Bahang PRK Manek Urai mulai terasa usai penamaan calon siang tadi. Kehadiran puluhan ribu penyokong parti kedua² belah pihak menandakan PRK ini bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan samada kepada parti penyandang dan juga parti yang mencabar.

Cuma samada kita sedar atau tidak, pilihanraya kecil Manek Urai ini bagaikan terasa hilang serinya apabila wajah anakanda Mursyidul ‘Am yang paling fofular, Ust. Nik Abduh tidak kelihatan sepanjang kempen yang telah bermula semenjak selepas kematian Pak Su Wei lagi. Dari pemerhatian aku menerusi laman² blog yang hangat berkempen bagi membantu PAS Kelantan, memang tidak kelihatan 1 pun gambar Ust Nik Abduh dalam setiap program yang telah diadakan di sana. Yang ada hanyalah proksi kuatnya (sahabat baiknya), Ust. Din Tantawi sewaktu merasmikan Himpunan Pemuda PAS Kuala Krai dan 2-3 ceramah yang diadakan tempohari.

Adakah ianya berpunca dari kekalahannya kepada YDP PAS Kuala Krai pada pemilihan Ketua Pemuda PAS Kelantan dalam Muktamar DPPN Kelantan yang lepas? Adakah dia terasa hati dengan YDP PAS Kuala Krai yang telah mengalahkannya?

Untuk pengetahuan umum, YDP PAS Kuala Krai, Ust Abdul Latif juga merupakan Ketua Pemuda DPPN Kelantan yang baru selepas berjaya menewaskan Ust Nik Abduh dalam pertandingan 2 penjuru. Manek Urai pula merupakan DUN yang terletak dalam kawasan Kuala Krai yang mana YDP nya ialah Ust Abdul Latid sendiri. Mungkin ramai yang mengesahkan itu antara sebabnya beliau tidak kelihatan (jarang kelihatan) di sana.

Tetapi, bagi memuaskan hati aku sendiri, aku cuba mencari sebab yang lebih kukuh apa sebenarnya yang membuatkan Nik Abduh menjauhkan diri dari Manek Urai? Akhirnya disaat² mata aku hampir lena disebabkan kemengantukan yang teramat sangat, aku menemui jawapannya. Alasan yang paling kuat aku nampak ialah kerana Ust. Nik Abduh merupakan penyokong kipas maut (die hard fan) kepada pasukan LiverFOOL sedangkan Manek Urai atau lebih dikenali sebagai M U merupakan musuh tradisi pasukan feberetnya itu. Aku kompom inilah antara alasan yang paling konsisten berkaitan ketidakhadirannya di sana.

Buat Ust. Nik Abduh, janganlah gundah gulana. Aku dah telipon Sir Alex Ferguson suh dia beli Michael Owen, pemain kesayangan Ust tu. AlhamduliLLah pembelian Michael Owen telah berjaya disempurnakan semalam. Jadi tiada alasan lagi Ust xnak hadir ke padang MU (Manek Urai) tu. Michael Owen kan dah ada. Ahaks ahaks…

i

p/s- Ini hanyalah sketsa santai semata². Tiada niat memburukkan mana² individu samada yang masih hidup ataupun yang sudah meninggal dunia. Maap ye Ust. Aku dah x dak idea sgt nak tulis apa nih. Jange maroh kawe

i