Panas!!! Ribuan melayu bangkit…

May 12, 2011

Sekonyong-konyong 2-3 hari ini keadaan negara begitu panas. Bukan hanya berkaitan dengan cuaca, tetapi juga dengan pelaku politik dan pengamal media songsang yg hanya mementingkan kuasa lebih daripada tugas yg sepatut dimainkannya dalam berperanan menjaga keharmonian kaum.

Mereka bertempik merekalah jaguh perpaduan sehinggakan tidak pernah terjadi dalam sejarah negara selepas dari peristiwa 13 Mei dahulu, parti yang dikatakan mewakili kaum Melayu terbesar dalam dunia, UMporno mempelawa PAS untuk bergabung dengannya dalam kerajaan perpaduan.

Amatlah memalukan buat anak bangsa yang akan mengkaji sejarah besar tersebut selepas daripada ini untuk mengetahui kenapa pelawaan ini ditolak oleh pihak PAS.

Hari ini dengan nama semangat Melayu yang ingin melihat agama Islam yang sekian lama dianuti sekalipun tidak diamalkan oleh puak UMporno ini kekal menjadi agama rasmi, mereka mula melaungkan kekhuatiran tindak balas penganut agama lain yang berusaha menyaingi kedudukan agama Islam dalam perlembagaan negara.

Lantas peluang itu diambil sebaik mungkin oleh Utusan Meloya dengan mengeluarkan tajuk sensasi yang sememangnya cukup kuat menarik kaum Melayu melatah. Tidak pernah sekalipun akhbar Utusan Meloya ini memberikan ruang yg hampir adil kepada Pakatan Rakyat mahupun agama lain dalam laporan akhbarnya.

Sungguhpun dimiliki secara total oleh parti pemerintah, sewajibnya pihak pengurusan akhbar tersebut tidak memainkan isu sensitif ini. Namun betul sangatkan ahli UMporno ini begitu sayangkan agama mereka ini???

Menurut laporan Malaysiakini di sini [link] menyatakan parti yang mempunyai keahlian lebih 3 juta orang dan mengaku begitu sayangkan agama Islam itu HANYA MAMPU MENARIK 100 ORANG SAHAJA KE MAJLIS FORUM AGAMA YANG DIANJURKAN DI PEJABAT PARTINYA SEMALAM.

Ya tuan-tuan, hanya 100 orang sahaja yang berminat dengan program keagamaan anjuran UMporno ini. Jadi benarkah mereka ini begitu sayangkan agama Islam yang suci ini?

Xkanla hanya 100 orang dari 3 juta ahli sahaja yg berminat hadir ke forum agama ini? Adakah ketua-ketua bahagian UMporno sekitar WP dan S’ngor tidak mampu menggerakkan ahli-ahlinya ke majlis tersebut?

AlhamduliLLah ALlah telah membuktikan segala-galanya.  Yang mana benar yang mana sandiwara. Jelas teramat jelas. Umporno dulu, kini dan selama-lamanya penipu rakyat.

So pada yang masih takjub bahawa UMporno ini perwira agama, lupakan saja. Bandingkan sahaja kehadiran pengunjung ke program hiburan dengan program keagamaan yg dianjurkannya. Pasti anda dapat mengagak jawapannya.

Dimana ada UMporno, disitu ada klip video lucah…

i

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: