H1N1 @ Klang…

June 22, 2009

Klang – Berikutan penularan yang amat serius virus H1N1 (selsema gila babi) dikalangan penduduk tempatan negara ini, pihak berkuasa telah bertindak dengan segera berdasarkan maklumat awam ketempat kejadian malam semalam bertujuan membendung wabak virus pandemik itu. Virus yang telah mengorbankan ratusan nyawa diseluruh dunia itu telah berjaya dikesan di Bayu Tinggi, Klang. Bagi tujuan langkah membendung penularan virus ini, pihak berkuasa mengambil keputusan gila babi dengan melarang diadakan sebarang pesta makan²an ditempat tersebut. Setelah diberikan penerangan bahawa virus pandemik itu tidak boleh bersembunyi dicelah² makanan yang dihidangkan, Pihak berkuasa akhirnya membenarkan juga majlis tersebut berlangsung tetapi tanpa sebarang ucapan. Keputusan ini terhasil dari perbincangan dan pembacaannya di akhbar² bahawa virus tersebut boleh merebak hasil dari air liur yang tersembur dari mulut pemberi ucapan. Gambar dan berita terperinci berkaitan operasi pihak berkuasa semalam boleh dilihat di sini dan di sini.

Gerakan membenteras kemudiannya bersambung di Kampung Selamat, Tasek Gelugor untuk menyelamatkan penagih dadah yang yang berpesta membakar harta awam sambil melarikan diri semalam. Moral of da story, kalau hangpa terlalu memberi perhatian gila babi kepada apa jua aktiviti parti politik Pakatan Rakyat ni, dah tentu para penjenayah berani melakukan apa sahaja.

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: