin UMngokco untuk mendapatkan kembali kuasa pemerintahan yang telah terlepas nanti.

Pernahkah anda mendengar Najib menghentam PERKASA? Pernahkah anda mendengar Muhyiddin memaki PERKASA? dan pernahkah juga anda mendengar Hishamsiah Aww yang menggertak PERKASA dengan ISA? Cuma Khairy Jamaluddin mungkin yang agak kontra dengan PERKASA ini. Tapi suara Ketua Pemuda itu agak longgar untuk didengar. Suara orang yang memerlukan publisiti dalam meneruskan kelangsungan politiknya barangkali.

Kita??? Masih sedap berdendang dengan Perpaduan kononnya.

Tahniah Tan Sri Harus sani. Fakta mengatakan beliau pernah menjadi agen Special Branch sebelum menjadi mufti. Ataupun tugas itu masih kekal sehingga kini dengan title mufti hanya dijadikan alat mengelabui mata rakyat, wALlahua’lam. Tidak mengapa, ALlah lebih mengetahui niat ‘ikhlas’ mu itu. Umur yang sebegini, agaknya tidaklah terlalu sukar untuk meneka pengakhiran hidupnya nanti. Anda agak bagaimana pula?

i

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: