Ni ha puncanya…

December 8, 2009

Semalam aku bersantai membicarakan isu bolasepak negara masakini. Dari zaman kehebatan sehingga pernah layak ke Sukan Olimpik dahulu sehinggalah terkini boleh dikalahkan oleh pasukan kerdil seperti Maldives. Walaupun begitu rakyat negara ini masih begitu cintakan bolasepak. Acapkali juga ditipu, tapi bagi aku itulah sahaja hiburan yang ada. Berbanding sukan didalam dewan yang tidak membolehkan penonton meluahkan perasaan berlebihan, tapi di stadium bolasepak kesemuanya boleh dilakukan. Dari maki hamun, puji memuji, tari menari sehinggalah melontar kacang dan pemetik api, kesemuanya bertujuan memuaskan hati penonton yang membayar sebuah persembahan dari 22 pemain di atas padang itu.

Jika semalam akhbar membawakan berita mengenai sikap pemain negara yang sepeti tidak mahu menerima takdir kekalahan, hari ini kita dikejutkan pula dengan keputusan flip-flop FAM, badan sukan yang mengawal segala aktiviti bolasepak tanahair. Kemasukan semula pasukan Pahang ke dalam kancah Liga Super bolasepak Malaysia sudah tentunya mencetuskan seribu rasa tidak puas hati buat peminat, penyokong mahupun pasukan yang sepatutnya layak berada di situ, iaitu Harimau Muda A sementelah mereka telah dijanjikan tempat tersebut sebelum ini.

Bukanlah sukar untuk menilai kenapa keputusan U-turn saat akhir itu dilakukan. Jika dilihat struktur organisasi badan induk tersebut, sudah pastinya kita akur akan keputusan yang terpaksa dipersetujui oleh kesemua ahli gabungan persatuan negeri mahupun kelab bolasepak yang mendaftar di bawah gabungan badan induk tersebut. Walau bagaimana hebat bantahan dibuat, bolasepak bukan milik mutlak rakyat Malaysia, bahkan ianya milik ekslusif pentadbir FAM. Mereka boleh sesuka hati menukar peraturan yang telah dibuat tanpa melihat kepada rasional keputusan itu dibuat. Adakah ianya memberikan keuntungan kepada mutu bolasepak negara tidak timbul buat masa ini. Yang penting raikan hak orang atas tersebut.

Jika begini caranya FAM menangani permasalahan bolasepak negara kita, apa sangatlah nak dimalukan dengan kekalahan 14-0 tempohari ataupun 1-0 kepada Maldives tu? Sudah sampai masanya rakyat Malaysia yang cintakan sukan tersebut bangun membantah campurtangan eksekutif dalam mencaturkan sukan tercinta ini. Pandangan aku, berilah kuasa itu kepada yang hak, bukan kepada yang tuli tentangnya. Kalau itu yang dipilih, memang kehancuran yang akan ditempah.

Buat peminat sukan bolasepak, sampai bilakah anda mahu ditipu?

i

* sumber berita – Kosmo

i

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: