Selamat maju jaya…

May 4, 2011

AlhamduliLLah Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Perak telahpun selesai. Seperti yang dijangka, kelompok ‘agamawan’ terus kekal memacu perjuangan pemuda dengan mengekalkan kerusi Ketua Pemuda dan menang Naib Ketua, manakala hampir 90% kerusi AJK juga dimonopoli oleh kelompok tersebut. Kalaupun yang ada mewakili proffesional, ianya dimenangi tanpa ada pertandingan melalui Ku Is, yg juga merupakan Ydp paling muda dalam Perak ketika ini.

Zahirnya pada aku, fenomena inilah yang paling sedap diulas oleh blogger seperti aku. Dengan sedikit serbuk perencah dan penambah perisa, maka berita mengaitkan pertelagahan antara dua kelompok ini paling mudah mencuit minda pembaca. Nampak agak mudah membina persepsi.

Tinggalkan seketika persoalan remeh kegemaran media hancing negara ini. Pastinya ada benda yang lebih menarik untuk dibincangkan hasil dari keputusan penuh muktamar tempohari. Persoalan hala tuju perjuangan anak muda selepas daripada ini bagi menghadapi musuh nombor satu negara, UMporno.

Itulah yang selayaknya dibincang lebih dari kemenangan tipis Ketua Pemuda kepada lawannya itu. Masing-masing mempunyai hujah untuk memilih calon yang bertanding. Sudah tentu juga ianya dipandu oleh akal yang waras hasil pentarbiayahan yang begitu lama berjalan secara tersusun.

Apa yang kita mahu ialah bagaimana kepimpinan baru DPPN Perak ini dapat merangka satu yang lebih teratur dan jitu dalam usaha membina kembali keyakinan anak muda untuk bersama-sama dalam perjuangan PAS khususnya mahupun Pakatan Rakyat amnya supaya dengan tenaga yang dapat digerakkan hasil kebersamaan anak muda ini nanti dapat menjatuhkan kerajaan sedia ada sekarang ini.

Maka secara tidak langsung sudah tentu setiap dari kita tidak mahu mengulangi sejarah buruk PRU 2004 dahulu. Kononnya begitu yakin menambah kerusi sedia ada, alih-alih tewas dengan tipu daya musuh yang begitu licik menyusun tindakan mereka tanpa kita ketahui. Itu yang kita mahu elakkan.

Buat kepimpinan yang baru, ayuh mara berjuang dengan visi dan misi yang lebih gagah. UMporno bukanlah terlalu handal, tetapi kita yang seringkali berlengah-lengah untuk menjatuhkan mereka. Kami tiada masalah memberikan wala’ dan tsiqoh kepada kepimpinan baru namun perlulah mereka sambut dengan kerja buat yang bersungguh-sungguh. ALlahuakbar…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: