Menang atau Malu…

July 14, 2009

Ketika ini, pengundian PRK N41 Manek Urai sedang rancak berlangsung. Buat pertama kalinya dalam sejarah pilihanraya kecil Malaysia, tahap peratusan pengundi keluar membuang undi telah melebihi 50% sebelum tengahari lagi. Pelbagai teori yang dikemukakan. Alasan paling kuat ialah cuti yang telah diberikan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pada hari pengundian ini sedikit sebanyak memberi kesan kepada jumlah peratusan keluar yang agak tinggi itu.

Kalau cuti merupakan alasan yang kuat di Kelantan, apa pula alasan yang boleh diberikan kepada pengundi luar Kelantan, yang juga dikatakan pulang dengan ramai bagi menunaikan tanggungjawab mereka hari ini? Nampak gayanya mereka juga bersungguh² ingin mempertahankan setiap DUN mereka dari dijajah kembali oleh tangan² kotor UMno Be End. Mereka sudah tidak sanggup untuk melihat ibu-bapa, sanak saudara mereka ditipu buat kesekian kalinya dengan UMno Be End. Biarlah orang dinegeri jiran (Terengganu & Pahang) saja ditipu, asalkan bukan Kelantan. Nak xnak mereka terpaksa mengorbankan cuti tahunan semata² untuk menunaikan tanggungjawab mereka, sedangkan sekiranya SPR sendiri mahu melihat perlaksanaan tanggungjawab pengundi Manek Urai itu terlaksana dengan sesempurna yang mungkin, mereka pastinya tidak akan memilih hari bekerja sebagai hari untuk membuang undi. Kenapa harus disekat hak mereka² ini untuk mengundi dalam suasana yang penuh selesa? Melainkan memberi kelebihan kepada UMno BN utk menang, tiada alasan yang lebih bijak untuk dikemukakan.

Agak² sapa yang akan menang? Pemegang ijazah universiti  atau hanya seorang peraih ikan? Apa persepsi rakyat seandainya Tuan Aziz Tuan Mat menang di Manek Urai nanti? Dah tentu kita boleh saja mengatakan dia menang dengan seorang peraih ikan. Xkan dengan peraih ikan pn x leh nak makan?

Tapi kalau beliau kalah lak dan Abe Uji yang menang bagaiman? Haha, part yang ni paling besh. Dah tentu kena pakat gelak ramai². Degree holder kalah ngan peraih ikan? X ke benda tu kelakar? Haha gelak lagik. Yang aku pasti, kalau calon UMno Be End ni kalah, memang boleh naik sepanduk kaw² nye besor kat 1 Malaysia nih. Pulangkan balik ayat Muhyidin Yasin tu. Bior sedor diri sket.

Nampak gayanya, UMno Be End dalam keadaan sangat² terdesak utk menang PRK Manek Urai hari ini. Bukan kerna kemenangan ini akan dijaja sebagai penanda aras keyakinan rakyat kepada kepimpinan 1 Malaysia Najib, tetapi ianya lebih kepada menyelamatkan maruah seorang pemegang ijazah dari UMno Be End. Tiada yang lebih penting dari itu.

i

P/s-Dat y len kali jangan duk perleceh keje orang. Kalau dh keje orang tu halal, go on je la. Cari la isu lain nak dibangkitkan. Kan dah berpeluhhhh. Hik hik😛

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: